[ 𝐉𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐫𝐮? ]
.
.
.
.
.
"EOMMA! TENGOK APA TU? " tegur sang anak Melihat ibunya yang terjenguk-jenguk memandang ke sebelah rumah mereka.
"eh ada orang baru pindah ke mak?" soal si anak lagi. Ibu menjeling.
"kamu pernah tengok hantu pindah sebelah rumah ke hah! Mesti lah manusia! Bodoh!" sang ibu terus meluku kepala anaknya.
Anknya memuncungkan mulut, mereka sama-sama memanjangkan leher menjenguk ke sebelah.
Barangan masih diangkat dibawa masuk kedalam rumah.
"Yoora? Yeobo? " kedua anak beranak itu mengalihkan pandangan mereka ke arah seorang lelaki berdiri didepan muka pintu rumah mereka.
"seronok tengok orang? Bukannya itu orang yang pindah! Itu kuli angkat barang pun nak tengok juga ke?! Masuk! " tegas Sang bapak. Kedua wanita itu pun bergegas sambil tolong menolak mereka.
Selepas keduanya masuk. Si ayah ini pula yang menjengukkan kepalanya.
"tah apa yang handsome sangat sampai panjang leher tengok haih!"
.
.
.
.
.
Ini lah Im Yoora, wanita berumur 25 tahun berkerja sebagai jururawat disebuah hospital. Single lagi. Perwatakan ceria adalah dirinya, yang paling ketara sekali dia jenis yang mudah kalot.
Yoora tinggal bersama dengan dua orang yang paling iya sayangi. Siapa lagi kalau bukan kedua ibu dan bapanya.
"Yoora!! " hampir bergegar satu rumah dibuahnya. Dan ini adalah habitat si ibu, Puan Im menjerit melalakkan suara memanggil anak perempuannya itu.
"oi! Perempuan sepatutnya didapur bukan didalam bilik! Patutlah aku tak dapat cucu dari tujuh keturunan aku. Kalau ini perangai anak perempuan aku seorang ni ha!" bebel Puan Im.
"mak ni.. Kalah bebelan si Jin BTS nak dilawan dengan mak. Orang sibuk ni.. Nantilah kalau dah siap mak roger-roger ye?" jawab Yoora.
Puan Im melipat lengan bajunya.
"kalau gitulah caranya, kamu roger-roger lah mamat foodpanda ke foodbunny ke lantak kau! Aku masak aku dangan bapak kau je makan!" ugut Puan Im.
Yoora terus bangun dari meja belajarnya.
"eh! Yelah-yelah! Nak tolong lah ni!" jawab Yoora. Dia menapak terlebih dahulu dari Puan Im.
Encik Im pula menggelengkan kepalanya dia binggung keluarganya kecil sahaja sudah semeria ini? Mana tidak dengan Puan Im kuat membebel dengan anak perempuannya pula pemalas.
YOU ARE READING
JIRAN AKU MR.WORLD WIDE HANDSOME! 🔸K.SJN 🔸
Storie d'amoreKIM SEOKJIN & IM YOORA "macam jumpa manusia terkacak didunia! wuish!" Bermula dengan berpindah ke sebelah rumahnya Yoora dihantui bayangan lelaki kacak itu. Lelaki 29 tahun itu tidaklah segalak dirinya. Santai dan matang. Yoora jatuh cinta pada...