Yang Dihargai

233 20 0
                                    

Airport Malaysia

"Haris busy, so aku kena ambik korang" kata Hazrin yang baru pulang dari Perak. "sorry kalau menyusahkan" ujar Zhafran lembut. Haura tidak berkata apa-apa, dia cuma kekok dengan kehadiran abang keduanya. Hazrin dan Haura pernah bergaduh sehingga hubungan mereka menjadi tidak rapat dan Haris menjadi orang tengah mereka. 

Sampai di rumah, Haura menuju ke mesin basuh untuk mencuci pakaiannya. Itulah kerjanya sebagai seorang isteri, tiada masa untuk rehat. Selesai mencuci pakaian, dia mengeluarkan bahan-bahan untuk dimasak buat tengah hari. Zhafran cuma berehat di atas sofa dan bermain dengan telefon sementara Haura sibuk di dapur. 

Sebuah kereta BMW masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat itu. 

"bila you balik Malaysia?" tanya Nawal. "semalam, i nak call you but takut you busy so tu yang i datang" balas Evelyn. "call je la, lagipun you tunang i" kata Nawal. "mummy papa ada kat rumah ke?" tanya Evelyn. "mummy je, papa work" balas Nawal. "i balik dululah, dah jumpa you kira ok lah. You rest dulu, nanti kita keluar" kata Evelyn lembut. Belum sempat Evelyn melangkahkan kakinya, Nawal menarik bajunya. 

"you still nak tangguh wedding kita ke?" perlahan Nawal bersuara. 

Evelyn tersinggung dengan kata Nawal, dia tidak dapat menjawab soalan tunangnya itu. 

"give me 2 weeks, don't worry" kata Evelyn lalu membuka pintu keretanya. 

4 Months Later

"tahniah, puan pregnant" Haura tersenyum memikirkan kata doktor yang dia telah mengandung setelah pulang dari klinik. Dia memandu dengan perasaan gembira dan tidak sabar untuk berkongsi berita yang baik kepada suami dan keluarganya. Tiba-tiba keretanya terhenti di tepi jalan, minyak keretanya habis. 

Haura keluar dari kereta dan mencari stesen minyak yang berdekatan, dia menelefon suaminya tetapi tidak diangkat. Dia bergegas mengambil botol dari bonet kereta dan meninggalkan keretanya di tepi jalan untuk mencari stesen minyak. Sampai di kereta, dia ternampak seorang lelaki menunggu di belakang keretanya. 

"cik siapa?" tanya Haura. Lelaki itu pusing dan memandang Haura. "eh? awak?" jerit Nawal. "saya tengok kereta awak kat sini, then saya bagi minyak saya sikit" jujur Nawal. "oh thanks, saya pergi cari stesen minyak. Awak ambiklah sikit" kata Haura. "pregnant eh?" tanya Nawal tiba-tiba. "mana awak tahu?" kata Haura. "sebab awak pegang-pegang perut tu, baru tahu eh. Yela perut masih kecik" ujar Nawal. "haah" pendek Haura menjawab. Nawal dengan cepat membantu Haura mengisi minyak dan terus meninggalkan Haura. Dia tahu yang Haura akan berasa tidak selesa jika mereka berduaan di situ lama-lama. 

"kenapa you kahwin dengan dia?" tanya Evelyn. "then kenapa you tunang dengan dia" tanya pula Zhafran. Soalan berbalas soalan, mereka berdua hanya menjawab dengan soalan. Masing-masing tidak mahu menjawab dengan jujur. "yes i tunang dengan Nawal, sebab dia suka i but i tak suka dia" kata Evelyn. " then asal you tunang dengan dia, boleh je you tolak" ujar Zhafran. "it's mean you loved him, so now kita berhenti hubungan ni. I ada wife and you kena kahwin dengan tunang you" tegas Zhafran. "oh so you bolehlah lupakan i, you tak jujur dengan wife you" kata Evelyn. "i tak suka Nawal" marah Evelyn. Evelyn meninggalkan Zhafran di restoran itu.

Haura sampai di rumah, dia mencari-cari suaminya tetapi tiada bayangan. Dia mengambil air suam dari dapur dan membasahkan tekaknya yang kering setelah berpeluh berjalan kaki mencari minyak. Dia baring di atas katil di biliknya, dia cuba menghubungi suaminya. Telefon Zhafran ditinggalkan di tepi katil, Haura mengambil telefon Zhafran lalu membukanya. Whatsapp bersama Evelyn yang dinampaknya, Haura membaca mesej suaminya bersama wanita bernama Evelyn itu. 

"semalam i nampak Nawal kat Australia, that's why i sorok belakang you. -Evelyn

"oh, nasib tak kantoi" -Zhafran

"monday kita jumpa tau, i balik Malaysia sabtu" -Evelyn

"ok, take care. Tak sabar nak jumpa" -Zhafran

"but i kena jumpa Nawal dulu, takut dia sedih pulak" -Evelyn

"HAHA ok, i pun kena pujuk wife i supaya dia tak syak" -Zhafran

Haura berhenti membaca mesej itu, dia berasa sesak nafas. Dia meletakkan telefon itu dengan keadaan yang sama seperti mana telefon itu berada agar tidak diketahui suaminya. Dia menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk lalu menunaikan solat zuhur. Selesai solat, air matanya mengalir sedikit demi sedikit. 

Kereta BMW itu dengan laju berhenti di depan kafe itu. 

"kau asal bawak macam tu?" tanya Daiyan iaitu kawan rapat Haura. "a-aku" Haura tergagap untuk berkata. "calm down, tarik nafas. Why?" tanya Daiyan lembut. "aku nak kau tolong aku cari orang nama Nawal" kata Haura. Mata Daiyan mula membesar. "Nawal? kenapa dia siapa" tanya Daiyan. "nanti aku explain" balas Haura. Tanpa soalan Daiyan mengeluarkan telefonnya dan menelefon seseorang. 



Yang DihargaiWhere stories live. Discover now