USAI lawatan di tapak projek, aku menghantar Puan Sharifah balik semula ke pejabat untuk mengambil keretanya. Alunan ayat suci Al-Quran disiarkan di radio sementara menunggu waktu maghrib. Jam sudah menjangkau lewat petang, sebentar lagi azan maghrib bakal berkumandang. Aku masih di jalan menuju pulang. Bahu terasa pegal seharian pegang stereng kereta. Di ruang fikiran sudah terbayang apa yang aku mahu lakukan setelah sampai. Mandi dan tidur. Bangun keesokan harinya. Nikmat sekali. Aku memecut tidak sabar.
200 meter di hadapan, kelihatan sebuah kenderaan beroda empat parkir betul-betul di hadapan pagar rumahku. Dalam samar lampu jalan, aku kenal si pemilik kenderaan itu. Aku mendekati. Cermin tingkap diturunkan separuh. Kepala dijenguk ke luar.
"Jibril. Alih kereta you. I nak masuk ni."
Lelaki itu keluar dari tempat duduk pemandu. Terkocoh-kocoh mendekati aku. Air mukanya jelas berserabut.
"You dari mana?" Soalnya. Suaranya keras tak berlenggok.
"Baru lepas dating."
"Stupid answer! You dari mana?"
"Kerjalah... I ada kerja bukannya penganggur." Jawabku dengan malas.
"Masa ni baru balik? You buat kerja part time ke apa malam baru balik?"
"Suka hati I lah nak balik pukul berapa. Bukannya I ada tanggungjawab lain pun dekat rumah sampai kena balik awal."
"Dekat luar tu bahaya Hulya... you tu perempuan. Tak elok balik lambat. Alah... kerja apa sangat dekat office tu sampai kena balik lambat? Dia bayar gaji lebih ke? Setakat 2-3 ratus, I boleh bagi."
"Ya, I tahu you kaya. I aje mama kedana... kerja pun jadi kuli orang aje. Gaji pun cukup-cukup makan, nasib baik ada you tolong tampung hidup I. Kalau tak, dah tinggal tulang kot I sekarang ni."
Jibril mengeluh.
"Sayang...." Jibril merehatkan kedua-dua lengannya di atas cermin tingkap.
"I tak maksudkan macam tu. I risau je. I call you tak jawab, whatsapp tak reply. Kalau you busy sekali pun, at least leave me a message."
"Kenapa you paranoid sangat sekarang ni? Sebelum ni tak macam ni pun. Don't act like a child, Jibril... I... rimas. I rimas you macam ni. We're both adults. Tolonglah." Ujarku terus terang. Yang tersurat lebih jelas dan senang faham. Biarlah dia nak terasa hati sekali pun, asalkan aku sudah nyatakan ketidakselesaan aku terhadap dirinya.
"I'm sorry. Lately ni I rasa serabut sangat. You asyik mengelak dari I. It's obvious. You've changed. I nak you jujur dengan I, dah hilang ke perasaan sayang you pada I?"
Aku diam. Menimbang dalam fikiran. Sama ada mahu bercakap benar atau tidak.
"Hulya...."
"I nak minta maaf... selama ni I cuba sayangkan you, tapi perasaan tu tetap tak ada. I hanya dapat anggap you sebagai kawan. Jibril... I...."
"It's okay...." Kami bertatapan. Anak mata Jibril bergerak-gerak, cuba mengelak air mata dari tumpah barangkali. Halkumnya turun naik. Ah! Aku dirundum rasa bersalah dan hiba.
"Maafkan I." Pintaku.
"Goodnight." Dia berlalu begitu sahaja. Aku pegun di tempat duduk. Lidah kelu seribu bahasa.
Aku faham perasaannya. Aku tahu bagaimana sakitnya. Tapi ini semua untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Supaya aku tidak diselemuti rasa bersalah lagi, supaya Jibril tidak tersakiti lagi. Perpisahan ini wajar buat kami. Tidak mengapa, sakitnya hanya sementara. Tidakkah terlalu awal? Tak. Waktunya sudah tepat. Tak usah berhujah lagi.
~
*mesej masukAku capai telefon, lihat notifikasi. Satu pesanan daripada Arasha.
-Arasha Officemate-
21:19:
You nak I arrange date dengan Adi Fahim?Aku simpul senyum. Arasha memang bijak dalam membaca fikiran manusia. Tambah-tambah lagi manusia yang sedang dilamun cinta seperti aku.
Is he still single? Available?:
21:20
21:20:
Yup!Really?!!:
21:2121:22:
Yes dude! Cepatlah masuk jarum... kesian dia jealous tengok I laki bini.Bruh! perasan!! Ingat sweet sangat ke??? :
21:23
Btw... dia ingat I tak?:
21:2321:24:
Ingat. I dah tanya tadi... dia cakap uols kenal masa you jatuh sebab lantai licin. So funny lah!!! Hahahaha! Clumsy Hulya...Aku membolak-balikkan biji mata. Kalau ada depan, sudah lama aku luku kepala Arasha. Senang hati ketawakan aku.
Asha... you tahu kan... I ni perempuan... So.... :
21:2521:25:
Halah! Tahu sangat!
21:25:
You're lucky... Adi minta your num sebelum I bagi. So.... you tunggu jelah.What???:
21:26
Seriously Asha??
21:2621:27:
Macam tak biasa... you kan hottie babe!!Aku ketawa kecil namun masih lagi terkawal. Rama-rama terbang dalam perut bila dipuji begitu. Gedik!
21:27:
Anak I meragam nak tidur... pamit dulu oke?
21:28:
Ciao!Orait2:
21:28
Aku letak semula telefon di sisi meja. Mencapai sudu dan garpu kemudian sambung makan tanpa menghiraukan pelanggan yang datang dan pergi. Dari kiri ada sebuah meja dipenuhi oleh jejaka-jejaka muda. Sejak tadi lagi ada beberapa orang dari mereka menegurku dengan cara basi. Tegur macam nak panggil ayam makan. Perangai jalanan. Aku pekakkan telinga. Sudah lali diperlakukan begitu setiap kali makan bersendirian di kedai makan. Orang-orang seperti itu semacam jakun melihat perempuan makan berseorangan. Aneh bagi mereka, tidak bagi aku. Hidupku memang begini, walaupun punya beratus kawan, berjuta teman lelaki, tetap ada limit dalam pergaulan. Ada kalanya aku perlu bersendirian. Bukan setiap saat perlu berteman. Aku tidak gemar terlalu terikat dengan pergaulan, kerana ia menjejaskan cara aku berdikari. Aku cuma takut nanti di saat aku tersungkur, aku tidak dapat bangun sendiri kerana sudah terbiasa bergantung pada orang. Sebab... tidak semua ada dengan kita di saat kita susah.Itu yang aku tanam dalam minda setiap saat.
-BERSAMBUNG-
11:03
22.Nov.21
YOU ARE READING
DEAR SOULMATE - DUHAI KEKASIH [C]
Historia CortaMenyakiti dan tersakiti tidak seharusnya terjadi dalam sesebuah hubungan jiwa. Namun lumrah manusia, suka mencuba sesuatu yang baru. • ✨SINOPSIS RINGKAS✨ HULYA seorang wanita berperwatakan yang menarik, boleh dikatakan gadis millenium. Seorang yang...