[ 𝐃𝐨𝐤𝐭𝐞𝐫 𝐛𝐚𝐫𝐮? ]
.
.
.
.
.
Hospital ' POV
"SELAMAT PAGI CIK ADIK!"
Bae Suzy mengerut dahinya dia pelik melihat temannya ini. Tersengih, seronok sahaja hari ini.
"hem.. Mesti ada apa-apa ni kan?" ujar Suzy. Yoora tersenyum dia memeluk bahu rakannya itu.
"aku ada jiran baru!! " ujar Yoora. Suzy menggelengkan kepalanya. Dia santai sahaja memang beginilah mereka berdua bergossip didepan kaunter sebelum menyelesaikan kerja.
"kau dengar tak ni!? Ish!" kata Yoora. Suzy mengerut dahinya.
"aku dengarlah tak pekak lagi. " kata Suzy. Keduanya mengambil dokumen pesakit. Banyak lah juga sebab pagikan. Sekarang dokter dan jururawat sedang sibuk pergi menanyakan soalan kepada pesakit.
Yoora meletakkan setiap satu fail rekod kesihatan pesakit diatas meja.
"selamat pagi nurse!" panggil seorang pelajar perempuan. Dia membungkuk didepan Yoora.
"oh Yujun.. Mak macam mana? Okey?" soal Yoora memandang pesakit wanita yang bersandar sambil memegang botol air.
"okey je.. Terima kasih sebab selalu ingatkan makcik makan ubat. " ujarnya. yoora ketawa kecil.
"mesti.. Itukan tugas saya. Takpalah, makcik tunggu kantin bawakan sarapan ya?" ujar Yoora. Dia tersenyum pada gadis tadi sebelum meninggal wad itu.
Yoora berjalan menuju ke wad sebelah dia lihat ada seorang dokter lelaki yang sedang memeriksa keadaan pesakit.
"selamat pagi dokter.. Nak fail pesakit ke?" soal Yoora.
"ya tolong bawakan. " ujarnya memandang Yoora sekilas. Yoora mengangguk kemudian pergi mencari fail pesakit tadi.
"nah.. Ini dia failnya. " ujar Yoora selepas beberapa saat dia mencari.
"eh? Saya tak pernah nampak dokter dekat sini? Baru ke?" tanya Yoora. Dokter lelaki itu tersenyum.
"ya.. Baru, saya baru masuk semalam. " ujarnya lagi. Yoora pandang tag namanya.
Kim Seokjin.
"baiklah dokter Jin saya minta diri dulu, saya Nurse Yoora ada apa-apa nak minta saya dekat kaunter ye. " kata Yoora. Dokter itu tersenyum tipis. Kepalanya dianggukkan.
'aduh.. Kacaknya dokter ni!'
.
.
.
.
.
Yoora pulang semula ke hospital selepas dia keluar sebentar membeli makanan. Hari ini dia terasa mahu makan kimchi sup. Jadi dia membuat keluar untuk keluar mencari. Sekembalinya dia ke hospital dia memandang jam pukul 6 petang.
YOU ARE READING
JIRAN AKU MR.WORLD WIDE HANDSOME! 🔸K.SJN 🔸
RomanceKIM SEOKJIN & IM YOORA "macam jumpa manusia terkacak didunia! wuish!" Bermula dengan berpindah ke sebelah rumahnya Yoora dihantui bayangan lelaki kacak itu. Lelaki 29 tahun itu tidaklah segalak dirinya. Santai dan matang. Yoora jatuh cinta pada...