Chapter Fourteen.

3 1 0
                                    

.

.

.

.

.

Yoora terkedu mendengarnya, dia memandang Seokjin dengan kedua bola matanya membolak. Seokjin terkekeh melihatnya.

“kenapa muka awak macam tu?.” soal Seokjin. Yoora diam dan mengelengkan kepalanya.

“tak percaya? Mesti lah susah nak percayakan saya. Saya kan tua mana ada perempuan nak dengan orang dah nak masuk 30 tahun.” jujur Seokjin, dia menjeling Yoora yang menunduk kebawah.

“jangan ambik hati lah dengan apa yang dokter Yoonji cakap tu. It's not true actually, saya dengan dia pun baru kenal.” ujar Seokjin dia berjalan terlebih dulu dari Yoora.

Seokjin menggigit bibirnya malu, kenapa aku confused malu lah aduh!.

Yoora terkekeh melihat tingkah laku Seokjin yang melarikan diri darinya. Yoora tersenyum bangga, hei siapa tak suka kalau orang yang kita suka, suka kita balik?. Tak lah single memanjang.

Satu hari berada di hospital, Yoora bersiap untuk pulang. Memandangkan orang lain semua sudah pulang ke rumah masing-masing. Tinggal Yoora sahaja belum, sebenarnya dia menunggu dokter Kim. Namun kening lelaki itu saja tidak terlihat inikan pula bayang-bayangnya.

“dokter Kim dah balik dulu ke? Tak eh? Sebab ada lagi tu beg dia.” kata Yoora bercakap sendiri. Yoora mengeluh dan mengambil beg tangannya.

Yoora keluar dari hospital, dia berjalan menuju ke stesen bas, hari ini di berniat mahu naik bas daripada teksi. Tidak hentinya Yoora tersengih meningat Seokjin memberitahu dia yang Seokjin suka padanya juga.

Yoora berjalan kaki menuju ke rumahnya, semasa berada di tengah jalan dia bertembung dengan rakan serumah Seokjin yang tampaknya baru pulang dari kerja.

“anyeong..” sapa Yoora. Taehyung berbalik lihat Yoora tersenyum padanya.

“eh awak yang tinggal sebelah rumah saya kan?.” Yoora mengangguk.

“baru balik? Tak takut ke jalan seorang-seorang?.” Yoora terkekeh. Tidak juga dia menyangka teman serumah Seokjin kacak orangnya.

“hm.. Dah biasa, ni.. Dokter Kim dah balik? Sebab saya tak nampak di dekat hospital tadi.” Taehyung memuncungkan mulut sambil mengerut keningnya.

“tak tahu pula saya, tapi rasa belum rumah pun gelap lagi ni ha.. Tapi dia ada call saya cakap dia ada hal dengan family dia.” Yoora mengangguk, dia hampir lupa kalau Seokjin pun ada orang tua juga.

“Yelah.. Takpa, selamat malam jiran!.” Taehyung tertawa dia pun melambai Yoora yang sudah masuk kedalam rumah wanita itu.

.

.

.

.

“yeh?? Kahwin? Tapi mama Jin takda calon lagi?.” ujar Seokjin memandang ibunya yang terlihat mengeluh nafas panjang.

“kan mama dah cakap mama ada calon? Kamu dah nak 30 jin.. Mama pun dah tak lama lagi ni.” Seokjin tersenyum.

JIRAN AKU MR.WORLD WIDE HANDSOME! 🔸K.SJN 🔸Where stories live. Discover now