Yang Dihargai

206 24 3
                                    

"habistu awak nak saya buat apa?" tanya Haura. "awak ingat saya masih ada perasaan dekat Syaza?" balas Nawal. 

Perbualan mereka berhenti di situ, Nawal mengundurkan dirinya. Dia tidak mahu bergaduh dengan Haura, lalu dia keluar dari rumah itu. Haura terduduk, dia berasa serba salah dengan kata-katanya tadi. Dia memegang dadanya seperti dicucuk dan menjerit.

Tanpa disangka, Nawal hanya mendiamkan diri di depan keluarganya. Dia tidak bersuara, dia tidak mempunyai minat untuk menceritakan tentang apa yang terjadi pada malam itu. Nadderan seperti dapat meneka apa yang terjadi tetapi dia tidak berani untuk menanya apa-apa kepada Nawal. Setelah lama Nawal duduk di rumah keluarganya, dia keluar dari rumah itu. 

"what is it, Nawal?" tanya Nadderan. "Haura suruh Nawal kahwin dengan Syaza, kitaorang gaduh malam tadi" jawab Nawal. "Haura cakap macam tu?" tanya lagi Nadderan. Nawal mengangguk. "kenapa akak bagitahu dia pasal Syaza?" tanya Nawal. "akak just tak nak Haura fikir bukan-bukan, lagipun she's you wife so dia kenalah tahu" ujar Nadderan. "it's getting worse, kak" kata Nawal lalu masuk ke dalam kereta. 

Haura mengambil kunci keretanya, lalu mendukung Daryan dan menghantar ke rumah Daiyan. Dia memandu kereta tanpa hala tuju, dia memikirkan semula tentang kata-kata Nawal malam tadi. Dia berhenti di suatu tempat, lalu dia keluar dari kereta dan duduk di kerusi di depan tasik. Tiba-tiba seseorang lelaki menghampiri Haura dan duduk di sebelah Haura. Lelaki itu memegang bahu Haura, Haura pusing ke kiri dan bertentang mata dengan lelaki itu. 

Tiba-tiba air matanya mengalir. 

"kenapa Haura menangis?" tanya Hazrin. "mana abang tahu Haura ada dekat sini?" tanya Haura. "abang ada kerja kat sini, jalan-jalan tadi ternampak Haura"kata Hazrin. "lepas Haura balik honeymoon, Nawal jumpa abang" ujar Hazrin. "kenapa dia jumpa abang?" tanya Haura. "dia cakap dia nak kita berbaik, sebab dia tak nak Haura sakit lagi" kata Hazrin. "bila fikir balik, benda yang kita gaduhkan dah bertahun. Abang mintak maaflah pasal benda yang jadi" kata Hazrin. Haura hanya diam. "Haura gaduh dengan Nawal" kata Haura. "waktu Haura tahu dia nak kahwin dengan Haura, apa yang Haura fikir" tanya Hazrin. "Daryan" jawab Haura. 

Nawal sampai di rumah, tetapi tiada orang. Dia keluarkan telefonnya dan mendail nombor Haura tetapi dia menutup semula telefonnya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi, panggilan dari Daiyan. 

"and Haura rasa Nawal pulak macam mana?" tanya Hazrin. "jadi abang nak cakap dia kahwin dengan Haura sebab Haura bukan Daryan?" kata Haura. "kalau Haura kenal dia baik-baik, semuanya akan terjawab" ujar Hazrin. 

Haura dan Nawal bertemu di rumah, situasi menjadi sangat tegang dan kekok. Haura terus menuju ke dalam biliknya. Nawal melihat kelakuan Haura, dia berasa buntu dan tidak tahu macam mana mahu memulakan perbualan dengan Haura. 

Hari esoknya, Nawal bersiap dengan pakaian juruterbangnya. Dia menunggu Haura untuk turun dari bilik. 

"kalau awak nak saya kahwin dengan Syaza, saya akan kahwin" kata Nawal. "perasaan saya dekat Syaza dah tak ada , Haura. Cukuplah dia sedar" ujar Nawal. 

Haura hanya diam, dia tidak cuba menahan Nawal. Dia cuma berdiri seperti patung. Apa yang difikirkan oleh Haura. 

Yang DihargaiWhere stories live. Discover now