• flashback •

72 11 7
                                    

+ last chapter :)





Taehyun bangun awal pagi ini dengan semangat yang baru.

Sudah tentu kerana hari ini merupakan hari yang paling istimewa bagi Taehyun dan Beomgyu.

Bukannya hari jadi. Tetapi hari ini adalah hari pertama Taehyun memulakan hari-harinya yang dahulu gelap menjadi terang-benderang bersama Kang Beomie~

Dengan ini, Taehyun ingin memberi suatu kejutan iaitu membawa Beomgyu berbelanja barang-barang bayi~

Tetapi masalahnya sekarang ini, Beomgyu tidak ada baju T^T

Taehyun terlupa akan itu kerana sibuk memandikan si kecil 1 jam di tab mandi. 1 jam sebab dirinya takut Beomgyu tidak dapat beradaptasi dengan persekitaran baru.

Dia kan masih 2 tahun, dan dia takut sekiranya dia meninggalkan Beomgyu sendiri di dalam tab, Beomgyu akan panjat ala-ala cicakman dan kemungkinan akan terlicin.

Dan kalau terlicin, dia akan menangis. Taehyun kan belum mahir menenangkan bayi yang sedang menangis T^T

Dia juga takut Beomgyu akan tenggelam. Sebab tu dia harus memimpin bayinya agar dia dapat mengawal tubuh kecilnya daripada hilang keseimbangan.

Setelah mandi, dia menggulungkan Beomgyu sahaja menggunakan tuala lalu membaringkannya di atas katil Taehyun. Baginya tuala itu cukup besar dan tebal jadi Beomgyu pasti tidak akan kesejukan.

Dan beberapa minit berlalu Beomgyu masih terkaku di dalam gulungan tuala itu.

Tangan dan kakinya memang tidak dapat digerakkan kerana gulungan yang Taehyun berikan tersangatlah rapat. Nasib kepala bulatnya dapat digerakkan. Walau sekadar teleng-teleng ke sana ke sini. :)

Aduh Taehyun, lebih baik dia bertindak sekarang sebelum Beomgyu menjadi Larva seperti di kaca tv itu.

"APPA NYAN"

Taehyun berdehem membalas sapaan(?) Beomgyu sambil matanya tidak berkutik dari telefon. Dia harus menelefon seseorang yang dia perlukan dalam situasi segenting ini.

Seseorang yang dapat memberikan baju bayi secepat mungkin. Kalah posmen.

Siapa lagi kalau bukan Kai Kamal Huening. /twerk

"Taehyun! Ppaliwa~"

Yes, dalam beberapa detik, tiba-tiba suara mengada-ngada itu terdengar dari hadapan rumahnya dengan membawa sekotak baju bayi.

Okey, anda rasa kenapa rumah Kai terdapat banyak pakaian baby?

1

2

3

Sebab dia adalah CEO syarikat produk baby~

Baiklah.. sedikit TMI:

Kai telah membuka suatu butik khas untuk ibu-ibu membeli keperluan bayi mereka. Bukan satu, tetapi butik tersebut availabe di seluruh dunia! Butik nya juga kini berada di dalam platform pembelian online seperti Lazada dan Shopee.

Dan kesemua produk-produk bayi yang diproduksikan itu semuanya adalah dengan usaha tangannya sendiri. Sebab itu produknya terkenal.

Tetapi sayang sekali pengguna tidak tahu tentang apa-apapun berkenaan fakta menarik ini. Kerana yang mereka-ciptakan pakaian secomel ini merupakan CEO termuda di pelosok industri.

/twerk

Back to the story, Taehyun berlari ke pintu hadapan dan menyambut baik kotak besar itu.

APPA || TaeGyu ✔️Where stories live. Discover now