19- Ikat

986 21 0
                                    


Aku umpama ma'am besar. Duduk di seat sebelah, sementara suami mithaliku memandu dengan cermat. Dari KL kami menuju ke Kuala Pilah, cuti-cuti dah habis. Aku geram melihat urat-urat tangan Malik yang timbul sedang memegang stereng kemas. Dia yang memakai cermin mata hitam menambahkan aura machonya. Aku sengaja mengada-ngada tadi malas nak drive, Malik memang suami mithali dimataku, mengalas tanggungjawabnya. Ahh lagipun sebelum dia masuk bomba dia jadi driver orang kaya dekat KL. Joni sudah terdengkur dari tadi lagi di seat belakang.

Tadi kami pergi ke nursery di Sungai Buloh untuk beli pokok hiasan. Kejadian malam tadi tidak dapat aku lupakan. Malik seakan tidak mahu melepaskan pelukannya kepadaku, aku syak dia jeles dengan Joni berbaring disebelahku. Sebelum pulang, kakak aku menyuruhku singgah dirumah pusaka kami. Dia sediakan makan tengahari, rindu katanya lama tak jumpa. Ada masa untuk aku meluangkan masa bersama anak buah kesayanganku. Kalau kakak aku tau aku bawak balik skandal tadi macam mana? Bukan satu tapi dua. Dua suami orang kau kebas Aiman!

Kereta yang dipandu Malik baru sahaja keluar dari highway Lekas. Aku dari tadi hanya menemani Malik dan dia masih lagi membahasakan diri abang-ayang kepadaku. Aku hanya membiarkan sahaja, biarlah aku rasa bahagia begitu walaupun aku tahu dia tidak maksudkan apa yang keluar dari mulutnya itu. Telefon Joni asyik berdering dari tadi, dia masih tidak sedarkan diri.

"Eh Joni bangun, telefon kau dan 2, 3 kali bunyi tu..orang call" kataku sambil menepuk peha Joni.

Joni tersentak. Dia yang masih mamai menggosok-gosokkan matanya dan segera mengangkat telefon. Dari percakapannya dengan orang didalam talian seperti terjut dan kerisauan. Aku cuba mendengar dari hujung talian. Joni mematikan talian, mukanya kerisauan tangannya memicit kepalanya.

"Apsal ni Joni?" soalku

"Bini..aku.." kataJoni tersekat-sekat

"Kenapa dengan Lina?"

"Dia jatuh dalam toilet"

"Astaga..dah tu macam mana dengan dia?" sampuk Malik

"Adik aku cakap ada darah keluar, tengah pegi hospital tu"

Aku menyuruh Malik mempercepatkan pemanduannya dan menghala ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah. Malik menurut sambil aku cuba menenangkan Joni.

.....

Aku  baru selesai mengambil Joni dan isterinya Lina yang dirawat di hospital 3 hari. Joni yang sepatutnya masuk kerja baru pada minggu ini terpaksa menangguhkan ke minggu hadapan. Lina keguguran. Bayi dalam kandungannya meninggal dunia. Tidak dapat aku bayangkan perasaan mereka yang kematian anak yang belum dilahirkan.

"Kau jaga Lina elok-elok, minggu ni takyah bersihkan rumah aku" pesanku kepada Joni, sambil menyelitkan dua keping not RM50 kedalam poketnya.

"Yelah, terima kasih Aiman" balas Joni yang memapah Lina masuk kedalam rumahnya.

"Kalau nak apa-apa bagitau aku, jangan senyap" pesanku lagi. Joni hanya mengangguk dan melangkah masuk ke rumahnya.

.....

Aku sedang menanda homework pelajarku dihadapan ruang tamu sambil menonton TV. Malik dah 3 hari tidak tidur disini sejak kami balik dari KL. Aku agak dia dah berbaik dengan isterinya. Tak tahu aku patut rasa gembira untuk dia ataupun sebaliknya. Selepas apa yang kami lalui, sudah tentu aku sedih.

Tiba-tiba pintu rumahku dibuka. Siapa lagi kalau bukan Malik, hanya dia yang ada kunci kedua. Aku tersenyum melihatnya melangkah masuk. Suami dah balik ke rumah madu kedua detikku. Tanpa sepatah kata Malik terus merebahkan punggung disebelahku. Dia hanya terdiam sambil sibuk bermain dengan telefonnya.

Diari Seorang LelakiWhere stories live. Discover now