14- Sexapade

1.4K 26 3
                                    


Kereta Proton Saga yang Tahir pandu tiba disebuah resort. Resort yang agak terpencil kira-kira sejam setengah perjalanan dari rumah Tahir. Kata Tahir inilah surprise yang dirancangnya. Kami akan bermalam disini.

Resort ini nampak seperti resort-resort biasa. Tempat orang bercuti, mencari ketenangan. Terletak di pinggir hutan di tepi gua yang dan juga ada kolam air panas semulajadi yang merupakan tarikan utama disini. Resort ini tertelak agak jauh dari jalan utama lebih kurang 5km. Hanya yang tahu dan regular customer sahaja yang tahu akan kewujudannya.  Kata Tahir ini kali ketiga dia kesini.

Telefon dan sebarang kamera terpaksa ditinggalkan dikaunter hadapan. Aku pelik dengan peraturan yang ditetapkan. Bukankah pengunjung datang kesini untung abadikan kenangan? Tahir hanya menyuruhku menurut sahaja, katanya untuk event malam ini.  Event malam minggu yang diadalah sebulan sekali. Aku malas hendak bertanya dengan lebih lanjut dan terus menyerahkan telefon ke dalam kotak yang diberikan. Aku duduk disofa berhampiran, biarlah Tahir yang uruskan selebihnya.

Pandanganku terhenti kearah seorang lelaki yang baru sampai. SUV Mercedez berwarna hitam dia park tidak jauh dari kereta Tahir. Dia berjalan kearahku, gayanya cukup menarik perhatianku. Backpack dikendong disebelah bahu, baju tanpa lengan yang dipakai menampakkan biceps dan urat lengannya menonjol menambahkah aura maskulin padanya. Seluar pendek jeans, cermin mata hitam dan topi hitam Vans menunjukkan sisi santai padanya. Rokok elektronik yang digantung pada lehernya dihisap perlahan dan berjalan penuh yakin. Jambang dan misai nipis kemas diwajahnya memang macho jantan ini bisikku.

Lelaki tersenyum kearahku, senyuman yang paling manis pernah aku terima, aku membalas senyuman itu. Hatiku berdetup kencang. Panahan cinta?

Tapi aku rasa aku seperti pernah nampak lelaki ini, tapi dimana? Oh ini bukan ke pelakon pujaanku yang aku lihat di TV tempoh hari? Aku masih memerharikan gerak gerinya di front desk. Cermin mata hitamnya dibuka dan diselitkan dibaju. Ah bukan, dia bukan pelakon itu hanya pelanduk dua serupa. Sekilas pandang memang seiras, head to toe.

Aku masuk ke bilik yang ditempah Pak Tahir, chalet berkembar dibuat dari batu bata semulajadi. Bilik itu walaupun dekorasinya nampak outdated tapi ia well-maintained. Tidaklah fancy 5-star cuma elok, bolehlah untuk short escape seperti yang kami lakukan. Aku tertanya-tanya dari tadi kenapa semua pengunjung disini hanya lelaki? Masih belum ada perempuan yang aku nampak. Pelik. Tahir sudah berbaring diatas katil sambil membaca majalah. Aku hanya memerhatikan gelagatnya.

"Bang apa yang bestnya dekat sini..nampak biasa je" soalku

"Tu kene tunggu malam Man, baru aksi bermula" balasnya

"Aksi apa cakaplah" aku mendesak

"Tunggu je lah"

"Alaaaa abang ni..bagitau je lah" aku cuba memujuk

"Man tunggu je la, malam ni kawan abang ada datang sekali sini"

"Abang bagitau je lah, malas la mcam ni" aku cuba berlagak merajuk

"Betul nak tau?"

"Ye lah"

"Malam ni ada parti bogel, men only" balas Tahir

"Serius la bang, jangan main-main"

"Laa dah cakap tak nak percaya pulak"

Aku terdiam, seakan tidak percaya. Mataku terbeliak, tidak sangka ini surprise yang dimaksudkan Tahir. Jadi sebab ini kenapa hanya semua lelaki ke sini?

.....

Sinaran matahari semakin redup. Aku bercadang untuk bersiar-siar disekitar resort petang itu. Tahir sedang terbungkam di bilik. Penat katanya. Dari beranda dibilikku aku dapat lihat seorang lelaki sedang berlari-lari anak di trek joging berdekatan.

Diari Seorang LelakiWhere stories live. Discover now