Martha memandang gelagat gadis yang berbaju hitam itu dengan penuh minat. Kepalanya sarat dengan persoalan 'siapa?' kepada gadis itu.
"Eena? Ayra? Ahh!! Kau jumpa Ayra dekat mana dowh!? Aku ingatkan hilang. Ayra! Bukan mummy dah kata jangan pergi merata?" Eena mengangkat bahu sambil membersihkan kotoran pada jacket kelabunya.
"Time si Isya buka pintu tadi. Dia keluar. Btw, makanan ada tak? Lapar ni." Isya tergeleng melihat perangai selamba rakannya ini.
Pak!
"Aduh! Apa ni?" Eena memandang Isya dengan riak hairan. Betul apa? Dahlah dia merempit dari Perak ke sini. And then dia.tak singgah tau mana-mana kedai tadi. Perut dia ni dah berbunyi macam-macam lagu dah.
"Kenapa kau pakai selipar Eena?" Eena mengerutkan dahi dan memandang kakinya. Dahi ditepuk perlahan. Ya ampun, macam mana boleh tertukar ni?
"Selipar surau. Eh, jap... Eh!! Kasut boot aku.. kejap dowh. Aku nak pergi balik surau tu." Belum sempat semua menahan, kakj panjang milik Eena terus melangkah ke arah motor berkuasa tingginya dan berlalu dari situ.
Ayden yang sedari tadi senyap memandang Eena menghela nafas lega perlahan. "Ayden." Ayden menoleh ke arah gerangan yang memanggilnya sebentar tadi.
"Kau tak nak 'getback' lagi dengan Eena? Single lagi tu." Ayden mengemam bibir bawahnya dan mengangkat bahu. Sejujurnya, dia ingin pulang ke Malaysia kerana syarikat papa Robert di sini bermasalah sekaligus merujuk semula bersama Eena.
Menceraikan Eena dulu adalah satu tindakan bodoh buatnya. Tengoklah sekarang, siapa yang merana menahan perasaan rindu.
Huhu.
Martha yang berada dibelakang Ayden mengerutkan dahi.
Getback?
Single?
Siapa? Perempuan tadi ka? Martha mengetap bibirnya kuat. Pesaing baru dia ka?
"Btw, can I ask something? Who are you?" Martha menoleh dan memandang Yana yang sedang menyoalnya. Senyuman manis diberikan.
"I'm Martha. Ayden's cousin." Isya, Yana dan Rissa mengangguk dan tersenyum memandang Martha.
.
.
.
Eena berlari anak ke arah tangga belakang surau Al Amin. Pasu bunga yang berada di sebelah tangga itu dihampiri.
Kelihatan kasut boot hitam milik nya tidak berusik sama sekali membuatkan Eena melepaskan nafas lega.
Nasib!
"Assalamualaikum." Eena mendongakkan kepalanya ke arah gerangan yang memberi salam kepadanya.
"Ethan?" Jejaka itu tersengih kecil melihat reaksi Eena yang agak kehairanan melihat dia di situ.
YOU ARE READING
The Secret -What they're Hiding-
RomanceAdleena Hailey Tengku Qarissa Zendra Aryana Fiona Qalisya Medison Childhood friends since 3 years. Seorang beku, seorang lagi kuat jeling, yang lagi sorang kuat meneking bersama seorang lagi yang ceria. Semakin berseri hidup mereka bersama, namun d...