Aku duduk diatas sofa corak bunga ros, meja kopi dihadapanku dialas dengan alas meja ropol-ropol. TV 40 inci yang aku tonton jugak diletakkan diatas cabinet TV yang ditudungi dengan alas merah beropol. Taste Aini memang taste makcik-makcik bisikku sendiri. Ini kali pertama aku menjejakkan kaki kedalam rumah Malik. Malik sengaja mengajakku kesini walaupun Aini belum keluar untuk bersama Joni seperti yang kami rancang. Kata Malik boleh aku tengok perangai Aini depan-depan macam mana.
Kata Malik rutin mingguan Aini hari ahad begini dia akan membeli groceries. Sedang aku asyik menonton TV, kedengaran kereta Aini masuk digaraj. Lantas dia masuk kedalam rumah yang tidak ditutup pintunya dari tadi. Aku hanya memandang kearahnya sambil tersenyum, dia hanya memuncungkan mulut dan menjeling seolah-olah aku tidak wujud.
"Sial punya perempuan" bisikku sendiri.
Malik yang dari tadi didapur sedang memotong ayam dan bahan memasak lain. Katanya hari ini dia nak masak special untuk aku. Aku hanya mengikut kehendaknya sahaja. Aini yang mengendong dua plastik groceries dari tadi terus kedapur sambil memerhatikan Malik.
"Rajin pulak kau masak harini" tegur Aini
"Takkan harap kau masak..memang tak la kan" sindir Malik dan terus membuka tong beras.
Entah kenapa Aini terus meluru kearahnya. Kepala Malik diketuk dari belakang, periuk nasi ditangannya disentap Aini.
"Kan aku dah cakap, nak masak nasi ambik beras dalam tong kecik dekat tepi tu... jangan bukak tong beras besar ni" marah Aini
"Dah apa masalah dia..beras je pon..lagipun beras dekat tong kecik tu dah nak habis.." balas Malik sambil menggosokkan kepalanya.
"Ehh aku pantanglahhh..suka hati aku lah" herdik Aini sambil meletakkan tiga cawan beras kedalam periuk itu dan memberikan kembali kepada Malik.
Aku buat-buat tak dengar pergaduhan suami-isteri ini. Aini terus berlalu pergi dan masuk kedalam biliknya.
Aku menggeleng-gelengkan kepala. Baru aku tau stress Malik bila mana dia berada dirumah. Tidak lama kemudian, Aini keluar dari biliknya dengan berpakaian lebih cantik sedikit dari tadi. Ada beg gendung disebelah tangannya. Dia ke dapur dan mengambil sebotol air masak dan meneguknya perlahan
"Kau nak pergi mana pulak tu?" Soal Malik
"Ada laa sibuk je lah" balas Aini
"Aku ni suami kau tau"
"Suami apa kalau konek macam pisang lembik, dah la pisang emas..kecik"
Malik hanya menggelengkan kepala cuba bersabar dengan perangai isterinya.
"Tu barang-barang aku beli tu simpankan dalam peti ais..dah la aku keluar dulu nak pegi makan pisang tanduk..esok baru aku balik.." kata Aini sambil berlalu pergi.
Aku kaget. Membatukan diri cuba jadi halimunan didalam rumah itu. Awkward.
"Aiman, kau tolong sikit kawan kau tu..konek dia tak function, dah la macam konek budak harap badan je sado" kata Aini kearahku dan terus berlalu keluar. Enjin keretanya dihidupkan dan dia berlalu. Plan kami untuk Joni bertemu Aini menjadi.
Aku cukup terkesan dengan apa yang Aini ucapkan tadi. Entah apa yang Malik fikirkan, mesti dia lagi terasa hati. Aku kedapur mendapatkannya. Aku lihat dia termenung seketika, pisau ditangannya dipegang erat bersama kentang diatas chopping board. Aku menggosok-gosokkan belakangnya.
"Sabar ok, everything will be over soon" kataku dan memegang tangannya. Pegangan erat Malik dipisau tadi dia lepaskan perlahan.
Aku memeluknya dari belakang. Cuba menenangkannya. Malik hanya membatukan diri.
YOU ARE READING
Diari Seorang Lelaki
General FictionNama aku Aiman. Nama penuh Aiman Afdal Ibrahim Lee. Tapi lepas baca cerita ni mungkin kau akan rasa nama Aiman Sundal lebih sesuai dengan aku. Ya benar, aku mixed blood. Orang kata aku jambu, entahlah aku malas nak angkat bakul. Tengok dalam cermi...