Kereta yang dipanduku meluncur laju kearah Rembau. Malik mengajakku pergi memancing. Entah mengapa aku bersetuju. Walaupun aku katakan kepadanya aku memang tidak pernah memancing dan juga tiada peralatan untuk melakukannya. Kata Malik tidak mengapa, dia boleh pinjamkan jorannya dan boleh mengajarku. Malik juga mengajakku untuk bermalam disana, khemah dia yang bawa. Destinasi kami Sungai Timun.Aku hanya menurut, walaupun kali terakhir aku berkhemah semasa tingkatan 3 itu pun aku tak suka. Banyak nyamuk, mungkin aku terlebih manja. Tapi kali ini demi Malik, aku paksa diri. Sekurang-kurangnya aku boleh spend time dengan dia. Kata Malik sejak berpindah ke sini dia tak ramai kawan yang sebaya dengannya, hanya berkawan dengan rakan sekerjanya sahaja yang kebanyakannya sudah berusia. Susah untuk dia cari yang sekepala seperti aku. Jadi aku dengan Malik semakin rapat sejak kebelakangan ini. Rumah aku dah jadi macam rumah kedua Malik.
Kami sampai didestinasi yang dituju. Kata Malik ini port memancing udang galah dan ikan toman. Kami memunggahkan barang dan mula setup khemah. Aku hanya mengikut rentak Malik, cara nak pasang khemah dah lama aku lupa. Mujur khemah Malik jenis 'instant' boleh terus kembangkan setelah keluarkan dari sarung, tanpa perlu memasang renyah-renyah. Tidak jauh dari kami ada juga kaki pancing lain yang turut berkhemah.
Malik mula menyiapkan dua jorannya, umpan yang dibeli ditengah jalan tadi dia letak dengan teliti dimata kailnya. Dia memberikan joran lamanya kepadaku dan mengajarku cara-cara menggunakannya dan juga tips and tricks. Kata Malik memancing memang hobinya sejak dahulu lagi. Boleh release stress dan terapi baginya.
Malik juga ada mengajak aku pergi ke gym. Tapi aku selalu memberikan alasan, lagipun masa kerja aku dengan dia kebanyakannya berbeza, Malik ikut syif. Aku tak berapa yakin kalau pergi sendirian, lainlah kalau ada kawan.
Sejam, dua jam, tiga jam masa berlalu dan matahari mula terbenam. Joran aku masih belum sangkut, Malik hanya dapat seekor ikan lampam. Kerja-kerja yang perlu kesabaran tinggi ni bukan forte aku.
"Apa ni Malik dah malam dan ni baru sekor ikan..ni tak release stress ni, makin stress ada lah" bebelku sendiri
"Ala Man rileks la, nak mancing ni kau kene sabar...tengok aku chill je" kata Malik sambil tergelak kecil
Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala dan masuk berbaring ke dalam khemah sambil bermain telefon. Nasib baik coverage Maxis dekat kawasan ni ok, kalau tak mati kutu aku tunggu Malik.
"Oi Man, datang sini nak mancing ke nak main phone" sindir Malik
"Aku datang nak teman kau je" balasku selamba
Setelah kami makan malam dengan hanya Maggi hot cup perisa kari. Aku masih lagi menanti hasil tangkapanku yang tak kunjung tiba. Namun sejak malam menjelma, hasil tangkapan Malik mula meningkat. Si sepit biru juga ada beberapa ekor berjaya ditangkapnya. Kami menikmati kopi O sambil berbual-bual kosong ditemani bulan terang dan angin sepoi-sepoi bahasa.
"Man kau dengan ex wife kau macam mana?" tiba-tiba soalan serius terpancul dari mulut Malik
"Maksud kau?" soalku kembali.
"Yelah.still contact lagi ke tak?" soal Malik
"Takde" balasku ringkas
"Kau masih ingatkan dia?"
"Eh kau ni lain macam je..apsal tanya?" soalku kembali
"Takdelah aku nak tau jugak, sebab kau nampk happy je dengan hidup kau" balas Malik
"Tak lah Malik, aku dah buang dia dari hidup aku, aku kawin pon kawin paksa..cerai pon sebab dia yang buat tahik dengan aku" balasku. Ini pertama kali aku bercakap soal perkahwinan aku dengan orang lain selain keluargaku.
YOU ARE READING
Diari Seorang Lelaki
Fiksi UmumNama aku Aiman. Nama penuh Aiman Afdal Ibrahim Lee. Tapi lepas baca cerita ni mungkin kau akan rasa nama Aiman Sundal lebih sesuai dengan aku. Ya benar, aku mixed blood. Orang kata aku jambu, entahlah aku malas nak angkat bakul. Tengok dalam cermi...