"awak dengan Daryan ok?" tanya Nawal. "okay, kitaorang happy je berdua" balas Haura. "bila awak nak balik jumpa Zhafran?" tanya Nawal. "mungkin lambat lagi, sebab saya tak rasa nak tengok muka dia" ujar Haura. "awak jumpa dia nanti nak cakap apa?" tanya Nawal lagi. "mintak cerai" jawab Haura. "saya mintak maaf, kalau saya cepat kahwin dengan Evelyn mungkin dorang akan stop jumpa" kata Nawal. "jadi awak rasa ini salah awak?" tanya Haura. Nawal hanya diam.
Sebuah kereta masuk di dalam halaman rumah banglo itu, dia menghempas pintu keretanya dan dengan laju menuju masuk ke dalam rumah itu.
"Hazrin?" kata Haris.
Hazrin dengan muka marah itu masuk ke rumah Haris.
"kau tahu yang Zhafran curang dengan Haura?" tanya Hazrin tegas. Haris yang sedang minum air itu tersedak. Nayli dengan laju menuju ke ruang tamu setelah mendengar perbualan mereka.
"aku nampak Zhafran dengan perempuan semalam, siap pegang tangan" kata Hazrin. "oh tu sebab dia pregnant, Zhafran tak tahu rupanya dia dah tahu" ujar Hazrin. Tanpa pernyataan Haris dan Nayli percaya dengan kata-kata Hazrin. Hazrin mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menunjukkan bukti yang dia mengambil gambar Zhafran dan perempuan itu.
Sampai di rumah, Nawal memberi Haura sesuatu.
"saya bagi telekung je, sebab semalam kakak saya beli untuk tunang saya. Tapi saya nak bagi awak" kata Nawal. Daiyan yang berada di sebelah mereka dengan segera masuk ke dalam rumah. "thanks" pendek Haura balas. "walaupun kita keluar bertiga dengan Daiyan tadi, saya rasa selesa sangat" kata Nawal. "oh sorry, saya tak patut lama-lama" ujar Nawal.
"patutlah dia kata nanti dia explain, pasal ni rupanya" kata Haris. "suruh dia datang sekarang" tegas Hazrin. Nayli dengan tergesa-gesa menelefon Haura. "Hazrin bertenang, aku tahu kau marah tapi janganlah kau nak lepaskan kat dia sangat. Dia baru habis pantang" ujar Haris. "ya memang aku marah, dia tu suka buat orang risau. Ni kalau aku bagitahu mama papa mahu dorang kena heart attack." kata Hazrin. Haris tidak dapat berkata apa-apa, semua yang dikata Hazrin itu betul.
Dalam perjalanan ke rumah Haris, Daiyan berhenti di stesen minyak. Sementara Daiyan membayar, dia ditegur oleh seseorang.
"Daiyan?" tegur Zhafran.
"Zhaf?" gagap Daiyan. "sorang ke? Haura mana" tanya Zhafran. "dia dekat rumah, kejap lagi kitaorang nak keluar. Isi minyak jap" balas Daiyan. "oh, dia busy ke. Aku call tak angkat, rindu. Bila dia nak balik" kata Zhafran. "itulah dia nak call kau tapi dia kata nak buat surprise so kau tunggu jelah" jawab Daiyan. "oh okaylah, nanti cakap kat dia yang aku rindu dia. Nanti free suruh dia call aku" kata Zhafran. "okay jumpa lagi" balas Daiyan.
Daiyan dengan segera mengisi minyak dan memandu meninggalkan stesen minyak itu.
"dia kata dia rindu kau" kata Daiyan. Haura mengabaikan kata Zhafran itu yang disampaikan dari Daiyan. Dia sudah membenci suaminya itu.
Puan Hana dan Encik Naufal sebagai kedua ibu-bapa Nawal. Mereka berdua bekerja sebagai pensyarah di Universiti semenjak umur 30 hingga 40. Mereka berjanji setelah Nawal kahwin dan dianugerahkan seorang cahaya mata mereka akan bersara bersama dan hanya menumpukkan perhatian kepada cucu mereka.
"mama tak nak try tanya parents Evelyn ke?" tanya Nadderan. "mama ada call dia semalam, tapi tulah dia kata kena tanya Evelyn" balas puan Hana. "peliklah dia tu, time tunang beria nak kahwin sekarang tangguh" ujar Nadderan. "maybe dia tak ready nak tinggalkan masa bujang dia" lembut encik Naufal kata. "Nad bukan apa tau, Nawal tu memang like Evelyn. Kalau boleh dia nak cepat kahwin." kata Nadderan. Puan Hana dan Encik Naufal hanya terdiam.
Pintu rumah diketuk, Nayli membukanya. Daryan yang sedang didukung oleh Haura itu diambil oleh Nayli, Nayli memegang tangan Daiyan dan mereka menuju masuk ke dalam bilik. Haura sampai di ruang tamu, dia melihat muka abang-abangnya yang sedang marah itu.
Tanpa berkata apa-apa, Haris meletakkan telefon ke tangan Haura. Haura melihat gambar itu dan terkelu.
"bestke? simpan sorang-sorang. Sakit sorang-sorang" tegas Hazrin. "baguslah kalau abang dah tahu, tak payah Haura nak explain" balas Haura selamba. "kalau aku bagitahu mama papa sekarang, macam mana?" tanya Hazrin. "Hazrin" jerit Haris.
"sometimes hurt in silenced is the best, but once the silenced become loud that's the worstest" -Haura Adelia

YOU ARE READING
Yang Dihargai
Короткий рассказ"she need a freedom" -Nawal Akasya Kisah Nawal dan Haura yang disatukan bersama "saya nak awak lepaskan saya, itu yang terbaik buat saya dengan Daryan " -Haura Adelia "i know i salah, i'm sorry" -Evelyn