• explain •

73 12 1
                                    

+ sad or happy :D











































Taehyun gelisah. Dia tidak sangka ibunya akan datang melawat pada waktu yang salah. Pada waktu dia tidak ada di rumah.

P/S abaikan jam 7 pagi di chat tu. Ikut jam atas sekali :)

"Awak, ada masalah ke?"

Ya, Taehyun sekarang berada dalam masalah. Mukanya kelihatan pucat. Dia tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan berkenaan suasana di dalam rumahnya yang..

..berselerak dengan mainan-mainan Beomgyu ;-;

Kan keluarga kecil Kang itu tergesa-gesa ingin berbelanja snacks lalu menjemput Jisu dan JamJam di awal pagi. Tentu Taehyun tidak terfikir untuk menyusun semula mainan-mainan Beomgyu yang sengaja disepahkan di hadapan tv semalam.

Itu baru satu. Masalah kedua, KANG BEOMGYU.

Dia tidak pernah memberitahu beliaunya yang dia sudah mengambil anak angkat tanpa sengaja. Dia memang ingin memberitahu tetapi mulutnya sentiasa tertutup rapat agar tidak menyebutkan nama Beomgyu sewaktu mereka berdua on call.

Toh, Beomgyu juga tidak banyak merengek dan sehingga kini ibunya tidak tahu akan kewujudan Beomgyu di rumah anak bujangnya.

"Ibu saya datang rumah." Taehyun mengusutkan rambutnya perlahan.

"Oh ye?! Lahh pergi je. Mesti awak kunci rumah tu sebelum gerak kan? Kesian ibu awak menunggu di depan rumah." Jisu ikut gelisah apabila membayangkan orang tua Taehyun yang pasti berada di luar rumah kepanasan. Walaupun mungkin realiti nya sebegitu.

"Tapi.." Taehyun tidak melanjutkan ayatnya. Dia menatap anak kecilnya yang sedang bermain pistol air bersama dua ketul lagi.

Jisu yang peka akan lelaki di sebelahnya mengeluarkan suara,

"Gwencahana. Saya jaga Beomgyu. Awak pergilah jumpa ibu awak dulu." Pintanya tersenyum kecil lalu Taehyun membulatkan matanya.

"Nanti Beomgyu tercari-cari saya cane?"

"Bagitahulah dia dulu. He will be okay with us. I promise."

Taehyun lega kerana mendapat seseorang yang dapat menemani anaknya. Mungkin berjauhan sekejap dengan Beomgyu tidak akan merosakkan segalanya. Taehyun mengangguk kepala senang.

"Okay. Saya pegang janji awak."




























+

×

+























Taehyun memandu selaju mungkin menuju ke bangunan apartmennya. Aigoo, selepas ini dia harus berfikir keras untuk mereka cerita berkenaan mainan-mainan yang bersepahan di ruang tamu nanti.

Setelah di parking keretanya, dia pun bergegas menaiki tangga dengan perasaan berdebar-debar. Mendapati pintu rumahnya masih terkunci rapat tanpa sosok kelibat yang berada di hadapannya.

Huh? Ibu mana?

"Eh.. Tak taulah pula. Setahu saya dia memang tinggal seorang diri je, kak."

Kedengaran suara seseorang yang dikenalinya berada di rumah jiran sebelah yang pintunya terbuka luas.

"Bukan dia dah kahwin?"

APPA || TaeGyu ✔️Where stories live. Discover now