ATAS nasihat Syifa dan juga keinginan hati yang membuak-buak, aku memecut menuju ke pejabat Jibril. Aku cuma meneka sahaja dia situ memandangkan sekarang masih lagi waktu pejabat. Aku pula, kerja separuh hari saja. Tak senang duduk selagi tak selesaikan kemahuan yang satu itu. Makan siang pun belum jamah.
Jarak antara pejabat aku dan Jibril agak jauh hingga memakan masa lebih kurang sejam untuk sampai. Aku memandu 180/j.
Sampai sahaja, aku terus mendaki anak tangga kecil kerana pejabatnya di tingkat atas rumah kedai. Tidak ada lif, hanya dua tingkat sahaja. Walaupun ia nampak kolot pada pandangan orang tetapi ia membanggakan aku. Sekurangnya Jibril berjaya membina empayarnya sendiri. Sedangkan aku masih lagi jadi kuli orang.
Sebelum masuk ke dalam, tetamu perlu menekan loceng terlebih dahulu kerana pejabat ini tidak mempunyai pengawal keselamatan. Jadi, pintu pejabat sentiasa terkunci. Loceng aku tekan beberapa kali. Entah kali ke berapa, barulah pintu dibuka oleh pembantu pejabat. Sama ada aku yang tidak menyempat atau dia yang lambat. Ah! Persetankan.
"Cik Hulya? Lama tak nampak Cik Hulya." Nini kelihatan agak terkejut akan kehadiranku.
"Jibril ada?"
"Encik Jibril keluar lunch. Sekejap lagi dia masuklah. Cik Hulya nak saya call ke?"
"Tak payahlah... kalau saya nak tunggu dekat sini boleh tak?"
"Boleh-boleh, masuklah. Cik Hulya nak minum?"
"No, thanks."
Aku melabuhkan punggung di atas sofa di tempat tetamu menunggu. Berdekatan dengan meja Nini. Jam tangan diperhati. 14:21. Waktu rehat sudah habis. Sepatutnya Jibril sudah ada di pejabat jam begini. Makin lama menunggu, ia membuatkan aku resah menanti. Takut nanti kehadiran aku tidak disenangi.
Ke mana Jibril ni?
Jam tangan dan pintu masuk aku tenung silih berganti. Irama jantung semakin tak selari. Berdegup laju.
Serta-merta badanku menegap. Mata tertancap pada bayangan figura di sebalik pintu masuk dan beberapa saat, pintu terbuka. Terpampang wajah lelaki yang aku tunggu sekarang. Masing-masing terdiam seribu bahasa. Jibril pula, jelas dia amat terkejut.
Dia berdehem.
"Surprise. What's bring you here?"
"I nak jumpa you kejap."
"Now you see me." Dingin. Beku. Itulah yang dapat aku gambarkan perangainya kini.
"Somewhere else?"
Dia menapak ke arah bilik kerjanya. Dengan muka tebal, aku mengikuti dari belakang. Sudah aku agak pasti reaksi ini yang aku terima.
Sampai di depan pintu, aku hanya berdiri di antara bingkai pintu. Berdiri statik di situ.
"Tutup pintu." Arahnya.
Aku patuh. Pintu ditutup. Mengurung kami berdua di dalam satu bilik. Oleh kerana sudah lama tidak bersua muka, keadaan di dalam bilik tersangatlah janggal. Jibril duduk di mejanya. Pura-pura sibuk dengan komputer riba. Langsung tidak mahu pandang aku. Jauh di sudut hati, aku terguris dengan sikapnya. Ha! Aku tidak layak nak terasa hati. Perbuatan aku padanya lebih teruk dari apa yang dia buat padaku.
"Erm... I know, I shouldn't have come. But... there's something else I wanna tell you." Aku diam. Agak lama.
"I listen." Ujar Jibril, mungkin merasakan agak lama menunggu. Matanya masih tertunak pada skrin komputer riba.
Aku gigit bibir bawah. Sedang menyusun ayat dalam kepala.
"Erm... I nak minta maaf pada you. I mengaku khilaf I. I buta dalam menilai mana satu kaca mana satu permata. I...." Aku terhenti. Lidah kelu.
"I didn't see your point. Kaca, permata apa ni? I bukan buka kedai emas dekat sini. So, I ask you once again, what's bring you here?" Dia tenung tepat pada mataku. Kami bertatapan buat seketika. Dalam pada itu, aku cuba mencari sinar harapan dalam mata Jibril, aku tahu, peluang untuk aku masih ada.
"Can we... can we start over....?"
Deringan telefon menganggu. Jibril menahan aku dari berbicara dan menumpukan perhatian pada panggilan telefon.
"Hello."
"Balik pukul berapa? Kejap lagi, dah nak balik dah."
"Janji apa?"
"Ya kah ada janji?"
Aku perhati wajahnya. Tampak ceria sahaja berbual dengan si pemanggil. Bicaranya pun lembut. Aku mula tertanya akan gerangan si pemanggil itu.
"Ya-ya... I promise you. Okey sayang... bye."
Hatiku....
Retak seribu.
".... Kalau Allah kata tidak, maka tidak. Kau tak boleh menidakkan kehendak-Nya...."
Suara Nida bermain di telinga.
Hulya... apa yang kau dah buat ni?! Hulya!!
Aku tersentak dari lamunan pendek.
"Tadi you cakap apa?" Jibril bertanya padaku. Aku menggeleng.
"Nothing. Rubbish."
Pergi Hulya! Tapi kaki aku terpaku di sini. Berat hati nak melepaskan.
"Oho! What's wrong with you friend? Are you okay?"
Kawan? Oh... lupa pula. Aku pernah menuturkan perkataan itu padanya dahulu.
"Oh, you dah ada girlfriend baru ke?" Aku turut sama berlakon dalam drama ciptaan Jibril. Tidak mahu terlihat lemah di hadapannya. Hakikatnya, hatiku bagaikan dipijak lumat. Jibril ketawa kecil. Dia bangkit dari kerusi dan berjalan di hadapan meja. Duduk di atas meja sambil memandang aku.
"Same goes to you. I bet, you're happy now. Am I right?"
"Yes, of course!"
Sebelum Jibril buka mulut, aku pintas terlebih dahulu.
"Okeylah... tadi I dengar you terburu-buru nak balik. Jadi, I balik dulu lah. Kalau ada peluang, kita jumpa lagi. Itu pun kalau ada. Bye."
Aku berpaling dan tidak menoleh lagi. Pintu bilik ditolak. Meloloskan diri.
"Thank you, Nini." Tidak sempat Nini balas, aku segera menghilang. Tidak ada masa nak berbasa-basi. Air mata sudah tidak sabar nak tumpah lagi. Di pertengahan jalan, aku jatuh terduduk. Menghambur tangis buat beberapa saat.
Sakit. Permainan jiwa ini terlalu sakit.
Kali ini aku benar-benar nekad. Aku tidak akan mengejar cinta lagi. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, jadi anak dara tua pun aku sanggup! Bahagia tak semestinya harus berakhir dengan perkahwinan. Aku pegang kata-kata Nida.
Aku memecut meninggalkan perkarangan pejabat Jibril.
-BERSAMBUNG-
22:22
5.Dec.21
YOU ARE READING
DEAR SOULMATE - DUHAI KEKASIH [C]
KurzgeschichtenMenyakiti dan tersakiti tidak seharusnya terjadi dalam sesebuah hubungan jiwa. Namun lumrah manusia, suka mencuba sesuatu yang baru. • ✨SINOPSIS RINGKAS✨ HULYA seorang wanita berperwatakan yang menarik, boleh dikatakan gadis millenium. Seorang yang...