"nama dia Nawal Akasya, kerja as pilot selama 2 years" kata Daiyan. "ada gambar dia tak" tanya Haura. Daiyan menunjuk gambar Nawal kepada Haura. Haura terkejut melihat gambar itu, kerana dia kenal lelaki itu. Sudah 3 kali mereka bertemu. "kau ok tak ni" tanya Daiyan. "ok, aku ok sangat. Jangan risau" balas Haura. "kau tak ok, baik kau cerita kat aku" ujar Daiyan. "aku boleh tolong kau if ada apa-apa" kata Daiyan. Sebagai kawan dia faham perasaan Haura, dia risau tentang Haura yang bersikap pelik itu. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan.
"Zhafran curang dengan aku" jujur Haura terus. "aku baca mesej dia" jujur Haura lagi. Haura berasa sempit, fikiran dia bercampur aduk. Dia berkongsi dengan Daiyan kerana tidak sanggup tersakiti seorang diri.
Dalam Talian
"Haura sihat?" -Puan Zurin
"sihat, mama papa?" -Haura
"sihat alhamdullilah, Haura dengan Zhafran ok?" -Encik Haazreen
"okay je" -Haura
"bulan depan mama balik Malaysia" -Puan Zurin
"okay, tak sabar nak jumpa" -Haura
"take care ya, jaga suami baik-baik" -Encik Haazreen
Zhafran melihat Haura yang tidak bercakap dengannya selama 3 hari. Dia tidak dapat untuk bertanya apa yang dibualkan dengan mak dan bapa mertuanya. Haura menuju ke tandas di tingkat atas untuk mandi. Lama kelamaan dia turun dari bilik dengan beg.
"izinkan saya tidur kat rumah Daiyan" kata Haura tiba-tiba. "kenapa?" tanya Zhafran. "Daiyan nak balik kampung dia lama, so saya nak spend time dengan dia boleh?" tanya Haura lembut. Tanpa bertanya lebih, Zhafran mengangguk perlahan. Haura dengan bergegas menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan rumah banglo itu.
"akak Nad tak balik sini ke?" tanya Evelyn sambil menghirup kopi latte. "bila kita nak kahwin dia baliklah" balas Nawal selamba. "alaa ok, nanti i bagitahu jawapan but not now" ujar Evelyn. "tak, i tak fahamlah dengan you. You ada orang lain ke?" tanya Nawal laju. Evelyn tersedak. "you nak gaduh dengan i ke?" tanya Evelyn. "i tak suka lama-lama tunang, bukannya halal pun" jujur Nawal. "i nak baliklah, you naik grablah balik" kata Nawal. "Nawal??!!" jerit Evelyn.
Hari demi hari, perut Haura mula membentuk. Dia tidak dapat keluar dari rumah kerana ingin menyorok dari Zhafran. Daiyan berusaha mencari Nawal demi kawannya yang dicurang oleh suami sendiri.
"aku dah jumpa Nawal tinggal dekat mana" kata Daiyan
"ni nombor telefon dia" kata Daiyan lagi.
"nanti kau bawak aku jumpa dia boleh" tanya Haura.
Daiyan hanya mengangguk faham akan kata Haura.
AUSTRALIA
"awak tak nak pujuk Hazrin ke berbaik dengan Haura?" lembut Nayli bertanya. "tahlah. Hazrin tu keras kepala, susah nak cakap dengan dia" balas Haris. "saya bukan apa, kesian Haura. Dia tu innoncent sangat" ujar Nayli. "nantilah saya cakap dengan Hazrin, next month mama papa balik Malaysia. Kita pun baliklah ya" kata Haris. "tak sabar nak jumpa dorang, rindu" balas Nayli.
Air ketuban Haura mula pecah, dia menelefon Daiyan tetapi tidak dapat. Dia mencari kunci kereta di dalam beg tangannya dan bergegas ke kereta. Haura memandu dengan laju ke hospital, dia menjerit kesakitan. Dia sempat menelefon Daiyan.
"aku rasa aku dah nak beranak, aku drive sendiri pergi hospital." kata Haura sambil memandu.
Belum sempat Daiyan bersuara, Haura menamatkan panggilan. Haura sempat hantar lokasi hospital kepada Daiyan. Daiyan yang berada di Perak atas urusan kerja itu, dengan laju memandu pulang ke Kuala Lumpur. Daiyan mendail nombor seseorang di tv kecil keretanya.
"hello, saya Daiyan. Saya nak awak pergi hospital sekarang, saya hantar location dekat awak nanti" kata Daiyan. "mana awak dapat nombor saya, siapa kat hospital" tanya Nawal pelik. "nanti saya explain, tapi awak kena tolong saya dulu" ujar Daiyan.
Tanpa berfikir panjang Nawal bergegas ke hospital. Dia berfikir apa yang jadi, siapa yang berada di hospital? Macam mana si Daiyan kenal dia? Sampai di hospital, Nawal mencari wad yang dimana Haura dimasukkan. Dia membuka pintu wad, dan nampak Haura yang sedang meneran untuk bersalin.
"cik suami ke?" tanya nurse tiba-tiba. "s-saya" tergagap Nawal. Haura yang nampak kehadiran Nawal itu dengan segera menjawab. "ya, dia suami saya" balas Haura. "sila masuk cik, cik boleh pegang tangan isteri cik dan bagi semangat" kata nurse itu. Nawal dengan paksanya masuk ke bilik itu dan berdiri seperti patung di sebelah Haura. Haura menjerit kesakitan. Nawal memegang baju Haura kerana dia tidak boleh memegang tangan Haura.
"lagi sikit" kata Doktor. "awak boleh" bisik Nawal perlahan.
Setelah keluar bayi itu, Haura tidak menyedarkan diri. Nawal masih tidak lepas memegang baju Haura. Doktor memeriksa nadi Haura dengan segera. Nawal ditolak ke tepi.
YOU ARE READING
Yang Dihargai
Historia Corta"she need a freedom" -Nawal Akasya Kisah Nawal dan Haura yang disatukan bersama "saya nak awak lepaskan saya, itu yang terbaik buat saya dengan Daryan " -Haura Adelia "i know i salah, i'm sorry" -Evelyn