21- Laki Bini

1.2K 21 1
                                    


Malik masih lagi berbaring disebelahku. Macam biasa kadang-kadang dia tidur dibilikku, kadang-kadang dibiliknya. Sejak kami berjumpa Ustaz Zaidi minggu lalu, dia semakin diam. Mungkin memendam rasa, mungkin juga terkejut dengan apa yang berlaku. Bila ke tempat kerjanya juga dia seperti zombi. Tiada perasaan, kalau hari cuti dia hanya duduk dirumah tidak mahu keluar. Barang-barangnya dirumah Aini telah dibawah pindah ke sini. Entah bila dia punggah, sedar-sedar dah ada semua.

Jam menunjukkan jam 11 pagi. Hari sabtu ini aku masih lagi bermalas-malasan sambil membaca novel The Great Gatsby yang lebih separuh aku baca. Malik disebelah sedang bermain Mobile Legend dalam telefonnya.

"Malik jom keluar makan lapar lah" aku memulakan bicara

"Kau gi je la sorang..tapaukan aku sekali"

"Alaa tak syok la.."

"Malik kau jangan la macam ni" tambahku lagi

"Macam mana pulak ni?" balas Malik yang semakin serius main gamenya

"Yelah sejak jumpa ustaz haritu kau lain macam"

"Entah la Man, aku tak tau apa nak jadi dengan aku" balas Malik telefonnya diletakkan ketepi sudah habis game tadi.

"Kau jangan give up Malik, biasalah dugaan hidup"

"Aku memang dah give up ni..entahlah"

"Masalah boleh setel Malik, aku cuma nak kau tau yang whatever happen I'll always have your back bro"

"Look, pasal benda yang ustaz tu cakap kita setel sama-sama ok..kita cari benda tu" tambahku lagi

"Aku dah cari tapi tak jumpa, lagi pun bini aku tu selalu ada dekat rumah takkan lah nak cari depan dia" balas Malik

"We'll figure out something ok...aku just taknak Malik yang aku kenal jadi Malik macam sekarang ni"

"Macam mana?"

"Macam ni la depress, main game 24 jam, tak keluar rumah, pegi kerja pon nak taknak"

Malik terdiam. Matanya tepat merenung syiling. Hanya bunyi aircond didalam bilik itu yang kedengaran.

"...Kenapa kau sanggup buat semua ni untuk aku?" soal Malik serius

" Because I care about you and... because I love you"

.....

Aku dan Malik masih lagi mencari idea macam mana selongkar satu rumahnya mencari patung yang disorok isteri puakanya. Tambahan pula Aini memang selalu berada dirumah kalau hujung minggu sejak kebelakangan ini. Kalau keluar pun hanya sekejap, selebihnya dia lebih rela tonton drama korea dirumahnya.

"Man, kau tolong aku cari benda tu" kata Malik sambil merebahkan punggungnya disebelahku yang sedang kusyuk bermain game.

"Boleh je, bila tu?" soalku

"Tu satu masalah jugak, nak kene tunggu dia takde dekat rumah"

"So kau dah ada plan?" soalku kembali

"Ntah la Man, aku pening jugak ni"

"Kau bawak la dia pegi mana-mana nanti aku cari benda alah tu dalam rumah kau"

"Ada fikir jugak macam tu...tapi kau tau la aku dengan dia macam mana, asyik gaduh je"

"Kalau kau balik kampung ke tak boleh?" Tambahku cuba memberi idea

"Mak bapak dia dah meninggal..kalau nak balik kampung aku dia memang tak suka, raya pun sanggup tak balik"

"Aiii apa punya bini laah sampai macam tu sekali" sindirku. Malik hanya menjeling ke arah ku.

Diari Seorang LelakiWhere stories live. Discover now