🍁- XII [Pergi]

44 3 0
                                    

Rent House Roomates
Nida, Puteri, Syifa, You.

Korang
09:03
I'm off to Cameron.... Dua hari je.
09:04

09:04: Nida
Why so sudden?!!

I need rest. Really need it.
09:05
Don't worry
09:05

09:08: Puteri
Tadi kau tipu aku... cakap kerja half day...
(emoji marah)

09:08: Nida
Okey, apa-apa hal... just give me a call.

09:08: Syifa
Jaga diri tau... jangan buat benda bukan-bukan.

Aku terharu dan geli hati. Aku sengaja tipu mereka. Asalnya cuma takut rancangan aku dihalang sahaja. Bukan niat nak berselindung. Kerana itulah aku memilih untuk pergi ketika mereka berada di tempat kerja supaya aku tidak berubah fikiran. Sebenarnya rancangan ke Cameron Highland pun merupakan plan minit akhir. Semalam aku dapat idea kelentong Tuan Alauddin semata-mata nak dapatkan kelulusan cuti kecemasan. Mujurlah dia seorang yang senang dibawa berbincang. Dapat sahaja lampu hijau, malam tu juga aku kemas barang.

Hehe... sorry Put. Jangan marah, nanti aku bawa balik strawberi...
09:10
Tq korang.... Wolf uols!!!
09:10

09:12: Syifa
Aku pun nak jugakk!!

09:13: Nida
Huya... tolong bungkuskan nasi lemak sambal strawberi.
09:13:Nida
Wolf you too!!

09:13: Puteri
Tak nak strawberi... nak bunga lavender...

Banyaklah korang punya order... ingat aku Grab Food ke?
09:14

09:14: Puteri
Haha!! Janganlah marah baby boo...

Takpelah... demi korang... aku usahakan
09:15

09:16: Syifa
Ni baru boleh cakap wolf you!!!

09:16: Puteri
Haha!! Wolf you so much Hulya!
09:16: Puteri
Take care!!

Air mata lebat menitik. Tak tahu nak gambarkan bagaimana betapa aku bersyukur dikurniakan rakan-rakan seperti mereka.

"Haish, kau ni air mata... sejak dua menjak ni asyik nak keluar aje. Bila kau nak kering?"

Air mata aku seka dengan hujung jari. Jari kembali menari di papan kekunci.

Sayang korang semua <3
09:20

Telefon dicampak ke atas katil. Aku berkaca di hadapan cermin solek untuk kali terakhir. Setelah berpuas hati, aku mengusung bagasi sederhana kecil hingga ke luar rumah. Meletakkan beg pakaian ke dalam bonet kereta. Aku kembali ke dalam rumah untuk mengambil beg tangan. Segala suis eletrik di dalam bilik dimatikan. Apabila yakin tiada yang tertinggal, aku keluar. Mengunci pintu rumah dan turut mengunci pagar kecil di luar pintu rumah. Keselamatan rumah harus diutamakan.

Tatkala itu, kedengaran bunyi seperti tayar kenderaan memijak batu-batu halus di jalan berdekatan pagar utama rumah mencuri perhatianku. Aku jenguk pagar sebelah, sayangnya tidak kelihatan. Mungkin tetamu jiran sebelah. Maklumlah, kami duduk di rumah teres. Jadi, kedatangan tetamu jiran pun rasa macam tetamu sendiri. Sukar nak bezakan, melainkan dia tekan loceng, barulah boleh mengaku tetamu siapa.

DEAR SOULMATE - DUHAI KEKASIH [C]Where stories live. Discover now