+ kembali dengan otak blank :D.
+ chapter ni dipub sewaktu wxri ambil dos 2 :DBeberapa hari sudah berlalu semenjak uri Beomgyu berada di bawah penjagaan pemilik taska itu.
Bukan sahaja Beomgyu bertemu dengan JamJam seorang, dia juga mendapat teman-teman baru yang lain. Beomgyu yang kita sudah maklumi sifatnya- menyukai makhluk sebayanya- berasa seronok sepanjang hari. Setiap kali Taehyun membawanya pulang ke apartmen setelah uni life nya tamat, mulut kecilnya pasti tidak akan habis-habis berceloteh tentang kawan-kawan barunya.
Walaupun sesetengah cerita yang disampaikan Beomgyu sukar difahami -baby language- tapi Taehyun berasa bersyukur kerana bayinya tetap tumbuh dengan persekitaran yang sihat.
Hari ini hari Jumaat, dan kemungkinan hari esok Taehyun akan berada di rumah sepanjang hari. Dengan ini Beomgyu tidak dapat bertemu kawan-kawannya selama weekend dua hari itu.
"Appa!"
"Appa!"
"Appa Tyun!!"
Melihat tidak ada reaksi dari tuan punya nama, Beomgyu dengan mulut yang terkumat-kamit geram menyeret kaki nya yang tersarung stokin. Stokin yang tidak disarungkan dengan rapi.
Ya, baby bear ini ingin meminta pertolongan pada appanya untuk menyarungkan stokin di kaki kecilnya.
Tetapi Taehyun kelihatan masih tertidur pulas di atas katil. Tidak berputik sejak semalam.
Bukan mati ya guys..
"APPA !!" Beomgyu memukul keras paha appa nya yang disaluti dengan selimut tebal berkali-kali. Jangan risau, pukulan seorang bocil memang tidak sakit pun.
Sebab itulah Taehyun tidak memberi reaksi sejak tadi-
"EYY APPA BANUNN!! ANTAY BEOMIE KE SEKUYAHH!!"
Beomgyu merengek sambil menggoyangkan lengan Taehyun agar bangun. Oh, ternyata membangunkan appa nya tidak semudah ini.
Selama ini, Beomgyu tidak pernah ada pengalaman kerana Taehyun lah yang kerap membangunkannya lebih awal darinya.
Pertama kali dia membangunkannya, itu pun menggunakan alat seperti air.
Tetapi dia takut dimarahi setelahnya kerana appa nya sudah menegaskan padanya supaya tidak menggunakan taktik itu lagi.
Nanti air termasuk dalam hidung appa dan appa tak boleh bernafas. Esok-esok Beomie tak akan dapat jumpa Appa lagi. Haa nak appa tinggalkan Beomie sorang sorang?
Kata Appa nya tempoh hari. Membuatkan si kecil menangis 1 jam nonstop. Membayangi sekiranya perkara itu terjadi.
Padahal Taehyun cuma bergurau. Tetapi gurauan orang tua itu teramat kasar bagi seorang anak kecil yang tidak faham apa-apa lagi.
Kesian Kang Beomie ;-;
Beomgyu bingung. Terduduk di hadapan wajah appanya dan berfikir sejenak. Cara apa yang lebih baik untuk membangunkan appa beruang tanpa menyirami air ??
Beomgyu menatap wajah Taehyun dalam. Manalah tahu idea tiba-tiba muncul dari wajah hesmes appanya.
Tetapi, Tuhan sangat baik pada Kang kecil.
Merasakan dirinya diperhati, mata Taehyun mengerjap sayu, dan membukanya luas-luas. Benda pertama yang Taehyun nampak adalah bibir muncung anaknya beserta kedua-dua genggaman tangan yang berada di bawah dagu. Menunjukkan yang Beomgyu sejak tadi menunggunya untuk bangun.
Beomgyu yang merasa pergerakan dari Taehyun, mulutnya menyambung terkumat-kamit seperti tadi. 'Baru nak bangun eh'
"APPA! BANUN! BEOMIE NAK SEKUYAH!"
"Hm? Sekolah?" tanya Taehyun dengan suara khas pemuda bangun dari tidur. Serak-serak.
"Beomie nak sekolah?"
Beomie mengangguk sebagai jawapan. Dia meluruskan kakinya ke depan.
"Pakaikan socks Beomie boyeh?" lirihnya dengan aegyo.
Tidak tega untuk tidak mengendahkan permintaan anak, Taehyun tersenyum menampakkan gigi tersusunnya dan merapikan stokin Beomgyu.
Sebenarnya Taehyun harini tidak ingin ke mana-mana seperti yang kita tahu, tetapi melihat anaknya yang sudah berpakaian kemas-
"Appa nak morning kish dulu~" Taehyun mendepakan tangannya.
Beomgyu merangkak kecil ke rangkulan Taehyun lalu memberikan morning kiss di bibir tebalnya.
Taehyun cium seluruh wajah Beomgyu sebagai ganti menyebabkan Beomgyu terkekek riang agar Taehyun nya berhenti.
"APPA HAHAHA SETOP APPA HAHAHA"
"EIHHH MUYUT APPA BAU BUSYUK!!"
"Ngehh sape suruh bangunkan appa lagi."
Ehh? Sape kata Beomgyu yang bangunkan?
Disebabkan Beomgyu baik, dia mengiyakan sahaja tuduhan appanya.
"Beomie tak sekuyah?" tanyanya yang melihat Appanya bakal memejamkan mata lagi. Dia menyandarkan dada pada dada Taehyun.
"Untuk harini dan esok, Beomie tak ke sekolah dulu. Esoknye lagi baru sekolah. Okey baby?"
"ALAAA KENAPA ??!" rengeknya tidak puas hati. Kakinya dihentak-hentak di atas perut menyebabkan Taehyun terjerit-jerit kesakitan.
"Ouch, Beomie sakitlah sayang."
"NYOW !! BEOMIE NAK SEKUYAH !!"
"Sekolah Beomie tak buka. Cikgu-cikgu Beomie cuti. Ou-!"
Beomgyu mencubit nipple(?) Taehyun. Appanya spontan meringis pedih. Sensitif.
"BEOMIE NAK SEKUYAH !!" ulang nya lagi.
Penat-penat Beomgyu bangun subuh, menukar pijama tidur kepada baju taska seragamnya (tidak mandi), menyediakan pampers ke dalam beg beruangnya dan mencari stokin di dalam bakul-bakul kain yang tidak berlipat selama seminggu.
Dia sudah tidak sabar untuk bertemu rakan-rakannya terutama JamJam. Namun usaha paginya menjadi sia-sia kerana hari ini Taehyun tidak ke universiti?
"Beomie-"
"BEOMIE NAK SEKUYAH !!"
"Sayang-"
"NAK SEKUYAH !!"
"Okeoke Beomie nak sekolah kan?"
"YAA BEOMIE NAK SEKUYAH !!" jeritnya gembira setelah beremosional tadi.
"Tunggu jap, Appa nak mandi dulu." Taehyun cium hidung kecil Beomgyu lalu mengeluarkan diri dari selimut tebal.
"OKEY APPA TYUN !!" Beomgyu memberikan thumbs up pada Appanya.
Taehyun melirik anaknya lalu bertanya,
"Sayang, Sayang dah mandi ke?"
"Emm.." Beomgyu mengetap bibirnya. Nervous.
"Mesti belum kann?" Taehyun tersengih lebar lalu menghampiri anaknya semula yang belum berganjak dari katil. Beomgyu menyeret punggungnya sehingga bersandar di kepala katil, ingin menjauh dari pemuda Kang.
Namun tuah berada di pihak Taehyun, Taehyun menggendong Beomgyu yang menggeliat tidak jelas. Dia pun menghidu bau leher anaknya.
Hmm.. Bau susu basi🤣
"HAHA anak appa kedapatan belum mandi~" ejek Taehyun.
"BEOMIE NANAK MANDI LAH APPA !" geleng si kecil keras di dalam dakapan sang appa.
Beomgyu malas mandi pagi ;)
"Kalau tak mandi, tak boleh pergi sekolah"
"ALA APPA NI KAN"
YOU ARE READING
APPA || TaeGyu ✔️
Short Storytinggalkan jejak 🙏 nanti Beomie marah baru tau😡 start: 14.10.21 end: 07.11.21 #1 in appa #1 in short #1 in taehyun #1 in taegyu #2 in beomgyu #3 in hueningkai