• tamat •

122 13 7
                                    

+ like Ben said before; "a magician never reveals his own secret"

so that means; you will never know what goes on my mind rn.

:)


























"Mana anak aku?"

Suara itu kedengaran nak tak nak keluar dari kerongkong Kang Taehyun. Matanya mencerlung tajam pada Kai yang duduk di sebelah katilnya.

Kai baru sahaja datang ditemani Jisu dan JamJam. Dan tidak sangka pula sahabatnya ini akan menyoal soalan yang dia tidak tahu jawapannya buat masa sekarang, secepat ini.

"Aku tanya, mana anak aku?"

"Hyun.." tangan Taehyun dipegangnya membuatkan Taehyun menepisnya kasar.

"MANA ANAK AKU?!" jerit Taehyun, sehingga bergema satu ruangan itu. Dia seperti kerasukan. Rambutnya kusut tidak terurus, matanya sembab menahan tangisan yang akan keluar sebentar lagi. Giginya diketap menahan amarah.

Keadannya cukup membuatkan dia tertekan kerana seseorang.

Kang Beomgyu.

Pleaselah, dia bangun dari koma, pertama yang dipandangnya adalah raut wajah Ibunya. Gelisah. Ibunya menangis tetapi dia tidak pasti untuk apa.

Mustahil kan ibunya sedih disebabkan Taehyun dah bangun dari koma?

Kerana apa yang terpancar hanyalah senyuman yang dipaksakan untuk tersenyum.

Dia juga tidak nampak kelibat anaknya sejak tadi. Bukankah ibunya yang menjaga anaknya sepanjang dia belajar?

Betapa rindunya dia dengan anaknya setelah berminggu-minggu tidak berjumpa.

Atau.. jangan-jangan ada perkara lain yang mereka sembunyikan?

"Taehyun, kau patut berehat dulu. Kau baru bangun kan.."

"Tak nak. Aku nak tengok anak aku. AKU NAK BEOMGYU. MANA DIA?"

"Taehyun."

"ARGHH AKU NAK BEOMGYU!"

Taehyun menjerit frustasi. Dia terduduk di atas katil, meracau tidak jelas. Menyebut nama anaknya berulang-kali.

Kai yang bersendirian bersama sahabatnya di bilik itu tidak sanggup melihat Taehyun yang bukan seperti dirinya yang biasa.

Tidak lama kemudian, Ibu nya masuk ke dalam diikuti Jisu dan JamJam.

"Beomgyu?"

"Ibu cakap Ibu ada bawak Beomgyu kan? Mana dia sekarang?" rintih Taehyun lalu menarik bawah baju Ibunya yang kian mendekat dengan wajah bersalah.

Sebak melihat anaknya yang tidak terurus itu.

Sebak kerana tidak dapat memberitahu anaknya perkara yang sebenar.

"Taehyun.. berehat lah dulu, nak. Kamu kan baru je bangun." tegur Ibunya lalu mengusap tangan anaknya yang menarik bajunya berkali-kali. Ibunya hampir mengalirkan air mata kerana tidak sanggup melihat keadaan mental anaknya yang masih tidak stabil.

"Tak nak. Taehyun nak Beomgyu, Ibu!" bantahnya keras.

"Tapi Hyun.."

"AKU CAKAP TAK NAK TU TAK NAK LAH" jerit Taehyun pada Kai, memotong ayatnya.

Kai menatap Ibu Taehyun yang menangis di bahu Jisu. Jisu di sebelah wanita itu mengusap lembut bahu tua itu lalu bersuara,

"Kai, kami tunggu dekat luar."

APPA || TaeGyu ✔️Where stories live. Discover now