[ will you be mine?.]
..
.
.
.
.
.
Selepas malam menjadi tirai pagi yang benar-benar melelahkan, Seokjin lihat gambar-gambar orang yang terkorban semasa misi menyelamat itu dijalankan.
Seokjin berpeluk tubuh sambil fokus menatap sekeliling. Dia kemudian terkejut saat bahunya dipegang oleh seseorang.
“hyung.. Apa khabar?.” tanya Jungkook dengan tangan sakit lagi berbalut. Tubuhnya yang terlebih lebih sasa jika nak dibandingkan dengan dulu.
“macam ni je.. Sihat. Yang kau tu banyak parut sana sini tu okey ke tak?.” Jungkook tersengih sambil keduanya berjalan menuju ke kantin disana.
“kau ingat dulu kau pernah cakap nak jadi polis bukan askar?.”
“apa untungnya jadi polis?.” tanya Jungkook. Seokjin diam tidak tahu menahu tentang keamanan ni.
“polis susah, mereka perlu selidik kes. Kook tak minat sangat dengan sekutu polis ni walaupun kami berada dalam kadet yang sama. Cuma askar menjaga keamanan negara dan menjadi askar sukarelawan membantu negara lain yang perlukan bantuan kita.”
“poyo.”
“hyung. Kau dah kahwin?.” pertanyaan Jungkook benar-benar menyakitkan hatinya dia menjeling Jungkook buatkan lelaki muda itu terkekeh.
“aku.. kalau nak bunuh kau, aku tak kira kau mejar ke, sarjan ke kapten ke apa ke.. Kau nak mati?.” besar tawa Jungkook saat mendengarnya.
“aku takda pasangan hidup lagi, aku sekarang ni pun tengah serabut dengan pilihan famili aku.” jawab Seokjin.
“dia cantik tak?.”
“apa soalan kau ni?.” Seokjin ingin sekali memukul kepala Jungkook.
“aku tak jumpa lagi pun dia, aku taknak jumpa. Sebab aku dah pilih orang lain untuk jadikan pasang hidup aku.” kata Seokjin, Jungkook tersengih.
“hyung.. Pilihlah apa yang kau rasa terbaik untuk kau.” Seokjin mengangguk.
“yang kau?.”
“aku pulak kena? Kook takda girlfriend lagi.. Maklumlah takda sapa nak kahwin dengan askar mat...” jawab Jungkook memandang langit yang disinari bintang cantik.
“apa pulak.. Mesti ada punya, orangnya dahla tegap, kacak, pandai, Kapten Sarjan pulak tu.. Cuma tulah kekurangan dia....”
Jungkook mengerut dia ada kekurangan? “bodoh sikit.”
“cis!.” Jungkook bangun mengejut hingga menyebabkan dia tidak sengaja terlanggar tiang batu, terkena pula dekat lengannya yang sakit itu, nyaring suara Jungkook menjerit.
“yah! Kan aku dah cakap kau ni bodoh!! Kau ingat kau malaikat! Apahal kau bangun macam tu hah!!?.” bebel Seokjin dia ikut cemas melihat rakan yang dia anggap seperti adiknya sendiri.
“hyung! Shut up!.”
“arkk!!!.” pukulan yang tidak terlalu kuat mengena pada bahu Jungkook yang sakit tadi terjerit lagi si rakannya itu.
YOU ARE READING
JIRAN AKU MR.WORLD WIDE HANDSOME! 🔸K.SJN 🔸
عاطفيةKIM SEOKJIN & IM YOORA "macam jumpa manusia terkacak didunia! wuish!" Bermula dengan berpindah ke sebelah rumahnya Yoora dihantui bayangan lelaki kacak itu. Lelaki 29 tahun itu tidaklah segalak dirinya. Santai dan matang. Yoora jatuh cinta pada...