"awak tak sedih ke?" tanya Haura. "buat apa saya nak sedih dekat orang macam tu" balas Nawal. "tapi lepas Syaza koma, dialah yang selalu dengan saya. Macam mana saya tak boleh cintakan dia" kata Nawal. Haura mendekati Nawal, dia memeluk Nawal.
Setelah seminggu mengisi masa di Langkawi bersama, Haura dan Nawal pulang ke rumah mereka. Mereka membuat keputusan untuk melawat Evelyn.
"macam mana honeymoon you guys?" tanya Puan Damya. "okay, tempat dia pun cantik" balas Haura. "baguslah, kalau Haura suka" ujar Puan Damya. "Haura, nanti kita lunch sekali. I masak" kata Nadderan. "sure" balas Haura. Sembang-sembang, tiba-tiba Nawal dapat panggilan dari seseorang. Dia bangun dari duduk dan menuju ke luar untuk menjawab panggilan itu. "helo?" jawab Nawal. Seorang wanita berumur 50 an menelefon Nawal. "Nawal?, ni aunty Sara. Syaza dah sedar. Dia sebut nama Nawal" kata wanita itu. Nadderan perasan Nawal yang sedang bercakap di telefon itu dan mendengar perbualan mereka.
"alhamdullilah, Nawal datang sekarang" balas Nawal. "akak, Syaza dah sedar. Nawal nak pergi hospital tengok dia" ujar Nawal. Riak wajah Nadderan tidak menentu, sama ada dia mahu gembira atau risau. Dia berfikir adakah Nawal masih sayangkan Syaza walaupun Haura sudah menjadi isterinya. Dia memegang tangan Nawal seperti tidak mahu melepaskan Nawal melawat Syaza.
"Nawal, masih tunggu dia ke. Haura macam mana?" tanya Nadderan. "Syaza sedar dia terus panggil nama Nawal, takkan Nawal tak jumpa dia" balas Nawal. "akak faham, pergilah" kata Nadderan.
Sampai di rumah, Nawal terus menuju ke biliknya. Haura tidak sedar kepulangan Nawal itu kerana dia tertidur di sofa. Nawal ternampak Haura yang tertidur di sofa itu, lalu mengangkatnya ke dalam bilik. Dia menyelimutkan Haura dan mendodoikan Daryan.
"awak pergi mana semalam?" tanya Haura. "hospital, kawan saya baru sedar" balas Nawal. "actually, Syaza dengan Nawal lagi sikit je nak sah jadi suami isteri tapi tiba-tiba Syaza accident and dia koma sampai sekarang. But now dia dah sedar" kata-kata itu bermain di dalam fikiran Haura. Setelah Nawal keluar rumah, Nadderan sempat menceritakan tentang hubungan Syaza dan Nawal sebelum kehadiran Evelyn. "boleh tak saya nak jumpa Daiyan hari ini" tanya Haura. "boleh, nanti Daryan saya hantar dekat rumah mama. Saya pun nak keluar pergi hospital balik" kata Nawal.
Air kopi di depan tidak diusik, Daiyan melihat Haura yang termenung lama itu. Dia menepuk bahu Haura tetapi Haura masih tidak sedar.
"Haura Adelia!" jerit Daiyan. Haura terkejut dan memandang Daiyan yang memanggilnya. "kau ajak aku keluar, then kau termenung asal ni?" tanya Daiyan. "tak ada apa-apa, cuma penat" balas Haura. "asal? kau gaduh dengan Nawal ke?" tanya Daiyan lagi. "aku tak surelah, dia baik sangat dengan aku. Sampai aku fikir bukan-bukan" jawab Haura. "oh, itu maksudnya dia dah start suka kau la tu" kata Daiyan.
Nawal sampai di hospital, dia terserempak dengan Nadderan. Dia meneruskan perjalanannya ke wad Syaza. Sampai di wad, dia duduk di sebelah Syaza.
"congrats Nawal" kata Syaza. "for?" pelik Nawal. "awak dah kahwin kan" ujar Syaza. "oh, kak Nad bagitahu ya" tanya Nawal. "saya mintak maaf sebab tinggalkan awak sorang time hari pernikahan kita" kata Syaza. "apa awak cakap ni, semua yang jadi bukan salah awak" balas Nawal. "kenapa awak tak bawak isteri awak" tanya Syaza. "esok saya bawak dia" balas Nawal.
Malam itu, Haura pulang setelah mengambil Daryan. Dia menunggu kepulangan Nawal. Sambil menunggu, dia mengemas rumah dan memasak makanan untuk Nawal. Kereta Honda memasuki rumah itu.
"saya ada benda nak cakap" kata Haura. "cakaplah" balas Nawal. "apa kata awak kahwin dengan Syaza" ujar Haura. Nawal terdiam, dia juga terkejut kerana muka Haura seperti serius. "apa awak cakap ni?" tanya Nawal. "yela, dia kan cinta pertama awak. Jadi dia sedar sekarang, and saya benarkan awak kahwin dengan dia" kata Haura. "sanggup awak cakap macam tu dekat suami awak, Haura? awak ingat kahwin ni senang ke" marah Nawal.
YOU ARE READING
Yang Dihargai
Short Story"she need a freedom" -Nawal Akasya Kisah Nawal dan Haura yang disatukan bersama "saya nak awak lepaskan saya, itu yang terbaik buat saya dengan Daryan " -Haura Adelia "i know i salah, i'm sorry" -Evelyn