Sudah sebulan aku disini. So far, so good. Sudah seminggu aku tak nampak Malik yang biasa lepak dekat rumah aku malam-malam kalau tak kerja. Katanya minggu lepas dia ada kursus di KL selama 10 hari. Lama betul kursus dia.Yang aku nampak hari-hari hanyalah isteri Malik, Aini. Kadang-kadang aku ada menegur Aini bila terserampak dengannya diluar rumah. Cuba menjadi jiran yang baik. Namun dia sedikitpun tidak mengendahkan aku, seolah-olah tidak mendengar. Bukan itu sahaja, bila aku angkat tangan kepadanya dia seperti pura-pura tak nampak aku. Sombong betul kau Aini. Ingat aku nak ngorat kau ke? Ke jeles sebab suami dia selalu lepak rumah aku? Dah la pendek, gemuk, lepastu hati kau pun busuk. Macam manalah lelaki elok macam Malik boleh kawin dengan kau. Malik kene minyak dagu ke?
Tapi yang aku perasan, kadang-kadang ada lelaki datang kerumah Aini pada waktu malam. Lelaki yang berbeza, kadang-kadang 2, 3 lelaki serentak. Aku cuba husnuzon mungkin kawan ataupun sedara-mara Aini. Tapi takkan lah sedara semua lelaki?
Hari ini hari ahad tapi esok cuti umum, biasanya hari Ahad setiap minggu Joni dan isterinya ataupun adik iparnya akan kerumah aku untuk membersihkan dalam dan luar rumah. Tapi hari ini aku pesan kepada Joni supaya hanya dia yang datang. Aku meminta Joni untuk membantuku mengecat rumah. Tidak perlu kemas rumah hari ini. Warna biege dalam rumah ni buat aku muram. Aku menyuruhnya mengecat didapur manakala aku di ruang tamu. Warna hijau emerald dan kelabu cair menjadi pilihan aku utuk ruang tamu. Manakala didapur aku menyuruh Joni mengecat warna turqoise dan putih.
Aku dan Joni tekun mengecat bahagian masing-masing dengan ditemani radio yang aku pasang dari astro. Sesekali aku menjeling kearah Joni. Aku lihat dia kusyuk mengecat, bajunya ditanggalkan. Hanya memakai seluar pendek jeans paras lutut. Bila ada masa aku menjeling kearah badannya yang buat aku terliur dari pertama kali aku berjumpa dengannya. Entah mengapa sejak berpindah kesini nasfu aku semakin bergejolak, seolah-olah telah bebas dari penjara. Semua cerita lucah yang aku tonton dari internet bermain-bermain main dalam fikiran aku. Seperti aku mahu mencuba semuanya.
Jam menunjukkan pukul 2 petang. Perutku mula berbunyi, kerja kami buat tinggal lebih kurang 40% lagi ikut kiraan aku. Rehat dulu, aku perlukan tenaga kataku.
"Joni aku nak pergi beli nasi bungkus, kau nak lauk apa?" soalku
"Apa-apa jelah bos" balas Joni yang membahasakan diri aku sebagai bos sejak dari dulu, walaupun aku melarangnya.
"Yelah, aku beli sama dengan aku jelah" kataku dan terus mengambil dompet dan kunci kereta di atas meja makan.
Aku terus ke warung Kak Kiah tak jauh dirumah aku. Warung yang menjual sarapan dan makanan tengahari yang kene dengan tekak aku. Kak Kiah juga mesra dengan aku sejak aku jadi pelanggan setia diwarungnya. Dari jauh lagi Kak Kiah sudah tersenyum lebar kearahku.
"Lewat cikgu harini" soal Kak Kiah
"Cat rumah tadi kak, ralit sangat sedar-sedar perut dah berbunyi" seloroh aku
"Macam biasa ke ni?" soal Kak Kiah yang sudah ingat menu regular aku
"Macam biasa la kak. Tapi buat dua portion tambah ayam goreng tu dua, nasi dua..dengan teh o ais ikat tepi dua"
"Banyak makan harini cikgu"
"Takdelah kak, ada orang tolong saya mengecat tu dekat rumah, belikan dia sekali" kataku
Kak Kiah mula membungkus daging salai cili padi, bergedil, ayam goreng dan sayur pucuk paku goreng ikan bilis. Pekerjanya membuat air yang dipesan tadi.
"Berapa kak?"
"23 cikgu" kata Kak Kiah sambil menyerahkan bungkusan plastik ditangannya.
Aku mengambil wallet dari poket belakang. Aku belek wallet aku dan kaget, hanya ada RM10 dalam wallet aku. Baru semalam aku keluarkan RM500 dari ATM dan beli barang-barang cat rumah lebih kurang RM300. Sepatutnya ada RM200 lagi dalam wallet aku. Mana hilangnya. Aku tersengih-sengih kerang busuk dihadapan Kak Kiah duit tak cukup nak bayar makanan.
YOU ARE READING
Diari Seorang Lelaki
General FictionNama aku Aiman. Nama penuh Aiman Afdal Ibrahim Lee. Tapi lepas baca cerita ni mungkin kau akan rasa nama Aiman Sundal lebih sesuai dengan aku. Ya benar, aku mixed blood. Orang kata aku jambu, entahlah aku malas nak angkat bakul. Tengok dalam cermi...