6 tahun kemudian,
Bam!
Bam!
Bam!
"Trova il file finché non lo trovi, Rissa. Isya, Jas, Alexa, noi controlliamo quel lato. Voglio andare a trovare Eena e Felix per un momento. (Cari fail tu sampai dapat, Rissa. Isya, Jas, Alexa, korang control that side. Aku nak pergi tengok Eena dengan Felix sekejap.)"
Rissa mengangguk dan menuju ke tingkat atas manakala Isya, Jas dan Alexa terus berlari sambil menyerang musuh-musuh dengan pistol g-glock di tangan masing-masing.
Xariel santai berjalan sambil tangannya menarik picu pistol di tangannya lalu menyasarkan ke arah musuh yang berada di sepanjang perjalanan nya ke arah Eena dan Felix. Kelihatan dua sosok tubuh itu yang sedang berlawan tanpa menggunakan senjata.
Xariel melorekkan senyuman sinis. Smirk.
Felix dan Eena sememangnya dilatih tanpa menggunakan senjata berbanding dirinya dan yang lain kerana jejaka dan gadis itu lebih pantas dan tangkas.
Musuh pun tak sempat nak tembak diorang.
"Dov'è il file Xar? (Mana file tu Xar?)" Soal Eena selepas sahaja dirinya siap melunaskan musuh-musuh dihadapannya.
Darah di jacket kulit nya dikesat pada mayat yang sudah tak bernyawa itu. Ramai juga orang suruhan si Droye tu.
Sudahlah mencuri dan menciplak file serta sistem syarikatnya, boleh pula lelaki tua Sepanyol itu ingin menculik anak-anak nya?
Nasib juga dia bertindak cepat dan sekarang mereka di rumah lelaki tua itu.
"Rissa è andata a cercare. Dov'è l'uomo? (Rossa dah pergi cari. Mana lelaki tu?)"
Eena menggelengkan kepalanya dan mengangkat bahu. Mana dia tahu. Mesti tengah bersembunyi ni.
Bak!
"Argh!!!"
Kedengaran satu suara hentakan yang kuat dari tingkat atas dan bergolek turun ke bawah. Kelihatan Rissa yang berjalan santai dengan tangannya mengepit file mereka. Dan tak lupa juga Droye yang sedang menahan kesakitan akibat dihentak kuat oleh Rissa dan bergolek dari tangga sebentar tadi.
Eena yang melihat muka cemberut Rissa mengangkat keningnya. Kenapa ni?
Rissa merengus geram. Ada ke patut lelaki tua ni pergi raba dia tadi? Hasilnya, dia menghentak kepala lelaki itu dan menyeret dengan kasar lalu melemparkan lelaki tua itu ke tangga. Biar bergolek macam tu!
Dasar lelaki buaya!
"ma-lo siento. Por favor, no me mates. Comparto todo lo que tengo. ¿usted? ¿el coche? ¿bungalow? todo lo que puedas tomar. ordenado no me mates. (ma--maafkan aku. tolong jangan bunuh aku. aku bagi semua yang aku ada. duit? kereta? banglo? semua korang boleh ambil. rapi jangan bunuh aku.)"
Eena hanya menayangkan reaksi kosong. Dia tak hadaplah semua tu. Dia dah ada dah. Lagi banyak dari lelaki ni.
"¿Último deseo? (Last wish?)"
Droye menggigil apabila Eena meletakkan muncung pistol ke dahi miliknya.
Tak! Dia tak nak mati!
"¡No me mates! (Jangan bunuh aku!)"
Bam!
Xariel dan yang lain hanya tersenyum sinis memandang mayat yang berlubang itu.
"Fel, Riel, Korang settlekan semua ni."
YOU ARE READING
The Secret -What they're Hiding-
RomanceAdleena Hailey Tengku Qarissa Zendra Aryana Fiona Qalisya Medison Childhood friends since 3 years. Seorang beku, seorang lagi kuat jeling, yang lagi sorang kuat meneking bersama seorang lagi yang ceria. Semakin berseri hidup mereka bersama, namun d...