Bab 62

51 9 0
                                    

"Cepatlah! Panas tahu tak!?" Hafiz menundukkan mukanya apabila Fia memandangnya tajam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cepatlah! Panas tahu tak!?" Hafiz menundukkan mukanya apabila Fia memandangnya tajam.

Dia tak sengaja nak buat ibu dia panas--- tapi cikgu yang tak benarkan dia keluar selagi kawan-kawan lain belum siap kerja yang diberikan.

Hurm---

Tiba-tiba matanya menangkap kedai yang menjual gula-gula kegemarannya yang selalu dibelikan oleh aunty Eena. Sedap!

Dia nak--- tapi duit tiada. Nak minta dengan ibu dia?  Memang tak lah. Silap hari bulan ibunya hadiahkan penampar kepadanya.

"Kau--" Fia yang memandang Hafiz terdiam apabila kanak-kanak lelaki itu memerhati satu kedai.

Matanya juga memandang ke arah ke dai tersebut. Keluhan dilepaskan. Dia tahu yang Hafiz sukakan gula-gula Dynamite yang berada di kedai itu.

Lagipun, dia sudah mendapat gaji seminggu yang lepas. So--- apa salahnya kalau dia belanja Hafiz?

"Jom."

Hafiz terpinga-pinga apabila Fia membawa ke kedai itu. Apabila Fia mengambil gula-gula itu, terus sahaja dirinya memeluk ibunya itu.

Tak sangka---

Fia yang sedang mengambil gula-gula itu terhenti dan memandang Hafiz yang sedang memeluknya. Senyuman kecil dilorekkan sebelum kepalanya digelengkan.

"Ni berapa kak?"

"4 biji 50 sen."

Dia mengangguk dan mengeluarkan wang kertas berwarna hijau lalu diserahkan kepada cashier itu.

Hafiz membulatkan matanya. Banyaknya!

"Ibu--- banyak nya."

Fia hanya diam. Dia membawa Hafiz mendekati kereta Myvi nya yang dipakirkan berdekatan kedai itu.

Namun---

Buk!

Hafiz mememgang lengan Dia yang sudah terjatuh kerana dilanggar seseorang.

"Eh? Puan? Puan okay?"

Fia yang berasa geram lantas memandang ke arah jejaka tersebut. Tetapi tiba-tiba sahaja mulutnya terkunci rapat.

Badannya menggeletar teruk dan matanya mulai memanas.

.

.

.

"Dan--Daniel?"

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Secret -What they're Hiding-Where stories live. Discover now