🍁- VIII [New Boyf]

26 1 0
                                    

SELEPAS perpisahan dengan Jibril, kecundang dengan Adi Fahim, nampaknya aku belum serik. Masih lagi degil mencari cinta. Malam ini aku menerima ajakan seorang lelaki yang baru sahaja aku kenali melalui sebuah platform media sosial. Usia perkenalan antara kami masih mentah. Teramat mentah. Baru dua hari. Tidak mengapa, usia beginilah aku harus mengenalinya dengan lebih mendalam. Aku mengambil keputusan drastik ini kerana tidak sabar ingin bertemu dengannya. Melihatkan cara lelaki itu melayan orang di laman sosial, hatiku menduga dia adalah lelaki yang baik. Perspektif pertama positif, tidak negatif seperti selalu dan ini mengukuhkan lagi kata hati.

Aku memilih pakaian ringkas sahaja. Knitwear warna hitam dan seluar jeans hitam dipadankan dengan boots dan sebuah beg silang juga warna sama. Serba hitam. Serupa nak berkabung padahal nak pergi ber-dating. Ketika ingin memakai jam di pergelangan tangan, aku serta-merta panik. Angka jam menghampiri waktu yang seharusnya aku sudah pun berada di sana. Tapi aku masih di dalam bilik. Kelam-kabut aku menyembur minyak wangi, penutupnya jatuh entah ke mana. Aku biarkan saja. Berlari anak keluar dari bilik, terus menerpa almari kasut.

"Nak pergi mana Hulya?"

Tegur Nida. Aku sempat berpaling sekilas. Kelihatan Nida dan Puteri sedang makan malam sambil menonton televisyen.

"Nak keluar kejap."

"Yalah... pergi mana? Dengan siapa?" Soal Nida lagi. Tanganku berhenti sebentar dari menyarung kasut ke kaki.

"Bakal suami." Bibir koyak dengan senyuman.

"Amboi... Jibril ke?" Puteri pula menyoal.

"Oh, no.... He's my past. Okeylah, aku dah lambat ni. Kunci jelah pintu, aku bawa kunci." Aku berlari anak ke pintu pagar. Dari jauh kedengaran pesanan Nida seperti biasa tatkala aku ingin keluar malam.

"Yalah... jaga diri Hulya. Sentiasa ingat benda tu."

"Always, babe." Laungku.

Jarak usia antara kami berempat, Nida boleh dikatakan paling 'sulung'. Mungkin disebabkan itu dia bersikap seperti kakak sulung dan kami bertiga adalah adik-adiknya. Padahal hukum sebenar, Nida adalah anak bongsu dalam keluarganya. Namun perkara itu tidak menjadi masalah bagi kami, asalkan masing-masing tidak melampaui batas, itu sudah memadai.

Aku memecut sedikit laju. Perasaan teruja membuak di dada. Tidak sabar ingin bertemu empat mata dengan lelaki itu.

~

Keadaan restoran agak padat dengan para pelanggan. Semasa mencari parkir pun agak lama kerana terpaksa menunggu sehingga kereta lain keluar. Tidak hairanlah kerana reatoran ini sangat terkenal dengan makanan laut sehingga menjadi bualan di bibir penggemar makanan laut. Ini merupakan kali pertama aku menjejak kaki di bumi ini. Sengaja aku memilih tempat yang aku tidak pernah pergi kerana tidak mahu ada manusia-manusia yang mengenali aku nampak aku. Tambah-tambah lagi jika rakan sepejabat yang lihat, riuh mengalahkan paparazi. Menyibuk tak habis-habis. Lelaki dan perempuan sama sahaja.

Aku duduk di sebuah kerusi meja berhampiran tasik buatan. Agak jauh sedikit dari keriuhan orang ramai. Sekeping gambar tempat duduk aku, ditangkap lalu hantar kepada jejaka itu. Supaya senang dia menjumpai aku nanti. Tidak lama menunggu sehinggalah seseorang datang menegur.

"Hulya?"

Aku angkat wajah.

"Ya... are you Habib?" Dia tersenyum manis lalu duduk di hadapan aku. Semerbak bauan minyak wangi maskulin menerjah saluran pernafasanku. Hmm... wanginya.

DEAR SOULMATE - DUHAI KEKASIH [C]Where stories live. Discover now