Beberapa minggu tanpa suami di sisi, Haura terasa sunyi. Kini, dia memikir semula adakah keputusan yang dia buat itu betul? Adakah Nawal akan hidup bahagia dengan Syaza? Tetapi dirinya macam mana apabila mereka berdua berkahwin. Semua itu tertanya di dalam fikiran Haura, mungkin dia berkata seperti itu tetapi hatinya berkata tidak. Mungkin dia sudah mula sayangkan Nawal.
"ada apa akak datang?" tanya Haura. "betul ke keputusan yang Haura buat ni?" tanya Nadderan. "Haura betul ke tak ada sikit perasaan dekat Nawal? betul ke Haura sanggup bermadu" tanya Nadderan. "ok, akak mengaku. Memang Nawal betul tergilakan Syaza dulu. But Haura tahu tak betapa susahnya dia nak move on and tunang dengan Evelyn, tapi Evelyn buat hal" kata Nadderan. Haura masih diam tidak berkata apa-apa. "akak nak Haura fikir betul-betul" kata Nadderan.
Sambil mengemas rumah, telefon Haura berbunyi. Dia melihat mesej dari mamanya.
"how are you? Haura dengan Nawal okay" -Puan Zurin
"nope ma, tak okay" -Haura
"why? gaduh ke" -Puan Zurin
"yup just hal kecik je, jangan risau. Nawal still kerja, nanti dia balik Haura cakap dengan dia" -Haura
"okay kalau macam tu, apa-apa bagitahu ya. And remember he's your husband" Puan Zurin
"okay, kirim salam dekat papa. Take care" -Haura
Perbualan mereka berhenti di situ. Haura berhenti mengemas dan menuju ke bilik untuk menunaikan solat. Setelah memberi salam, air matanya mengalir.
Hari demi hari dia menunggu kepulangan Nawal, akhirnya Nawal pulang. Dia menyalam tangan Nawal dan membawa beg roda itu masuk ke dalam bilik. Lalu menyediakan makanan untuk Nawal, Nawal duduk di meja makan itu dan mengisi perutnya. Setelah selesai makan malam, Nawal duduk di ruang tamu bersama Haura. Suasana masih kekok seperti biasa. Tiada yang ingin bersuara dahulu. Haura berdiri, tetapi tangannya dipegang Nawal.
"kenapa awak kahwin dengan saya?" tanya Haura. "kenapa awak ikhlas dengan saya?" tanya Haura lagi. Nawal berdiri dan melepaskan tangan Haura. "Haura?" lembut Nawal. " saya cakap macam tu sebab, saya tak cintakan awak!!!!" jerit Haura. "tapi saya cintakan awak" perlahan Nawal. Semuanya huru-hara, mereka berdua memikirkan benda yang berlainan. "saya mintak maaf Nawal, kalau selama ni saya cakap macam tu buat awak terasa. Terpulang dekat awak kalau awak tak nak kahwin dengan dia." kata Haura. "saya perlukan masa" kata Haura. Nawal memegang tangan Haura, tapi Haura melepaskannya.
"kalaulah dia tak lepas tangan aku masa tu" kata hati Nawal. Dia meluahkan semuanya kepada satu-satunya kakak yang boleh dipercayai. Nadderan juga tidak tahu apa yang perlu dibuat sekarang. Apa yang akan jadi terhadap hubungan Nawal dan Haura? Adakah Nawal akan buat keputusan untuk berkahwin dengan Syaza. Nadderan cuba untuk tenangkan Nawal yang seperti orang tidak tentu arah.
Haura berseorangan di rumah bersama Daryan, dia menghubungi Puan Zurin memberitahu bahawa dia tidak berada dalam keadaan baik. Dia menangis sambil menceritakan semuanya kepada Puan Zurin.
YOU ARE READING
Yang Dihargai
Conto"she need a freedom" -Nawal Akasya Kisah Nawal dan Haura yang disatukan bersama "saya nak awak lepaskan saya, itu yang terbaik buat saya dengan Daryan " -Haura Adelia "i know i salah, i'm sorry" -Evelyn