🍁- III [Sedikit Kontroversi]

25 3 0
                                    

HARI ini aku bangun sedikit awal. Walaupun hanya 30 minit, masa tetap berharga kerana dalam masa 30 minit itu aku bisa tidur pulas dan masuk ke alam mimpi namun demi memenuhi permintaan perut yang sejak tengah malam lagi menggonggoi kelaparan, akhirnya aku mengalah jua.

Dua biji telur omega 3 dikeluarkan dari peti ais. Antara alasan utama aku memilih telur omega 3 berbanding telur biasa adalah ia mengandungi sumber vitamin E yang baik untuk kulit yang lebih sihat. Banyak lagi kelebihan yang lain seperti rendah kolestrol, sumber lemak poli tak tepu untuk kecerdasan otak dan berbagai lagi. Bagi aku sendiri, kecantikan luaran bukan bergantung pada penjagaan luaran semata. Faktor utamanya adalah penjagaan dalaman. Tambah-tambah lagi, cara pemakanan. Jika makan secara tidak terkawal, kemungkinan terkena penyakit sangatlah tinggi. Setiap kali terfikirkan hal demikian, aku serik makan secara semborono. Tidak mahu badanku disakiti oleh sebarang penyakit. Takut. Paling menakutkan, mungkin aku akan tua tanpa peneman dan akhirnya mati begitu sahaja. Simpang malaikat 44. Mohon dijauhkan.

Telur dipecahkan ke dalam kuali leper. Kacau hingga menjadi telur hancur. Telur kemudian dipindahkan ke dalam pinggan bersebelahan dua keping roti bakar. Telur hancur dihiasi dengan oregano dan chili flakes. Sebiji avocado dibelah dua. Isinya aku mayang halus dan atur pada bahagian yang masih kosong di pinggan.

Perfect!

Bibir terjungkit senyum. Bahagia melihat air tangan sendiri walaupun tidaklah mewah mana. Bersama secawan teh bunga chamomile, aku angkut ke ruang televisyen. Duduk bersila di meja kopi sambil menonton siri kartun di pagi hari.

Sedang ralit menjamah sarapan, dari hujung mata, aku ternampak bayang-bayang manusia dari tangga yang berada di belakang aku. Lekas aku palingkan wajah. Kelihatan Syifa berura mahu mendaki semula anak tangga walhal dia sudah berada di pertengahan jalan.

"Turun jelah... aku tak makan orang pun." Ujarku, bagi telingaku sendiri, ia kedengaran agak sinis.

Barulah menceceh Syifa turun semula.

"Pagi... kau tak kerja ke hari ni?" Suaranya agak bergetar. Masih dihantui kejadian semalam barangkali.

"Kerja aje. Awal lagi."

"Oh...." Syifa berlalu ke dapur. Terasa jurang antara kami begitu besar. Peduli apa, aku sambung makan. Bunyi kelentang-kelentung sudu berlanggar dengan cawan, aku yakin Syifa sedang mengacau air untuk sarapan.

"Huya... boleh tak aku nak minta tolong?"

"Apa?" Wajah Syifa aku perhati. Dia kelihatan serba salah mahu menyatakan hasratnya. Dia menggigit bibir.

"Kalau boleh, jangan beritahu sesiapa fasal semalam... tolong simpan rahsia ni. Antara kita aje yang tahu..."

"...please Hulya... aku percaya kau tak akan buat aku macam ni. Tolonglah Hulya...." Bahu aku digoncang, dia jatuh melutut di tepi aku. Mukanya penuh pengharapan. Namun aku masih diam. Menyeksa jiwa raga Syifa.

"Hulya tolonglah... aku menyesal sangat. Aku terlampau ikutkan nafsu, aku terlalu bodoh. Hulya... kau cakap aje apa yang aku boleh buat sebagai galang ganti untuk kau tutup mulut, aku janji aku tunaikan. Tolonglah Hulya.... Aku merayu sangat." Digoncangnya bahu aku sampai rasa nak tercabut.

"Yalah-yalah! Aku tutup mulut. Tapi dengan syarat...."

"Apa dia?"

"Aku tak kisah kau nak berzina sekali pun tapi tolong jangan sampai bawa balik jantan ke rumah. Kau sedarlah sikit, kau tu bertudung labuh, bawa imej Islam, jagalah adap sikit kalau nak buat dosa pun. Tak malu ke? Ke hulu-hilir dengan jantan yang sah-sah bukan suami kau. Lagi satu, kau bagi dia segalanya, bila tak berjodoh... dia tinggalkan kau. Apa lagi yang kau ada? Fikirlah."

Bertubi-tubi aku serang Syifa. Bukan mahu berlagak alim tapi aku cukup pantang dengan orang yang membawa imej Islam tetapi berperangai mengalahkan iblis. Nak buat dosa pun berpada-padalah.

Apabila melihatkan pihak sebelah sana hanya diam, aku diserang rasa bersalah.

"Aku minta maaf kalau terkasar bahasa, aku tak pandai nak buat ayat bunga-bunga. Syifa... mungkin pada kau maruah tu dah tak penting, tapi kau tak terfikir ke apa yang kau buat sekarang ni dan kau pasti akan menyesal suatu hari nanti? Kau selesa ke hidup dibelenggu penyesalan?"

"Dan kau selesa ke dengan cara hidup kau sekarang ni? Sugar daddy keliling pinggang, kau yakin ke kau tak menyesal suatu hari nanti?"

Aku tergamam. Bagaikan sebilah pisau menikam dan merobek jantungku. Lidahku kelu.

"Tak elok mainkan perasaan orang. Cuba kau bayangkan, dia sayang kau bagai nak rak, tapi rupanya dia hanya boneka pada kau. Cuba kau letak diri kau di tempat dia, apa yang kau rasa kalau kau dipermainkan macam tu?"

Eh, sekarang ni siapa nasihat siapa?

Dahiku berkerut seribu, menelaah kata-kata Syifa. Aku tahu sakitnya bagaimana. Aku sedar tentang hal itu.

"Jadi kau sayang jantan tu bagai nak rak sampai sanggup gadaikan maruah kau? Begitu kah definisi sayang pada kau?"

Kami mula bertelagah. Bukan saling menasihati.

"Ya! Sebab dia pun sayangkan aku! Kami saling mencintai, dia pun berjanji akan mengahwini aku. Sekarang ni pun kami tengah bincang soal kahwin. Aku akan kahwin dengan Aizril, lelaki yang kau tengok semalam." Ton suara Syifa naik satu oktaf. Aku tidak terperanjat, kerana sememangnya dia begitu.

"Oh, c'mon Syifa! Jangan jadi bodoh! Sedarlah yang kau tu dah digula-gulakan. Habis madu sepah dibuang. Semua lelaki macam tu. Pandai berjanji sebab nak maruah kita. Bila dah dapat, aku yakin dia akan tinggalkan kau dan cari perempuan lain." Aku turut naik berang.

"Stop being prejudice, Hulya. Kau hanya pandang dari sudut negatif, kau pukul sama rata. Tak semua lelaki macam tu. Masih ada lelaki yang baik, buka mata kau luas-luas. Pandang sekeliling kau." Hujah Syifa, siap dengan tangan naik sekali.

"Okay, I bet you... aku nak tengok selama mana dia boleh bertahan. Selama mana dia boleh pegang janji dia...." Taruhku dengan tiba-tiba, mengikut telunjuk perasaan marah.

"Okay. Aku nak bet juga, kau akan menyesal sebab sia-siakan lelaki seperti Jibril. Sampai mati kau akan menyesal."

"Alright, deal!" Ujarku dengan angkuh. Tercabar dengan taruhan Syifa. Aku akan tepis segala tohmahan wanita itu.

Janjiku.

"Jangan lupa pula." Sempat lagi dia perli aku sebelum berlalu ke tingkat atas. Aku membalikkan biji mata. Badan ku pusingkan mengadap televisyen kembali. Bara dalam hati masih belum padam. Siri kartun yang sedang bersiaran menyebelkan. Tidak semena, garpu menjadi mangsa. Aku hempas. Berdenting pabila terkena hujung pinggan kemudian ia jatuh menyapa lantai. Makanan masih bersisa, aku sudah tidak berselera.

-BERSAMBUNG-

10:04

21.Nov.21


DEAR SOULMATE - DUHAI KEKASIH [C]Where stories live. Discover now