Aku masuk parking kedalam rumahku. Pintu kereta ditutup, aku dapat dengar suara menyanyi-nyanyi keriangan dari rumah sebelah. Lagu syahdu Bon Jovi. Ni mesti abang bomba, kataku sendiri. Kotak KFC terakhir aku ambil dan terus menuju kerumahnya."Assalamualaikum" salam diberi.
Aku sedikit terkejut melihat lelaki dihadapanku hanya berseluar pendek dan tidak memaki baju dalam keadaan sedikit basah. Seluar pendek berwarna kelabu fabrik jersi yang basah itu menampakkan sedikit bulge-nya. Badanya tegap, berotot sasa. Dari tubuh badannya aku rasa dia mamat gym, makan susu protein. Berbeza dengan Joni yang kekar berotot hanya kerana buat kerja-kerja berat. Aku cuba berlagak tenang, walaupun batang aku sedikit mengeras.
"Walaikumsalam...ada apa encik?" balas jiran aku itu.
"Oh takde apa bang, saya baru pindah duduk sebelah..ni ada makanan skit beli tadi niat nak bagi jiran-jiran baru" balasku
"Oh yeke..ala susah-susah je" balasnya sambil mengambil bungkusan KFC tadi.
"Takde susah la bang, sekali sekala..saya Aiman" kataku sambil menghulurkan tangan salam perkenalan.
"Malik..sorry tangan basah skit" katanya yang membalas salamanku. Aku perasan dia cuba mengelap tangannya dibelakang seluarnya sebelum membalas salamanku. Ahhh bekas buntut?
"Sedap suara bang nyanyi tadi" aku sengaja memuji sekadar untuk meneruskan perbualan dan juga dapat la aku menatap tubuh seksi abang bomba depan mata aku ni
"Ahh mana ada..jangan perli lah" gurau Malik selamba. Aku hanya tersenyum
Kami berbual-bual kosong sekadar mengenali antara satu sama lain, bertukar nombor telefon. Baru aku tau rupanya kami sebaya, mungkin fizikal Malik dan riak wajahnya yang menampakkan dia lebih tua, sebab tu aku membahasakan dia abang tadi.
Kata Malik dia menetap disini tak sampai setahun. Sebelum ini dia bekerja di KL sebagai personal driver dan bodyguard orang kaya, cuma setelah dia diterima bekerja sebagai bomba dia melepaskan kerjanya di KL, walaupun gajinya dahulu lebih lumayan. Tapi katanya kerja dengan kerajaan lebih secure dan bomba juga cita-citanya semasa kecil. Lagi-lagi pula dia dapat bekerja disini Kuala Pilah, yang mana isterinya bekerja di pejabat daerah. Lagilah bertambah rezekinya, tidak lagi hanya jadi weekend husband.
.....
Usai solat isyak dan makan dinner paling gah aku masak; nasi putih lauk telur dadar dan ayam goreng separa hangus. Ahh makan je lah, malas aku nak keluar cari makanan. Kedengaran suara yang sama lagi. Tapi kalini lebih awal. Sah Malik bergaduh dengan isterinya lagi. Rumah sebelah kanan rumah Malik tidak berpenghuni. Jadi mungkin aku sahaja yang mendengar perbalahan laki-bini ni. Jiran-jiran lain tak tahu lah. Sekali lagi bunyi pintu dihepas kuat dan aku dapat dengar Malik mengeluh kuat dari tingkap rumah aku yang tidak bertutup, sengaja aku biarkan angin malam masuk kedalam rumah.
Aku tidak mempedulikan mereka, cuba jadi jiran yang tak jaga tepi kain. Aku meneruskan main game FIFA 21 dia Playstation aku. Bunyi yang kuat aku biarkan sahaja, seolah-olah aku tak ambil peduli dengan apa yang terjadi dengan jiran aku. Sedang rancak aku bermain seorang diri tiba-tiba telefon berbunyi. Ada notification Whatsapp. Aku mengerling sekejap kearah telefon aku, paling tidak aku sangka. Mesej dari Malik.
"Salam bro, kau dekat rumah ke?"
"Wasalam. ha'ah aku dekat rumah tengah main PS. Ada apa Malik?" balasku
"Ohhh best la"
"Orang bujang gini lah"
"Ermm..aku nak join boleh?" soal Malik.
YOU ARE READING
Diari Seorang Lelaki
General FictionNama aku Aiman. Nama penuh Aiman Afdal Ibrahim Lee. Tapi lepas baca cerita ni mungkin kau akan rasa nama Aiman Sundal lebih sesuai dengan aku. Ya benar, aku mixed blood. Orang kata aku jambu, entahlah aku malas nak angkat bakul. Tengok dalam cermi...