• bos sebenar •

94 12 3
                                    





"Taehyun dah sedar." Kai mematikan panggilan dari Ibu Taehyun, menyampaikan berita pada Jisu di sebelahnya.

"Dia baik-baik je kan?" berita itu cukup melegakan dan mengrisaukan dalam masa yang sama.

"Baik je kot. Takpe, petang ni kita lawat Taehyun. Sekaligus ambil JamJam kat taska kan?" tanya Kai pada Jisu prihatin.

Jisu mengangguk setuju akan kata Kai. Lalu memandang ke luar kereta yang diluasi dengan pemandangan menghijau.

Ya, mereka berdua sekarang berada di kereta yang dipandu oleh Kai. Tiada angin, tiada ribut mesti korang tertanya kan mereka nak ke mana?

Sebenarnya mereka berdua ada temu janji dengan seseorang di sebuah restoran jauh dari perbandaran kota Seoul.

Sepatutnya bersama Taehyun tetapi mungkin bukan masanya..

Sesampainya mereka di restoran yang ditujui, mereka berdua keluar dari kereta dan masuk ke dalam restoran itu. Agak awkward kerana Jisu berjalan di belakang Kai yang tingginya mengalahkan tiang telefon. Dan tiba-tiba sahaja lelaki di hadapan Jisu berhenti, tak pasal-pasal Jisu terlanggar bahu lebar nya.

"Ouch." aduh Jisu perlahan. Mengusap pucuk hidungnya.

"Ah mianhae." Kai berpusing ke belakang dan mendongakkan wajah Jisu menghadap nya.

"Sakit ke? Sorry lupa awak ada dekat belakang saya." jelas Kai sambil mengusap lembut hidung Jisu membuatkan pipi wanita itu merona merah.

"It's okay. Salah saya juga sebab berjalan dekat belakang awak."

Kai tidak menanggapi perkataan Jisu kerana dengan selamba nya dia menyambar tangan kanan Jisu secara spontan. Jisu agak tersentak dengan skinship yang baginya..asing itu.

Tetapi diendahkan kerana Kai dengan pantas menarik nya berjalan bersampingan. Bahu dan lengan mereka bersentuhan, mengalirkan renjatan yang sungguh Jisu tidak fahami.

"Tak apa kan kita jalan macam ni je?"

Jisu mengangguk laju. Matanya hanya tertumpu pada kasut mereka berdua, tidak mahu bertembung empat mata dengan lelaki di sampingnya.

Dia tidak kisah pun kalau Kai memegang tangannya, mungkin kerana dia juga agak slow..

mungkin..

ya mungkin..

Suka hati ah.

Kai dengan gentleman nya membukakan pintu restoran dihadapan nya, menyuruh Jisu masuk dahulu.

Jisu mencari seseorang yang mereka perlu jumpa hari ini. Ah, tapi dia tak tahu lah pula siapa orang tu. Jisu langsung menyiku lengan Kai meminta bantuan.

Disebabkan Kai sahaja yang tahu wajah seseorang yang mereka harus jumpa tersebut.

"Dia kata dia pakai hoodie hitam.." mata Kai melilau mencari orang itu di dalam restoran yang berkerumun dengan pelanggan. Tidak lupa dengan pegangan tangannya dan Jisu yang belum dileraikan.

"Mask hitam.."

"Yang tu ke, wak?" tanya Jisu lalu menunjuk seseorang yang berada di paling hujung meja, jauh dari khalayak ramai.

Pilihan yang strategik eh..

"Kajja." mereka berdua menuju si hoodie hitam itu yang sedang membaca surat khabar. Macam pakcik-pakcik doh. Nasib tak ada kopi. Tak hisap rokok.

Sepertinya dia masih remaja.

Kai juga tidak mengenali dia..

"Urm.. Selamat pagi?" ucap Kai lalu mengetuk kecil meja yang diduduki lelaki berhoodie itu.

APPA || TaeGyu ✔️Where stories live. Discover now