🍁- I [Jibril]

58 3 0
                                    

TO the man that I met yesterday. Thank you for all your helps. Hope to see you again.

From me -(Emojis love)

Pen diletakkan di atas buku nota yang masih ternganga. Aku senyum sendiri. Sejak pertemuan dengan jejaka itu semalam, tak henti aku berangankan tentang si dia sehingga terbawa-bawa ke alam mimpi. Muka aku pekup dengan telapak tangan. Pipi terasa bahang. Malu pula apabila teringatkan tentang mimpi semalam. Terlalu sensasi dan panas.

"Arrh! Malunya." Jeritku dengan agak galak. Bangun dari kerusi, aku buat aksi Pandelela Rinong dan melompat ke atas katil. Bantal peluk didakap ketat-ketat. Muka disembam pada bantal. Wajah seksi lelaki itu masih segar di ingatan.

"Kalaulah dapat jumpa lagi...." Ujarku yang masih lagi berangan. Mata dikatup rapat. Cuba membayangkan kembali mimpi semalam, tanpa aku sedar, bibir terjungkit senyum lebar. Baru saja hampir hanyut semula ke alam mimpi, aku dikejutkan dengan bunyi mesej masuk di telefon pintar. Apabila ia tidak dihiraukan, masuk satu lagi mesej. Dengan malas, telefon di meja solek ku capai jua. Satu dengusan dihambur keluar. Bosan betul dapat mesej dari si penghantar ini.

Jibril
08:23 - Morning!
08:23 - Teman I breakfast.

Macam biasa, bukan permintaan tapi lebih kepada perintah. Siapa dia nak arah-arah Hulya ni? Lho siapa? Ngomong ke gue! Aku baring semula ke katil sambil menggenggam kemas telefon. Mesej tadi tidak dibalas. Aku hanya baca di ruangan notifikasi.

"Eeee!" Tatkala mata baru nak lelap, telefon berbunyi petanda ada yang memanggil.

Jibril.

"Helo." Sahutku.

"Wake up now. Teman I breakfast."

"Breakfast je pun. Suruhlah bibik you temankan." Ujarku dengan malas.

"I dekat luar. Ada kerja sikit. Cepatlah, I tunggu ni."

"Mengantuklah."

"You dah bangun. Tak payah tipu. Dengar suara pun dah tahu. Cepatlah Hulya." Jibril bersuara dalam. Lurus sahaja bunyinya, tak ada lenggok-lenggok. Jadi maksudnya, harus diturut kemahuannya by hook or by crook. Aku mendengus.

"I tak mandi lagi."

"You nak I pergi rumah sewa you ke?" Eh! Main ugut-ugut pula. Amboi. Itu sajalah modalnya tiap kali aku cuba melawan. Bantal yang tidak bersalah, aku ganyang sampai pecah perut, kekabu terkeluar.

"Yalah-yalah. Nak mandi ni. Text I location you."

"Macam tulah... orang ajak makan pun susah." Panggilan terus dimatikan. Malas nak berbasa-basi. Tidak lama kemudian sampai mesej lokasi keberadaan lelaki itu. Aku abaikan. Diriku harus disiapkan terlebih dahulu. Selesai mandi, aku bersolek nipis kerana aku sudah naturally beautiful! Puji diri sendiri, tak salah kan? Pakaian hari ini, sederhana juga. Crop top warna putih dilitupi dengan jaket jeans biru dan seluar jeans warna biru juga. Jaket dibiarkan terbelah dua. Disilang pula dengan beg sederhana kecil bertali panjang. Sampai di muka pintu, almari kasut dibuka. Boots bertumit tinggi paras buku lali warna hitam aku capai. Selesai, aku masuk ke dalam badan kereta. Bergerak ke destinasi yang ingin dituju.

Tidak lama berada dalam kereta kerana Jibril memilih tempat yang bergitu hampir dengan rumahku. Dalam 2km sahaja. Kepala tertinjau-tinjau mencari figura itu. Tidak ketemui pula memandangkan ramai pengunjung di restoran itu. Putusnya, aku membuat satu panggilan dan berjaya menemui lelaki itu.

"Hi, babe." Jibril bangun. Kerusi di sebelahnya ditarik dan mempelawa aku untuk duduk.

"You nak makan apa?" Soal lelaki itu.

DEAR SOULMATE - DUHAI KEKASIH [C]Where stories live. Discover now