「𝐍𝐞𝐰 𝐣𝐨𝐛. 」
..
.
.
.
SEOKJIN pergi kerja hari ini, coat hitam luar, t-shirt putih didalam dan seluar slack berwarna hitam penampilannya simple hari ini.
“ oh selamat pagi dokter kim.” kata Yoora tersenyum memandang Seokjin. Lelaki tinggi itu terkejut melihat Yoora.
Dia terus teringat akan kejadian yang berlaku semalam. Namun Seokjin terus memaniskan mukanya dengan senyuman. “ cik yoora dah okey? ”
“ dah.. Terima kasih sebab hantarkan saya. Eomma saya bagitahu. ” kata Yoora tersenyum. Seokjin mengangguk.
Tiba-tiba suasana diam, Seokjin yang masih teringat hal kemarin dia tertanya-tanya apa yang gadis itu sebutkan. Bukan tidak dengar cuma.. Suara Yoora kurang jelas. Yalah, dalam keadaan mabuk kan?.
“sa–” serentak keduanya bersuara hingga Yoora tersengih.
“ takpa lah, saya pergi dulu jumpa nanti dokter.” ujar Yoora mula melangkah meninggalkan Seokjin yang berdiri kekok disana.
“ tunggu kita sama-sama pergi.. Lagi pula kita satu tempat kerja kan? ” kata Seokjin. Yoora mengangguk sambil tersenyum.
.
.
.
.
.
Sejam sudah waktu berlalu pejabat kumpulan Seokjin yang tadi sunyi kini dihadiri dengan suara Yeonjun, Nayeon dan Jay. Mereka selesai sarapan pagi dikafe tadi.
Kebetulan mereka bertemu. “ oh? Yoora? Awal hari ni? ” tanya Nayeon duduk dimeja kerjanya bersebelahan dengan Yoora.
“ takda la awal mana, kenapa korang lambat masuk kan ada meeting lepas ni? ” kata Yoora.
“ ala.. Lambat sekejap je, lagipun dokter Kim jumpa ketua hari ni. Dia dengan dokter Dong-yu ambik profile pesakit. ” jelas Yeonjun. Yoora dan Nayeon terangguk.
Pintu kaca pejabat dibuka menampilkan Seokjin berjalan terus ke meja mesyuarat. “ alright everyone.. Ini laporan tentang pesakit dan sedikit berkenaan dengan si pesakit. ”
Seokjin mengedarkan kertas laporan pada teamnya.
“ nama pesakit Go Shin-He, berumur 50 tahun berjantina perempuan. Dia akan menjalani pemeriksaan jantung. ” kata Seokjin.
“ jantung? Nampak normal je? ” kata Yeonjun. Yoora ikut setuju dengan anggukannya.
“ tidak.. Jantung dia sangat lemah sekarang, tadi pesakit masuk wad kecemasan sebab serangan sakit jantung. Sekarang pesakit sedikit stabil. ”
“ jadi.. Apa kita kena buat dengan jantung dia? ” soal Nayeon.
“ so.. Sebelum itu semua saya nak buat ujian tekanan darah dahulu.. Kemudian bukan test kandungan gula dalam darah dan selanjutnya. Cik Yoora awak tahu kan kerja awak macam mana? ” kata Seokjin. Yoora mengangguk.
YOU ARE READING
JIRAN AKU MR.WORLD WIDE HANDSOME! 🔸K.SJN 🔸
RomanceKIM SEOKJIN & IM YOORA "macam jumpa manusia terkacak didunia! wuish!" Bermula dengan berpindah ke sebelah rumahnya Yoora dihantui bayangan lelaki kacak itu. Lelaki 29 tahun itu tidaklah segalak dirinya. Santai dan matang. Yoora jatuh cinta pada...