Taehyun dan Beomgyu pun bersiap-siap keluar dari rumah. Beomgyu yang memang kesabaran nya semakin menurun bergerak gelisah di dakapan Taehyun. Taehyun dalam masa yang sama mengunci pintu pagar apartmennya.
"Beomie nak try berjalan?"
Beomgyu menganggukkan kepala nya yakin. Taehyun lalu menurunkan si kecil dari gendongan nya.
Kaki yang mula beradaptasi dengan lantai di renung Beomgyu lama. Loading.
"APPA NYI" Beomgyu memanggil appanya dan tunjuk kedua-dua kasutnya yang berkelip-kelip.
"Waa cantik kan kasut Beomie? Suka tak?"
"NYAN!"
Heh korang ingat bunyi Nyan Nyan tu khas bunyi kucing je? Ni anak Taehyun pun boleh taw!
Taehyun tersenyum akan gelagat anaknya yang masih terpegun melihat lampu-lampu dari bawah tapak kasutnya. Dia membongkokkan badannya sedikit dan mengambil tangan kiri Beomgyu. Menuntut untuk menapak selangkah.
Beomgyu yang masih mentah dengan kaedah 'berjalan dua kaki' patuh akan arahan appanya. Langkah kecilnya berjalan, sambil menatap lantai. Beberapa langkah kemudian, Beomgyu ketawa. Yey! Laju Beomie belajar berjalan~
"Appa! Yepash!" katanya sambil melepaskan tangannya dari pegangan tangan besar Taehyun.
"Betul ni Beomie?"
Beomgyu mengangguk laju lalu slow and steady menggerakkan kaki kanan serta kaki kirinya tanpa bantuan Taehyun.
Taehyun dengan perasaan terharu memerhati Beomgyu yang sudah beberapa meter di hadapannya. Beomgyu menoleh ke belakang dan tepuk tangannya sendiri.
Bangga akan prestasi nya!
Sampai di hadapan anak tangga menuju ke tingkat bawah, Taehyun membantu Beomgyu lagi. Ajaibnya, Beomgyu berjaya mendaki turun anak tangga sehingga ke ground floor.
Jiran-jiran berhampiran yang melihat pencapaian Beomgyu, menepukkan tangan. Bangga.
Beomgyu yang menjadi perhatian oleh para-para makcik berasa malu lalu memeluk lutut Taehyun. Menutup wajah merahnya.
"Beomie dah makin besar ye Hyun?"
Seorang wanita paruh baya berjalan menghampiri anak beranak itu.
"Iye aunty. Baru pertama kali Beomie berjalan dua kaki. Tak sangka dia laju belajar hehe.", balas Taehyun. Dia mengangkat Beomgyu yang masih menyembunyikan mukanya.
"Beomie, salam aunty. Takpe.. Aunty tak culik Beomie pun haha"
Beomgyu menoleh ke belakang dan bertemu empat mata dengan wanita itu. Wanita itu tersenyum lebar.
"Hai Beomie~ Nih Aunty Yena", sapa wanita itu.
Taehyun menguis pipi pau anaknya meminta respon.
"Ai Anti Yena", sapa Beomgyu balik, tapi perlahan. Kemudian dia menatap mata Taehyun.
Taehyun yang faham akan isyarat mata anaknya, terkekeh geli.
"Aunty, Hyun dan Beomie pergi dulu ya? Beomie ni hmm tak sabar betul haha"
"Ya. Hati-hati naik motor Hyun. Dan Beomie, sihat selalu ye nak?"
Beomgyu melambaikan tangannya selepas diminta oleh Taehyun. Terpaksa. Biasalah Beomgyu tidak berkenan dengan manusia yang lebih tinggi dari dia kecuali appa kesayangan. Aunty Yena membalas dengan lambaian lalu memasuki rumahnya.
Mereka pun meninggalkan blok apartmen menuju ke kawasan perumahan 'kawan Beomie'
YOU ARE READING
APPA || TaeGyu ✔️
Short Storytinggalkan jejak 🙏 nanti Beomie marah baru tau😡 start: 14.10.21 end: 07.11.21 #1 in appa #1 in short #1 in taehyun #1 in taegyu #2 in beomgyu #3 in hueningkai