KAMI berpamitan setelah perjalanan yang agak jauh dan memenatkan. Jibril membawaku ke hujung utara semata-mata mahu meluangkan masa dengan aku kerana dia tahu andai keluar di tempat berdekatan pasti aku akan lari pulang. Bila jauh, susah sikit nak bergerak. Ya, dia lelaki yang bijak kerana pandai membaca gerak-geriku. Dia lelaki yang tidak tahu erti putus asa. Atau cuma di awal hubungan. Mungkin.... Tapi sudah hampir dua tahun, aku masih bersamanya. Atau lebih tepat, dipaksa bersamanya. Susah hendak lepaskan diri dari genggaman lelaki itu. Apa yang paling susah, perasaanku padanya mendatar. Dia ada atau tidak, sama sahaja. Hairannya, kenapa dia tidak nampak kelakuanku yang satu itu? Atau dia sengaja pura-pura buta kerana tidak dapat terima hakikat? Entahlah, Jibril sulit untuk diimbas. Dikala aku sedang marah, dialah yang menenangkan. Dikala aku sedang bersedih, dialah yang menceriakan. Dikala aku sedang gembira, dia juga turut tumpang gembira. Sekali pandang, dia sudah memenuhi ciri-ciri seorang suami yang aku mahu. Tapi kenapa hati aku begitu keras untuk menadah dan menerima lelaki itu?
Aduh! Pening....
Beg silang diletakkan atas meja solek. Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan. Jaket jeans dilepaskan. Menampakkan bahuku separuh bogel, putih bersih tanpa sebarang cela. Sekeping kapas dibasahkan dengan peluntur solekan untuk membersihkan wajah sebelum dicuci dengan pembersih muka. Selesai urusan yang itu, aku ke bilik mandi untuk membersihkan badan pula.
Badan dibalut dengan bathrobe. Sampai di hujung katil, aku menghenyakkan badan untuk menghilangkan lelah sebelum bersiap untuk tidur. Platform digital diskrol bagi menghilangkan bosan. Tiba-tiba sahaja kepalaku bagaikan muncul mentol seolah dalam cerita kartun setelah mendapat satu idea. Carian di instagram dibuka. Satu nama ditaip di situ.
"Ramai pula nama Fahim...." Gumamku. Apabila dibuka satu persatu akaun yang tertera, tidak ada pula yang meyakinkan aku itu adalah akaun milik lelaki itu. Puas mencari akhirnya aku mengalah. Berjuta manusia nama Fahim. Kalau ada nama keluarga kan senang? Fahim Robert ke? Fahim Western ke? Kan senang macam tu. Sudahlah hanya seketul 'Fahim' sahaja dia beri. Kalau nama penuh, senang sikit nak cari. Dekat facebook pun tak ada.
"Tak apa... lagi susah nak dapat, lagi aku suka. Barulah mencabar." Bisikku sekadar menceriakan hati sendiri. Aku letak telefon di sisi. Mata tidak berkelip merenung kipas yang pegun. Aih, keras pula biji mata ni. Tadi bukan main mengantuk. Aku bangun 90 darjah. Termenung beberapa saat kemudian bangun berjalan keluar dari bilik. Dapur menjadi tempat pertama aku singgah. Mengambil sekeping bar coklat dan sebotol air beetroot.
"Sshh... jangan bising nanti roomate saya dengar."
"Mana bilik awak?" Satu suara garau kedengaran dan juga dengan nada berbisik. Dahiku berkerut. Pintu peti ais ditutup perlahan. Tatkala terdengar bunyi tapak kaki berjalan ke arah dapur, dengan pantas aku menyembunyikan diri di sebalik dinding. Tiba-tiba sahaja ruangan dapur gelap. Ish, perempuan ni! Aku membentak. Gelap-gelita. Tangan sendiri pun tak nampak. Cepat-cepat aku keluar dari situ namun masih berhati-hati ketika berjalan. Aku melangkah perlahan ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas. Bunyi pintu ditutup, bergema. Aku tahu itu bilik siapa. Bersama rasa ragu yang membukit, aku menapak naik sambil berjaga-jaga. Kepala terjenguk-jenguk mengintai. Sampai di hadapan pintu bilik itu, telinga ditekap di situ. Ingin mendengar perbualan mereka. Suaranya tidak jelas tapi masih dapat cam bunyi suara berlainan jantina. Rahangku jatuh.
Syifa?
Aku turun semula ke bilik aku di tingkat bawah. Telefon aku ambil dan keluar semula dari bilik. Mulut gatal nak bersiul kecil. Dengan selamba badak, aku hidupkan televisyen bersama kelantangan agak tinggi. Sambil-sambil tu, mata juga gatal duk menjeling tingkat atas. Aku mahu Syifa tahu keberadaan aku. Biar dia mati kutu nanti. Sebelum ini bukan main buat peraturan. Tidak boleh ada tetamu lelaki, tidak boleh berdating depan pintu pagar rumah. Kalau nak buat juga, tidak boleh berdua. Mesti berteman. Nida dengan Putri tak pernah 'sebising' dia. Elok saja buat hal masing-masing. Dia aje yang melebih.
Puih! Aku pura-pura meludah. Naik menyampah pula dengan perempuan seorang tu. Cakap tak serupa bikin! Bercakap macam dah pergi haji 10 kali. Berperwatakan mengalahkan Mak Haji, tapi perangai mengalahkan syaitannirajim! Memalukan kaum hawa yang tulus ikhlas berpakaian kerana Allah SWT. Merosakkan imej sahaja. Kenapa orang seperti Syifa masih wujud? Tak malu ke berperangai begitu? Mentang-mentang hanya aku dengan dia aje di rumah ini, sesuka hati dia nak buat apa sahaja. Ingat aku tunggul ke?
"Haha!"
Sengaja aku ketawa kuat tatkala mata tertancap pada iklan yang entah apa-apa. Sekali lagi aku jeling tingkat atas. Tidak ada ura-ura kelibat manusia lalu.
Aku tahu muslihat kau Syifa....
Anak tangga dipijak satu persatu. Aku ukir senyum sinis, meraikan kejayaan terlebih dahulu.
Mati kutu lah engkau lepas ni.
"Syifa... kau tak tidur lagi ke?" Pintu biliknya aku ketuk berkali-kali.
"Syifa... aku nak beli makanan sikit, kau nak kirim apa-apa ke?" Masih tiada sahutan. Aku lihat bawah pintu, ada cahaya lampu. Kecut ke?
"Syifa?"
"Ya-ya... aku dah nak tidur ni." Suaranya kedengaran lain seperti... orang sedang dalam ketakutan?
"Kau dah makan belum?"
"D-dah... dah makan dah."
"Tak apalah... aku turun dulu. Goodnight."
Bohong. Aku tidak turun malah aku hanya berdiri di hadapan pintu bilik Putri. Betul-betul berhadapan dengan pintu bilik Syifa. Aku bersandar sambil berpeluk tubuh. Tidak lama menunggu... kedengaran kunci tombol pintu dibuka, tersembul wajah Syifa yang serta-merta pucat lesi tatkala bertembung mata denganku. Aku senyum mengejek. Di belakangnya, lelaki itu munculkan diri.
"Tidur berteman ke malam ni? Untunglah...."
"Err-erh... Hulya...." Syifa keluar dari bilik, terus menerpa padaku. Memaut lenganku dan merayu padaku.
"Hulya aku tahu kau pandai simpan rahsia... tolonglah jangan bagitahu sesiapa... please... aku merayu sangat-sangat."
"Aku pandai simpan rahsia? Mana ada... aku paling suka spill the tea. Syifa-syifa." Aku berdecit. Pandangan aku terhala pada lelaki itu pula. Muka serupa pecah rumah, tak ada taste langsung Si Syifa ini.
"Glad to see you here. Selamat bermadu asmara." Aku turun ke bawah. Dikejar pula oleh Syifa.
"Hulya... tolonglah... please... jangan buat aku macam ni."
"Maaf Syifa, aku tak mampu tolong kau. Sebaiknya, kau tolonglah diri sendiri ya?"
Aku tutup televisyen. Lampu ruang tamu dimatikan. Terus masuk ke dalam bilik tanpa menghiraukan rayuan perempuan itu. Puas hati dapat balas dendam. Padan muka. Sendiri pasang, sendiri terperangkap.
-BERSAMBUNG-
02:30
11.NOV.21
YOU ARE READING
DEAR SOULMATE - DUHAI KEKASIH [C]
Historia CortaMenyakiti dan tersakiti tidak seharusnya terjadi dalam sesebuah hubungan jiwa. Namun lumrah manusia, suka mencuba sesuatu yang baru. • ✨SINOPSIS RINGKAS✨ HULYA seorang wanita berperwatakan yang menarik, boleh dikatakan gadis millenium. Seorang yang...