"Doktor, bagaimana dengan keadaan kawan saya?"
Doktor yang menjaga pesakit bernama Kang Taehyun itu tersenyum pahit. Menghampiri Kai sambil menepuk bahu sahabat pesakitnya perlahan.
"Kawan awak.. masih berada di dalam keadaan yang stabil. Kami baru sahaja memberikannya ubat anti-epilepsi untuk mengelakkan pesakit menghadapi sawan setelah pembedahan otak. Sekarang ini dia perlu masa untuk berehat beberapa hari.", jelas doktor dengan tenang.
Kai bungkam. Sudah dua hari berlalu sewaktu kejadian langgar-lari itu berlaku tetapi Taehyun masih lagi terbaring tidak menyedarkan diri di atas katil.
Menurut apa yang doktor sampaikan pada Kai pada hari Taehyun dimasukkan ke dalam bilik kecemasan, mereka mendapati belakang kepala Taehyun retak dan harus di buat pembedahan segera mungkin. Kulit perut dan lengan Taehyun harus dijahit. Dan kaki kiri Taehyun syukurlah tulangnya tidak retak gara-gara terhimpit motornya. Hanya terseliuh dan terdapat kesan calar pada betisnya tetapi tidak lama lagi pasti akan sembuh.
Kai agak kesal juga kerana doktor memberitahunya bahawa Taehyun tidak memakai helmet ketika menunggang motosikal. Dan menurut saksi yang melihat kejadian itu, Taehyun sengaja melepasi lampu merah dan menyebabkan dirinya terjebak dalam kemalangan.
Sebenarnya apa yang sahabatnya risau kan sehingga dia sanggup merempit di tengah malam di jalan besar?
Apa pun alasan itu, semuanya sudah berlalu dan sekarang Kai mendudukkan diri nya di sebelah Taehyun yang masih tidak sedarkan diri itu.
"Aku ingatkan kau memang pandai tahap dewa. Rupanya kau bodoh juga eh, Hyun."
Kai mengumpat Taehyun. Dia tahu Taehyun akan dengar kerana pesakit yang koma walaupun matanya masih terpejam, telinganya tetap masih berfungsi.
Tiba-tiba telefon Kai bergetar dari saku seluarnya. Dia lantas menjawab panggilan yang ditunggu-tunggu sejak tadi.
"Hello Kai. Sorry Ibu baru angkat sebab tiba-tiba digi dekat sini low connection"
"Ibu.." gumam Kai perlahan. Tidak peduli dengan apa-apa yang dikatakan oleh orang tua itu.
"Ye nak? Ada apa, hm? Taehyun sihat juga ke? Dua hari yang lalu dia ada call Ibu tapi.."
"Ibu, Taehyun.."
"Napa Taehyun?" okey, kali ini Ibu Taehyun berasa tidak sedap hati setelah beliau terdengar suara Kai di telefon kian mengendur.
"Taehyun dekat hospital sekarang."
"Hospital?!"
"HAMONI ! BOT BEOMIE DA SHIAP !!"
Ibu Taehyun tersentak sewaktu cucunya yang tiba-tiba muncul lalu menunjukkan bot kertas yang dibuatnya.
"CANTIK KAN HAMONI ?" tanya Beomie dengan senyuman melihat barisan gigi yang baru tumbuh.
Ibu Taehyun tersenyum nipis dan mengangguk kepalanya, membalas soalan Beomgyu. Dia mengusap kepala Beomgyu sayang lalu kembali pada panggilan di telefon.
"Ibu?" Kai tadi mendengar samar-samar suara Beomgyu dari corong telefon. Hatinya sebak pada anak itu.
"Tae-Taehyun.. sakit?"
Beomgyu yang mempunyai pendengaran yang tajam terdengar halmeoni nya menyebut nama appa. Dia lantas memerhati wajah halmeoni nya. Halmeoni nya kelihatan cemas dan gelisah.
Appa Tyun kenapa?
"Taehyun..accident."
"Ha?"
"Dah dua hari dia terlantar di hospital. Kai pun tak tahu macam mana boleh terjadi sebab Kai sendiri baru tahu tadi pagi, Ibu."
YOU ARE READING
APPA || TaeGyu ✔️
Nouvellestinggalkan jejak 🙏 nanti Beomie marah baru tau😡 start: 14.10.21 end: 07.11.21 #1 in appa #1 in short #1 in taehyun #1 in taegyu #2 in beomgyu #3 in hueningkai