*Telefon pintar berdering
Aku amati nama si pemanggil. Jibril. Serta-merta mood aku mati. Mengingatkan tentang pertaruhan antara aku dan Syifa awal pagi tadi, perasaan aku pada lelaki itu makin menjauh. Hampir mencecah angka sifar.
Panggilannya aku abaikan. Telefon dimasukkan ke dalam beg yang tersangkut pada bahu. Langkah kaki dilajukan setelah ternampak tempat yang ingin ku tuju. Pintu pejabat dibuka. Suasana pagi begini tidaklah seriuh ketika menginjak tengah hari.
Sendu sahaja.
"Morning Hulya." Arasha menyapa aku.
"Morning... pagi-pagi dah fotostat. Banyak kerja ke?"
"Yalah... I sampai ni pun tak sempat nak duduk lagi, Akif dah bagi kerja. Tak menyempat langsung." Keluh Arasha sekadar mengadu dengan lenggok manjanya. Aku balas ala kadar sahaja, lalu melabuhkan punggung di kerusi kubikel.
"By the way, hari ini ada meeting. Pukul 9:30 pagi." Laung Arasha memandangkan jarak di antara kubikel aku dengan mesin fotostat agak jauh.
"Okey." Itu sahaja jawapanku. Komputer dihidupkan. Tangan menggerakkan tetikus ke peti emel. Mata ditala satu persatu emel yang masuk dan aku balas seadanya.
"You ni kenapa Hulya? Moody aje." Aku tersentak dek ralit membalas emel. Bahu Arasha aku tampar kerana geram.
"Terkejut tahu tak!"
Arasha tayang muka tidak bersalah.
"Gaduh dengan Adi ke?"
"Adi mana pula ni?"
"Eleh... you ingat I tak tahu, you date dengan Adi last three days. Setakat ni mata I tak pernah menipu lagi tau."
Dahiku berkerut seribu. Cuba mengingat kembali bayangan figura 'Adi' itu.
"Apa yang you merepek ni? Adi jual karpet tu ke?" Ingatan aku masih belum pulih. Apa yang terbayang di ruang mata adalah kedai karpet yang bertulis Adi Karpet dan Kabinet aka AKK, tidak jauh dari pejabat ini. 500 meter sahaja.
"Ya Allah dia ni! Belum tua dah amnesia. Ada terhantuk dekat tiang lampu ke dalam perjalanan tadi? Kesian I tengok. Sampai berkeronyok muka you."
Arasha naik berang denganku. Aku tidak dapat terima asbab dia marah kerana aku langsung tidak ingat manusia bernama Adi itu.
"Seriously, I tak ingat. Try bagi bayangan dia macam mana. I nak recall."
"Dia tinggi-tinggi, badan tough macam body builder... tapi tak ketara sangat. Fit gitu. Kulit cerah... rambut panjang sikit, hampir cecah bahu...."
"Wait!" Aku layang telapak tangan di hadapan muka Arasha. Terus terdiam wanita itu.
"Masa tu dia pakai spec hitam?"
"Err... maybe." Jawab Arasha ragu-ragu.
"Fahim ke?"
"Ha, yes! Nama dia Adi Fahim."
"Oh! My! You kenal dia ke!" Dengan tindakan spontan aku bangun memegang kedua-dua bahu Arasha. Serasa seperti hormon phenylethylamine meningkat laju. Aku teruja tahap gaban.
"Kenal lah.... Dia abang ipar I."
"What!"
"What-what-what. Dari tadi lagi duk bersembang. Kerja bila nak berjalan?"
Kami disergah oleh Puan Sharifah. Orang kanan Tuan Alauddin. Ketua kami. Tapi lagak mengalahkan mem besar.
"Morning, puan." Sapa kami berdua. Namun tiada sahutan dari wanita itu. Hanya pandangan tajam yang kami terima. Arasha menunduk sedikit padaku dan berbisik.
YOU ARE READING
DEAR SOULMATE - DUHAI KEKASIH [C]
Short StoryMenyakiti dan tersakiti tidak seharusnya terjadi dalam sesebuah hubungan jiwa. Namun lumrah manusia, suka mencuba sesuatu yang baru. • ✨SINOPSIS RINGKAS✨ HULYA seorang wanita berperwatakan yang menarik, boleh dikatakan gadis millenium. Seorang yang...