4- Choke Me Daddy!

3K 29 2
                                    


Kereta yang aku pandu melewati masuk kedalam pintu pagar sekolah sebelum ditahan guard yang bertugas. Dia datang berjalan kearah aku, cermin tingkap kereta aku turunkan. Kelihatan lelaki lewat 40an bermisai lebat berjalan kearahku. Baju uniform guardnya yang berwarna putih nampak sedikit sendat ditubuhnya. Menampakkan otot-otot dilengannya jelas ketara. Aku hanya memerhatikannya dari tadi. Ini daddy idaman aku. Entah kenapa di bandar kecil ini banyak betul aku temui jantan-jantan idaman aku. Lelaki macho berotot, kekar yang terserlah aura kejantanannya. Seperti pak guard dihadapan aku ini, Malik dan Joni.

"Assalamualaikum..encik nak pergi mana?" Pak Guard itu memulakan bicara.

"Waalaikumsalam..saya cikgu baru pakcik, nak lapor diri hari pertama" balasku sambil tersenyum kepadanya.

"Oh cikgu baru la ni, masuk-masuk cikgu, tadi ada cikgu baru jugak datang" katanya lagi

"Oh yeke..saya Aiman" balasku ringkas sambil menghulurkan tangan salam pengenalan

"Panggil pakcik, Pak Tahir je" balasnya sambil menjabat tanganku. Dapat aku rasakan jari-jemari kasarnya bersentuhan dengan tapak tanganku yang licin, mulus. Urat-urat yang timbul ditangannya aku hanya kerling dengan penuh minat. Hot daddy!

"Saya masuk dulu pakcik, jumpa lagi. Assalamualaikum" kataku meminta izin dan terus memandu ke blok akademik sekolah.

Aku masuk kedalam bilik guru dan diperkenalkan dengan semua guru lain oleh Tuan Pengetua bersama cikgu baru yang seorang lagi, Cikgu Farid. Dia mengajar pendidikan jasmani aku pula bahasa Inggeris. Kata Farid dia baru posting setelah 6 bulan dah grad. Oh masih fresh, pucuk muda kata orang. Tapi pelik juga, kata orang sekolah ini hanya menerima guru yang ada pengalaman. Entah polisi baru mungkin. Ya ini, sekolah berasama penuh yang cukup dikenali di dalam negara. Sekolah elit berprestasi tinggi. Aku cukup bersyukur dapat ditukarkan kesini, mungkin juga pretasi cemerlangku terdahulu melayakkan aku kesini.

Kelas seperti biasa. Aku ditugaskan untuk mengajar pelajar tingkatan empat. Aku cuba untuk jadi guru kegemaran murid-murid macam sekolah dahulu. Kalau cakap je nama Sir Aiman pelajar mana je tak kenal, bila hari guru mesti hadiah aku yang paling banyak. Aku hanya menjeling sambil buat resting bitch face dekat cikgu-cikgu makcik bawang kalau hari guru. Sekolah baru ni aku belum kenal lagi peragai guru-guru lain, walaupun aku tengok lebih ramai guru-guru yang lebih berusia. Kalau sekolah lama aku, cikgu-cikgu berusia ni paling malas, paling tak disukai murid-murid, paling kuat mengumpat tapi dialah paling kuat mengampu. Itu belum cakap pasal geng-geng kutu tupperware, kutu periuk Noxxa dan kutu air-fryer. Tapi dekat sini mungkin berbeza, maklumlah sekolah berprestasi tinggi. Tunggu dan lihat sahaja.

.....

Harini hari genap lima hari aku mengajar disini. Hari jumaat, penghulu segala hari. Aku pulang agak lewat harini ini, jam ditangan kiriku menunjukkan jam 6.15 petang. Aku baru siap menyiapkan draf pertama peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 yang diarahkan oleh ketua jabatan aku. Aku lebih suka siapkan segala benda lebih awal, walaupun dia mahukan minggu depan. Aku malas peningkan hujung minggu aku buat kerja, hujung minggu masa untuk aku relaks. Kerja tolak tepi.

Aku memandu kereta aku melepasi gate sekolah, kelihatan Pak Tahir tiada disitu hanya seorang lagi guard; Kumar yang mengangkat tangan kepadaku. Mungkin shift Pak Tahir dah habis kataku. Ketika memandu menyusur jalan utama, aku terlihat kelibat yang seperti aku kenal dari belakang, sedang berjalan ke arah bus stop. Baju uniform guard warna putih yang sedikit fit dengan bandannya siapa lagi kalau bukan Pak Tahir, hot daddy! Aku memberhentikan kereta dan menurunkan tingkap untuk bertanya kepadanya.

"Pak Tahir nak gi mana ni?" soalku

"Eh Cikgu Aiman, Pak Tahir nak balik ni..nak tunggu bas" balas Pak Tahir

Diari Seorang LelakiWhere stories live. Discover now