Sakit

44 8 0
                                    

Isya Cast.

Aku memandang Eena yang sedang menjamah butter prawn yang dimasak nya sebentar tadi.

"Weyh, Isya. Kau dah kenapa? Pandang Eena macam nak makan ja." Tegur Rissa.

Aku menggeleng.

Habis sahaja kami menikmati dinner, aku memanggil Rissa, Yana dan Eena ke bilikku.

"Kenapa Isya?" Aku memandang Eena.

Nafas dihela berat. Kenapa Eena?
Aku memeluk Eena dengan erat.

"Woah, woah, kau kenapa Isya?" Soal Rissa apabila aku memeluk Eena kemas.

Namun Eena hanya bereaksi kosong.

"Kenapa kau sorokkan hal ni Eena?"

Kelihatan Eena menjungkitlan keningnya tanda menyoal apa yang dimaksudkan Yana.

"Kenapa kau tak cakap yang kau sakit?"

Eena hanya tersenyum senget.

"You means... This?"

Kami semua memandang Eena dan kelihatan Eena menutup mata.

Matanya dibuka kembali namun..

Aku berganjak ke belakang.

Seram!

Mana taknya, iris mata Eena bukan lagi berwarna hijau emerald, namun...

Berwarna kuning terang.

"Kk... Kau siapa?" Soal Yana.

Klak!

Kami bertiga menoleh dan kelihatan Alexa dan yang lain menyerbu masuk ke dalam bilikku.

Eish, no privasi langsunglah.

"Eena..."

Kata-kata Xariel terhenti apabila memandang iris mata Eena yang kekuningan.

"It's me, Hailey." Hailey duduk di atas katilku sambil menyilangkan kakinya.

"Ke.. kenapa dengan Eena?" Soal Rissa kepada Xariel.

Xariel mengeluh dan memandang kami bertiga.

Iyyan Cast.

Aku memandang telefon aku. Haish, si Isya ni takkan tak tahu yang diri tu dah bersuami. Takkan nak telefon tanya khabar sekejap pun tak boleh?

"Iyyan? Kenapa ni?" Soal Abah. Aku menggeleng.

Taknaklah Abah tahu yang aku tengah tunggu panggilan Isya.

Mahunya Ibu dengan Abah menyakat lagi sudah.  Tak sanggup.

"Apa lagi abang? Tunggu anak kesayangan abang tu telefonlah."

Aku hanya menundukkan kepala apabila melihat Abah dan Ibu yang tersengih-sengih memandangku.

Ahhh, bala...

"Err... Tak lah Ibu. Iy.. iyyan tunggu PA Iyyan hantar...ah, email. Lagipun, Ibu dengan Abah tahu kan yang Iyyan tengah uruskan company arwah parents Iyyan."

Ibu hanya mengangkat bahu.

"Eleh, dah rindu cakap rindu. Tak payah nak dijunjung sangat ego kamu tu." Usik Ibu.

Aku hanya tersengih kerang busuk.

"Abah, Isya sebenarnya pergi ke mana?" Soalku.

Abah yang sedang menghirup air teh buatan Ibu terhenti.

"Entah. Tapi katanya dia akan balik lagi dua minggu."

"Ouh, okay bah."

Rissa Cast.

The Secret -What they're Hiding-Where stories live. Discover now