"Malam ni Beomie tidur sendiri, appa tidur luar." kata Taehyun sengaja memasang wajah datar nya. Punggungnya diangkat lalu menuju ke ruang tamu, membiarkan Beomgyu di tepi tingkap bilik sendirian.
Beomgyu menoleh ke pintu bilik setelah Taehyun hilang dari pandangan. Agaknya, bayi Kang ni tak takut ditinggalkan appa nya ya?
Lol. Bayi mana yang tak takut ditinggalkan sorang sorang :)
"Appaaa..?" gumam Beomgyu perlahan.
Bibir tipisnya yang tadi bermuncung panjang kini melengkung ke bawah.
Dia turun dari katil bersaiz queen appanya perlahan-lahan. Kakinya melangkah keluar dari bilik tidur memperlihatkan ruang tamu dan appa nya.
Taehyun membaringkan dirinya di atas sofa. Lengan kirinya disandarkan di dahinya, menutupi mata. Beomgyu yang melihat keadaan appa nya yang tidak selesa berada di sofa yang panjang nya semeter berlari ke bilik semula.
Mengambil selimut dan bantal appanya. Seketika dia terhenti lalu menatap patung kesayangannya, Ttubi yang juga berada di atas katil. Beomgyu sejak dia beberapa minggu official menjadi anak angkat Taehyun, dia selalu ditemani dengan patung beruangnya ketika tidur.
Katanya lembut. Bukan seperti perut appanya.
Iyalah, perut appanya banyak roti, tapi rotinya keras semua-
Beomgyu berperang dengan hatinya sendiri sama ada membawa Ttubi nya juga atau tidak perlu. Last-last dia meninggalkan bilik tanpa mengambil patungnya.
Keselesaan Appanya lagi penting siou :D
Beomgyu terengah-engah kembali ke hadapan sofa sambil menyeret bantal dan selimut. Tidak mahu membangunkan Taehyun yang tidur-tidur ayam, berhati-hati dia merapikan selimut di atas tubuhnya. Tidak begitu rapi tetapi tak apa. Yang penting tertutup area perut Beomgyu nya tetap satisfied haha :v
Kemudian, dia mengambil bantal Taehyun. Menggaru pipinya keliru. Akal fikiran Beomgyu pending seketika.
Bagaimana cara agar Beomgyu mudah menyisipkan bantal itu di belakang kepala Taehyun tanpa membangunkan empunya?
Hmm...
"Appa.." nak tak nak bayi kecil itu terpaksa membangunkan Taehyun.
Tetapi Taehyun bukan terbangun, posisi nya sahaja yang berubah. Dari menelentang dia memiringkan tubuh sadonya. Menyebabkan selimut yang rapi di atas tubuhnya eh- tersorot jatuh ke lantai. 🍂
Beomgyu apalagi,
"IHH APPA !", marah nya😡
Waduh. Ku menangiezzzz..
"APPA!" Persetankan bantal dan selimut, tidak dipedulikan oleh jokkomi kita, dia membanting diri nya ke atas tubuh Taehyun.
Taehyun yang terganggu dengan pergerakan dibuat oleh Beomgyu malah tersenyum dalam hati. Perbuatan kecil dari Beomgyu ini membuat hati Taehyun luluh. Tak sampai hati memberi layanan negatif padanya.
"Hm?" Taehyun berdehem, matanya masih terpejam, hanya menatap Beomgyu sekilas.
Beomgyu yang akhirnya mendapat respon dari appa kesayangan sengaja membaringkan diri di ruang kosong sebelah nya. Taehyun memeluk pinggang kecil Beomgyu supaya tak terjatuh ke belakang.
"Appa...?" lirih Beomie, memainkan jari kecilnya di bibir Taehyun.
"Ye sayang?" balas Taehyun dengan suara serak. Jari-jari Beomgyu di gumam pelan.
"Appa mayah bomie?" tanya Beomgyu dengan wajah innocent.
"Tak.. Appa tak marah Beomie." Taehyun mencium lama dahi licin Beomgyu. Beomgyu yang suka dengan perubahan sifat appa padanya malam ini ketawa senang.
"Bomie mian.."
"Sokay sayang." Taehyun peluk Beomgyu. Tidak lupa memberikan butterfly kisses ke seluruh wajah anaknya agar dapat menenangkan diri.
Seharusnya Beomgyu tidak boleh melihat wajah bengis appanya tatkala melepaskan amarah. Seharusnya Beomgyu tidak boleh dibentak-bentak kerana itu akan menyebabkan Beomgyu berasa tidak selesa.
Mungkin kalau Beomgyu berada di lingkungan usia 10 tahun, sudah pasti Beomgyu fikir dia menyusahkan hidup Taehyun. Lalu melarikan diri dari rumah, tinggalkan Taehyun-
Shireo. Taehyun overthinking. Dia menggelengkan kepala nya, agar opinion kolot itu hilang dari fikirannya.
Dia sayang Beomgyu. Dan dia takut kehilangan Beomgyu. Seperti Beomgyu adalah nyawanya, dan tanpa Taehyun Beomgyu tidak akan mendapat kasih sayang yang sewajarnya didapat sebagai seorang bayi.
Kepala Taehyun menunduk ke bawah, menatap mata Beomgyu yang sudah terlelap. Lengan kecilnya yang dilingkar di leher Taehyun.
"Goodnight baby. Mimpikan appa ya?"
Taehyun pun memejamkan matanya. Semoga mimpi malam ini ada Kang kecil kesayangan~
YOU ARE READING
APPA || TaeGyu ✔️
Historia Cortatinggalkan jejak 🙏 nanti Beomie marah baru tau😡 start: 14.10.21 end: 07.11.21 #1 in appa #1 in short #1 in taehyun #1 in taegyu #2 in beomgyu #3 in hueningkai