20- Jijik

999 19 10
                                    


Aku duduk diatas sofa, fokus bermain playstation. Tidak lama kemudian pintu rumah dibuka. Malik yang bersinglet dan seluar pendek masuk ke dalam rumah. Duffle bag dikendong dibahu, baru balik dari gym. Malik merebahkan punggungnya duduk disebelahku. Dia kusyuk melihat aku bermain game Fifa 21. Aku tidak mengendahkannya

"Ayang ambik air, penat la" arah Malik selamba

"Amboi-amboi, kau ingat aku kuli kau?" balasku

"Eh kata bini aku" seloroh Malik

"Bini kau tu dekat rumah sebelah"

"Tu bini nombor satu, ni bini nombor dua" balas Malik yang dari tadi memandangku

"Dah-dah tak yah nak ngada, gi mandi cepat nak gi rumah Pak Tahir ni lepas maghrib"

"Man, aku ingat tak yah lah kita buat benda-benda ni semua, tak yah la jumpa ustaz tu"

"Hek eleh dia ni, kau dah kenapa.. Pak Tahir dah booking siap-siap tu bukan senang nak jumpa ustaz tu" balasku sampil pause seketika game tadi.

"Bukan apa Man, aku rasa aku ok je" Malik masih lagi cuba mengelak

"Alaa, kita pergi je la..kalau kau ok, takde apa ok la tu..mana la tau apa yang Pak Tahir cakap tu betul"

"Aku tak caya la benda-benda macam ni sebenarnya.." balas Malik lagi

"Look Malik, kita usaha kan ni..kau jugak kata nak baiki rumahtangga kau..mana tau benda ni yang rosakan hubungan kau dengan Aini..tapi kalau takde apa pon, at least we try kan...dah pergi mandi cepat..kau tu dah la mandi lama" aku cuba membebel

Malik mendiamkan diri. Mungkin cuba mencari alasan lagi. Entah kenapa dia cuba bail out saat akhir begini. Semalam selepas Pak Tahir kata dia dah booking appointment harini ini, Malik tak kata apa-apa untuk membantah.

Malik mengangkat lengannya dan menarik kepalaku kebadannya. Aku masih dapat rasakan singletnya yang basah dengan keringatnya juga peluh-peluh diketiaknya terkena tengkuk aku.

"Oh kau dah pandai bebel eh sekarang?" kata Malik sambil mememuk kepalaku kuat.

"Pundek kau Malik, lepas laa..busuk kepam la kau ni" aku cuba meronta untuk dilepaskan.

"Ahh takde, padan muka kau melawan lagi cakap suami"

"Lepas la bongok, aku nak muntah dah ni"

"Sayang aku tak?" kata Malik

"Busuk-busuk gini sayang apa kejadahnya" balasku selamba

"Cepat cakap sayang Malik, Malik wangi" pegangan kepalaku semakin kemas dilengan Malik.

"Malik busuk kepam masam" jeritku sekali lagi cuba melepaskan diri

"Cakap cepat" ugut Malik, kali ini semakin kemas

"Pundek la kau Malik..lepas doh aku takleh nafas ni"

Malik melepaskan pelukannya dan terus merapatkan mukanya kearah mukaku.

"Kenapa tak cakap macam apa yang kau cakap dalam kolam haritu?" kata Malik

"Benda macam ni mana boleh paksa" balasku selamba

.....

Kereta yang aku pandu tiba diperkarangan sebuah rumah batu dikawasan hujung bandar. Kata Tahir inilah pusat rawatan Islam yang dikatakan itu. Pakar yang merawat disini merupakan kawannya sejak dahulu dan juga sepupu arwah isterinya, jadi mereka kenal. Biasanya susah untuk mendapatkan giliran mendapatkan rawatan disini. Tapi Pak Tahir berjaya memujuknya dan dia suruh kami datang hari ini untuk slot terakhir.

Diari Seorang LelakiWhere stories live. Discover now