[ 𝐄𝐦𝐞𝐫𝐠𝐞𝐧𝐜𝐲. ]
..
.
.
.
.
.
PAGI INI hospital sangat sibuk rata-rata pesakit kemalangan tempoh hari sudah sembuh. Disini, Yoora sedang membersihkan luka pada kepala pesakitnya. Selesai sahaja dia tersenyum pada pesakit.
" sekejap lagi pakcik boleh balik ye.. Tunggu sekejap je lagi. " kata Yoora. Pakcik tersebut tidak menggeleng namun mengangguk mengiyakan bicara Yoora.
Yoora lekas bangun membawa semua pekakas tadi dia mengambil perban yang sudah digunakan lalu dibuang kedalam tong sampah khas untuk sampah hospital. Sarung tangan turut serta dibuang.
Drt.. Drt..
Yoora mengambil telefonnya yang berdering dipoket baju nurse nya. Dia melihat nama si pemanggil segera mengukir senyuman manis.
" oh.. Dokter kim? " balas Yoora.
".."
" hah?! Y-ye.. Saya datang. " kata Yoora berlari menuju ke ruang vip Dia mendapat panggilan kecemasan dari Seokjin tentang pesakit vip mereka terkena serangan jantung mengejut pagi ini tadi.
Sampai diruang vip, Yoora mendekati katil pesakit.
" apa boleh saya bantu? "
" tolong siapkan bilik kecemasan! "
" tapi dokter! Dia tak mungkin boleh diselamatkan. " kata Jay. Seokjin nekad menyelamatkan pesakitnya.
" dia boleh.. Dia kuat. Cepat!! " baru semalam Seokjin sempat melawat pesakit sakit jantung vip yang dikendalikan olehnya.
" apa dah jadi?? Kod merah ni. " kata Pengurus hospital. Dia datang bersama dengan Dokter Dong-yu. Seokjin naik ke katil melakukan CPR sambil katil ditolak.
" apa keadaan dia? " soal Dong-Yu pada Nayeon.
" kritikal dokter.. Dia mengalami serangan pagi ini tadi. Nadi dia berdetak perlahan. " kata Nayeon. Dong-Yu memandang Seokjin.
" kau takkan boleh selamatkan dia.. Dia pesakit jantung. Selalunya me-"
" Dokter Dong-Yu! Saya percaya Dokter Seokjin boleh!. " celah Pengurus. Dia menatap wajah Dong-Yu. Lelaki muda itu diam.
Mereka akhirnya masuk kedalam ruang kecemasan. Ataupun bilik bedah. Yoora menarik mesin Defibrillator. Mereka melakukan rutin menghidupkan kembali detakkan jantung pesakit.
Berulang kali mereka mencuba namun masih sama. Nadi pesakit semakin menurun.
" dokter.. Bedah saja. " ujar pengurus. Dong-Yu langsung menatap Pengurus. Jika Seokjin menjalankan pembedahan maka dia akan kalah kalau Seokjin berjaya membuat pesakit terselamat.
Seokjin yang mendapat arahan menganggukkan kepalanya. Mereka bersiap-siapkan barang untuk membedah. Kali kedua atau ketiga Yoora kembali dilanda delema. Dia gugup walaupun hanya sekadar menyerahkan alatan pada Seokjin.
" tenang. " ujar Seokjin. Matanya fokus kedepan membelah dada pesakit. Yoora memandang Seokjin dan dada pesakit. Ini kali pertama dia fokus melihat tangan Seokjin dengan tenang menghalangkan scalpel ke dada pesakit.
Lembut sahaja jari Seokjin mengikut garisan merah yang sudah ditanda. Dan yang menjadi tarikan adalah tidak ada setitis darah pun mengalir saat Seokjin membelah lapisan daging pesakit.
Selesai membedah hingga menampakkan jantung Seokjin memasukkan tangannya kedalam dan.. Memicit jantung pesakit.
Perlahan detakkan kembali.. Perlahan namun tidak pasti. Seperti tiada harapan sahaja. Dong-Yu mengukir senyuman sinisnya.
Mana mungkin kau boleh kalahkan aku Seokjin.. Aku dokter handalan hospital ni.
Dong-yu sangat puas melihat raut wajah Seokjin yang mengerut, dan cuba sedaya upaya untuk memicit lagi jantung pesakit bagi mengembalikan detakkan jantung itu.
" bangun Puan.. Jangan tinggalkan suami dan anak puan macam ni. " Yoora memandang Seokjin dia ikut fokus.
.
.
.
.
.
Tit.. Tit.. Tit..
" Terima kasih dokter. " ujar si anak. Dia memandang Seokjin yang berjaya membedah ibunya. Dia sangat berterima kasih hingga melutut di kaki Seokjin.
" ani.. Bukan saya, saya cuma jalan tangungjawab sebagai seorang dokter saja, tapi terima kasih untuk Tuhan dan ibu awak. Dia kuat. " kata Seokjin.
Si anak menangis saat mendengar khabar ibunya selamat. Walaupun detakkan masih lemah. Pesakit masih tidak sedarkan diri. Detakkan jantungnya kembali berdetak disaat-saat Seokjin bersama teamnya hampir putus asa.
" saya minta diri dulu ya?. " kata Seokjin mengundurkan diri.
Seokjin keluar dia terkejut melihat pasukannya berdiri didepan pintu wad vip. Masing-masing terloncat gembira terutama Nayeon.
" yeah!.. Dokter memang hebat!. Bedah dada pesakit takda darah pun yang mengalir, deabak! " kata Nayeon dengan kedua ibu jarinya ditayangkan. Seokjin tersenyum.
" betul betul betul! " kata Yeonjun. Seokjin terkekeh dia memandang Yoora yang tersenyum dengan menayangkan ibu jarinya 'good'.
" jom makan? Dah dah masuk tengah hari dah ni. " mereka bergerak bersama menuju ke kantin.
" macam mana? Masih nervous?. " soal Seokjin. Yoora mengeleng.
" tapi adalah sikit. " Seokjin dan Yoora ketawa.
" sekali lagi awak buat yang terbaik. Tahniah saya mungkin takkan mampu buat kalau awak tak kuatkan semangat. "
" kenapa? "
" yelah.. Jatuh scalpel mana boleh bedah pesakitkan? " ujar Seokjin sambil tersenyum pada Yoora. Gadis itu terkejut ibara terpanah oleh sebuah anak panah yang tajam.
Handsome betul woi!
.
.
.
.
.
.
.
Dong-yu terdecih tidak suka. Dia terasa kalah besar dengan Seokjin dia yang pernah menjadi harapan hospital malah Seokjin yang menjadi harapan Dokter Prof.
" takpa.. Pertarungan kita masih panjang. Aku akan kalahkan kau nanti. "
.
A/n; hi! Happy new year army💜. Lama juga tak update new chapter kan?.. Misha tak pandai sangat medic ff ni sebenarnya bnyak kena buat research dekat drama wei 😂💜. Ff ni mungkin slow update ya.
YOU ARE READING
JIRAN AKU MR.WORLD WIDE HANDSOME! 🔸K.SJN 🔸
RomanceKIM SEOKJIN & IM YOORA "macam jumpa manusia terkacak didunia! wuish!" Bermula dengan berpindah ke sebelah rumahnya Yoora dihantui bayangan lelaki kacak itu. Lelaki 29 tahun itu tidaklah segalak dirinya. Santai dan matang. Yoora jatuh cinta pada...