Jam menujukkan jam 10 malam. Aku yang sudah keletihan dikerjakan Joni petang tadi sudah mahu menarik selimut. Lampu rumah telah aku gelapkan kecuali lampu tidur. Tiba-tiba loceng rumahku berbunyi. Siapa pulak yang datang malam-malam begini. Joni? Aku mulanya malas hendak keluar, aku biarkan sahaja. Kemudian notification Whatsapp dari Malik kelihatan di telefon ku."Dah tidur ke?"
Aku agak Malik yang diluar rumah. Aku melangkah malas menuju ke pintu utama. Aku intai dari celah langsir, benar Malik dihadapan pagar rumahku. Pintu aku buka, suis gate aku tekan. Malik melangkah masuk kedalam halam rumahku. Dia nampak keletihan, bajunya comot mukanya ada kesan-kesan hitam.
"Aku tidur sini boleh?" soal Malik dihadapan pintu. Aku malas hendak bertanya banyak mungkin isterinya masih bercangkerama dirumahnya dengan jantan lain.
"Masuklah" balasku tersenyum mesra kepadanya.
"Kau ok tak ni?" soalku. Aku dapat hidu bau asap dari badan Malik
"Aku ok, baru setel keje tadi. Penat bro" balas Malik dan terus merebahkan diri diatas sofa.
"Kau dah tidur ke?" soal Malik
"Takdelah aku buat keje dekat bilik belakang, tak perasan bunyi loceng" balasku tipu sunat.
Aku terus ke dapur mengambil setin 100plus dari dalam peti sejuk dan memberikan kepada Malik. Watakku umpama isteri solehah yang menyambut suami keletihan pulang dari kerja seperti dalam drama-drama swasta.
"Thanks" balas Malik dan terus meneguk air isotonik itu.
"Kau dah makan belum?" soalku
"Belum..bini abang masak apa malam ni?" seloroh Malik.
"Siot la kau..aku ada nasi ayam dara dalam peti tu beli dekat kedai depan tu..tadi beli dua tamak sangat, pastu tak habis makan satu lagi..kalau nak, aku panaskan jap"
"Panaskan sayang, abang lapar ni" kata Malik dengan nada yang lembut
"Geli la Malik..dah la busuk, pegi mandi dulu..aku masuk microwave jap makanan kau"
"Ni sayang lebih ni" balas Malik dan berlalu pergi sambil menepuk punggungku. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat kerenah Malik malam ini. Entah kenapa dia menggedik semacam.
.....
Dalam keheningan malam aku terjaga. Entah kenapa. Jam di meja sisiku menunjukkan pukul 3 pagi. Ada lebih kurang 3 jam lagi untuk aku tidur, sebelum alarm harianku berbunyi. Baru aku perasan Malik sedang memelukku erat dari belakang. Mukanya betul-betul dibelakang kepalaku. Aku dapat rasakan hembusan nafas dari hidungnya betul-betul ditelingaku. Aku memegang lembut tangan beruratnya yang sedang memelukku. Aku nikmati sebentar malam yang penuh bahagia itu. Malik milikku!
.....
Aku memandu ke sekolah seperti biasa pagi ini dengan hati yang riang. Aku rasa bahagia mungkin sebab Malik. Pagi tadi aku tinggalkan Malik yang masih terbungkam diatas katil, katanya dia cuti harini. Entah, mungkin juga aku gembira kerana aksi kelamin aku bersama Joni petang semalam, nikmat seks yang paling best aku pernah rasa setakat ini. Sundal kau Aiman main dengan dua jantan!
Seperti biasa aku membeli sarapan di warung Kak Kiah sebelum pergi ke sekolah. Biasanya aku akan beli lebih, untuk diberikan kepada guard sekolah. Biasanya Pak Tahir yang bertugas pada waktu pagi. Hari ini tidak terkecuali, aku membeli sebungkus nasi lemak daun pisang dan beberapa biji kuih lepat pisang dan karipap untuk aku berikan kepadanya.
YOU ARE READING
Diari Seorang Lelaki
General FictionNama aku Aiman. Nama penuh Aiman Afdal Ibrahim Lee. Tapi lepas baca cerita ni mungkin kau akan rasa nama Aiman Sundal lebih sesuai dengan aku. Ya benar, aku mixed blood. Orang kata aku jambu, entahlah aku malas nak angkat bakul. Tengok dalam cermi...