12- Dayus

1.4K 29 2
                                    


Aku kusyuk menonton drama Samarinda di TV3. Entah kenapa aku boleh melekat dengan drama typical melayu projek juta-juta bercinta dalam pejabat tapi tak pernah nampak bekerja. Mungkin melekat dengan cerita ini kerana pelakon utamanya Yusuf Bahrin. Pelakon kegemaranku, bagiku ciri-ciri lelaki idamanku semua ada padanya. Biasanya aku paling anti drama begini.

Tiba-tiba pintu rumahku dibuka. Siapa lagi kalau bukan Malik. Aku dah berikan kunci pendua kepadanya. Lagak Malik seperti sudah pindah kesini. Bilik kosong telah Malik jadikan biliknya. Pakaian dan barang peribadinya penuh disitu. Tong-tong protein shakenya juga telah tersusun didapur. Kadang-kadang dia tidur dibilik itu, kalau Malik nak menggedik dia tidur bersamaku. Namun, kami belum lagi melakukan hubungan seks kecuali yang dulu. Bukan aku tak nak, tapi segan biarlah dia yang mulakan.

Aku perasan dia semakin kerap bergaduh dengan isterinya. Sebab itu lah dia sering kesini. Boleh kata dalam seminggu hanya sekali dia ke rumahnya disebelah. Aku tidak bertanyakan lebih tentang masalahnya, biarlah dia sendiri yang buka mulut. Sejak Malik tinggal disini aku dan Joni susah untuk melakukan aktiviti kami. Takut kantoi. Paling-paling pun aku bawak Joni ringan-ringan dalam kereta kalau terlalu sangap.

Malik melangkah longlai kearahku yang sedang duduk diatas sofa. Dia terus duduk disebelahku. Aku terdengar dia mengeluh kuat dan terus bersandar tanpa sebarang kata. Aku berpaling kearahnya yang sedang memejamkan mata. Aku lihat ada kesan luka yang masih ada kesan darah dibibirnya dan lebam di dahi kirinya. Aku terkesima, siapa pulak pukul Malik?

"Kau apa hal ni Malik?" soalku sambil memegang wajahnya cuba memeriksa bahagian lain.

"Takde apa lah sikit je?" balas Malik

"Siapa pukul kau ni?" soalku

Malik hanya terdiam membisu sambil scroll facebook ditelefonnya.

"Samseng dekat gym tu ke? ke budak balai kau?" aku cuma meneka.

"Bukanlah, jangan mengarutlah Man"

"Habistu takkan bini kau?" terkeluar dari mulutku

Malik terkedu dan hanya membisu. Aku agak tekaan aku betul.

"Aini pukul kau ke?"

"Sikit je lah"

"Astaga..gaduh sampai macam ni sekali" aku mengusap-usap wajahnya lagi. Dia hanya membiarkan aku.

Aku berlalu dari situ dan mengambil air suam, tuala kecil, ais dan first aid kit. Secawan jus jambu kegemaran Malik aku ambil dari peti sejuk.

Jus tadi aku berikan kepadanya. Malik teguk perlahan. Aku basahkan tuala dengan air suam dan lapkan keatas luka dibibirnya. Malik hanya mendiamkan diri. Aku masukkan ais kedalam tuala tadi dan menekapnya ke dahi Malik, aku menyuruh Malik memegangnya. Aku perasan ada kesan calar ditangan Malik. Entah apa yang mereka bergaduh.

"Kau selalu ke kene macam ni?" soalku selamba

"Jarang la Man, takde apa lah sikit je"

"Kau ada pukul dia balik tak?" soalku

"Takde..takkan la aku nak pukul perempuan" balas Malik

"Habistu kau je la yang selalu kene?"

Malik hanya mendiamkan diri. Tidak menidakkan kata-kataku. Aku hanya menggelengkan kepala.

"Ni keganasan rumah tangga ni, boleh report polis" kataku selamba. Ahh lagilah aku tak suka Aini selepas apa yang aku dengar dari mulut Malik.

"Takyah lah Man, bini aku tak sengaja tu" kata Malik

Aku hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak faham dengan Malik. Kalau tak bahagia, kenapa nak teruskan lagi? Isteri dia pun suruh ceraikan dia, tapi kenapa Malik masih nak teruskan perkahwinannya lagi? Macam-macam bermain difikiranku. Aku mengambil telefonku dan menangkap gambar kesan-kesan dimuka dan tangan Malik.

Diari Seorang LelakiWhere stories live. Discover now