• nyan? •

535 29 9
                                    

Malam yang nyaman, disaluti dengan rintik-rintik droplet yang kian melebat. Bukan manusia namanya kalau tidak terbuai ke alam mimpi dalam keadaan cuaca yang sejuk.

Seorang pemuda Kang yang baru sahaja menyiapkan makan malam simple nya, maggie kari, sedang duduk bersila di atas katil. Empat kaki meja kecil diposisikan di antara kedua pahanya agar mangkuk penuh kari itu dapat diletakkan. Sambil makan, mata pemuda itu melekat ke arah tv, menonton kartun favorite nya, Pocoyo.



DURR


Seketika acara makan malamnya sedikit terganggu kerana guruh. Teringat akan kata-kata ibunya sekiranya terdapat guruh, harus dimatikan suis tv agar tidak terkena renjatan elektrik. Tanpa membuang masa pemuda itu menutup suis tv nya.

"Takpe. Pocoyo episod 1865 kan tadi? Ah, tengok kat youtube pun bolehlah.."

Sehabis sahaja pemuda itu makan, dia keluar semula dari biliknya menuju ke dapur. Mencuci peralatan yang digunakan tadi. Sambil-sambil pemuda itu menoleh ke sekeliling apartmen kecilnya. Takut ada hantu muncul tiba-tiba backhug dia kan? Manelah tau..

Dahlah hujan. Dingin. Sepi.

'Aduh. Nape aku rasa tak sedap hati?'

Selesai bereskan bahagian dapur, dia menuju ke ruang tamu. In case dia terlupa tutup tingkap atau mengunci pagar rumah.

Hiks! Huwee.. Nyann

"Wah. Rumah aku ada penghuni baru ke-"

Dia meneliti keadaan ruang tamunya yang jelas-jelas hanya dia seorang yang tinggal.

Entah-entah bunyi anak kucing kut..

Hiks! Nyan Nyan Nyan

Haah kan.. Lagipula hantu apa yang bunyi Nyan Nyan Nyan bagai?

Entah mengapa pemuda Kang merasa ada yang tidak kena setelah dia mendekati pintu rumah.

Tidak. Bukan kerana dia lupa menguncinya.

Tetapi.

KREK!






















































































"Hiks! Um..Nyan?"

APPA || TaeGyu ✔️Where stories live. Discover now