27- Mentua, Ipar-duai & Lahanat

933 26 6
                                    

Aku masih belum pulang ke rumah sejak Malik dirempuh tengahari tadi. Risau, gundah dan sedih atau lebih tepat mixed emotions but not in good way. Tapi sekurang-kurangnya aku lega, Malik selamat dari kemalangan itu.

Operation yang dilakukan kepadanya baru sahaja berakhir sejam yang lalu. Malik ditempatkan kedalam bilik rawatan rapi. Kata doktor Malik belum stabil. Kaki kirinya patah, bahunya juga patah itu tidak termasuk kecederaan-kecederaan yang lain dan juga internal injuries. Kata doktor Malik bernasib baik kerana memakai helmet semasa dirempuh kalau tidak keadaannya akan lebih teruk. 

Tapi ada benda yang membimbangkan aku, kata doktor mereka tidak dapat memastikan keadaan Malik yang tidak sedarkan diri sejak dari semalam. Katanya lagi, ini semua bergantung kepada masa dan kekuatan Malik untuk dia sedar semula. Aku tidak tahu apa yang harus apa aku rasakan, yang aku tahu cuma terus berharap untuk Malik kembali seperti sediakala.

Doktor tidak membenarkan aku duduk menjaga disebelah katil Malik. Itu memang prosedur bilik rawatan rapi. Aku hanya dibenarkan bertemunya sekejap sahaja tadi, aku dapat lihat hampir seluruh tubuhnya dibalut dan kesan-kesan lebam dan luka yang telah dibersihkan dimuka dan dadanya.  

Aku terduduk kaku mengenang nasib menunggu diluar bilik tadi, tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Begitu juga waris-waris bagi pesakit lain yang menjadi penghuni sementara bilik rawatan itu. Aku hanya melemparkan senyuman sesekali kearah mereka, aku tahu perit yang mereka alami seperti mana yang aku alami sekarang.

Sedang aku termenung jauh sedirian dan bermain dengan fikiranku yang tak tentu hala memikirkan perkara yang belum terjadi, kelihatan seorang lelaki tinggi lampai berjalan kearahku. Kulitnya sawo matang, tubuhnya atletis. Kaca mata hitamnya ditanggalkan diselitkan dikemaja putihnya yang dilepaskan butang pertama dan kedua. Macho dan bergaya. Wajahnya seakan familiar. Dia berjalan mundar-mandir dihadapan koridor bilik tadi sambil berkali-kali cuba menelefon seseorang. Aku rasakan dia sedang mencari seseorang.

"..Assamualaikum, bro ni Aiman ke?" tiba-tiba dia menegurku

"Wasalam ye.. saya Aiman" balasku

"Aku Mukhsin..adik Malik yang bro call tadi"

"Oh.."balasku sambil menghulurkan tangan salam perkenalan. Patutlah macam familiar, wajahnya ada iras Malik, bisikku sendiri.

"Tadi ada call balik..tak dapat pulak"

"Oh sorry-sorry..Bateri phone dah habis" balasku ringkas sambil tersipu malu.

Aku menceritakan apa doktor beritahu kepadaku tadi kepada Mukhsin. Raut wajahnya bertambah gusar. Katanya kakak dan adik perempuannya berserta ibu mereka dalam perjalanan ke sini dari Kuantan. Aku cuba mencari doktor kalau-kalau dia membenarkan Mukhsin untuk melawat Malik biarpun sekejap. Namun doktor tidak membenarkan dengan alasan waktu lawatan sudah habis. 

Mukhsin akur katanya lagi dia dan keluarganya akan tinggal disini untuk dua, tiga hari. Aku mengajaknya tinggal dirumahku, mulanya dia menolak. Kataku tinggal sahaja dirumahku kerana Malik juga tinggal situ. Dia mula terpinga-pinga.

"Habistu Kak Aini tinggal sekali ke?" soal Mukhsin.

"Eh tak la" jawabku ringkas. Sebenarnya aku kebinggungan dengan soalannya.

"Ohh pelik..by the way dia dekat mana ni?" soal Mukhsin lagi. Aku mula dapat menangkap apa yang ada difikiran Mukhsin

"Malik takde cakap apa-apa ke?" soalku kembali.

"Cakap apa?" 

"Dia dengan Aini dah cerai" balasku. Aku dapat lihat reaksi Mukhsin yang terkejut dengan apa yang keluar dari mulutku.

Diari Seorang LelakiWhere stories live. Discover now