"tahniah cik, cik dapat anak lelaki" kata Doktor kepada Nawal. Nawal cuma senyum dan mengangguk kerana dia masih terkejut dengan apa yang terjadi. "isteri cik dalam keadaan stabil sekarang" kata Doktor. "terima kasih doktor" balas Nawal.
Setelah berjam-jam, Daiyan akhirnya sampai di hospital. Haura pula mula sedar dan matanya hanya tertumpu kepada Nawal yang mendukung anaknya. Daiyan yang berada di sebelah Haura itu berasa lega melihat bayi dan kawannya berada dalam keadaan selamat.
"aku suruh dia datang" kata Daiyan. "aku dah call aunty uncle, abang Haris dengan kak Nayli dalam flight" balas Daiyan. Haura hanya mengangguk. "abang Hazrin pun datang nanti, cuma Zhafran tak tahu" kata Daiyan lagi. Nawal meletakkan bayi itu di sebelah Haura. "saya dah azankan dia tadi, sebab husband awak tak datang" kata Nawal. "thank you" balas Haura.
"awak nak bagi nama apa, saya izinkan awak namakan anak saya. Sebab awak yang azankan" kata Haura tiba-tiba. Nawal terkejut dengan kata-kata Haura itu. "urm Daryan" kata Nawal lembut.
Puan Zurin dan Encik Haazreen sampai di Malaysia setelah berjam di dalam flight dari London. Mereka bergegas ke hospital. Haris dan Nayli sampai di hospital bersama Hazrin. Mereka tidak bertanya apa-apa kepada Haura. Haura cuma bediam diri kerana berasa serba salah tidak beritahu yang dia mengandung. Nawal dan Daiyan tercegat di situ, mereka tidak masuk campur hal keluarga Haura.
"kenapa Haura tak bagitahu mama?" tanya puan Zurin. "Haura ada something yang perlu Haura settle" balas Haura. "hal apa?" tegas Haris. "mama tak nak marah tau, sebab awak baru lepas bersalin. Tapi bila Daiyan telefon, mama terkejut" ujar puan Zurin. "ni Zhafran tahu tak?" tanya encik Haazreen. Haura menggeleng. "kau memang suka buat orang risaukan" kata Hazrin. Haris memukul Hazrin yang berkata begitu. "sorry ma, pa, abang dengan akak. Haura perlukan masa, bila Haura sedia Haura bagitahu kenapa Haura macam ni" kata Haura. Puan Zurin memeluk anak perempuannya itu tanpa memarahnya. Mereka faham mungkin ada benda yang jadi tetapi mereka tidak memaksanya untuk memberitahu.
Dalam Talian
"hello?" -Zhafran
"ya, ni Daiyan" -Daiyan
"Haura mana?" -Zhafran
"dia mandi" -Daiyan
"oh, dia ok ke? saya mesej dia tak balas pun" -Zhafran
"ok, maybe dia tak perasan kot mesej awak" -Daiyan
"oh mungkinlah, nanti dia dah habis mandi suruh dia call saya boleh. Rindu" -Zhafran
"okay bye" -Daiyan
Nawal yang berada di sebelah Daiyan memandang dengan mata tajam. Daiyan mematikan telefon Haura dan simpan ke dalam beg.
"kenapa awak tipu?" tanya Nawal. "tipu? saya cakap betul lah" balas Daiyan. Nawal hanya mengangguk kerana dia tahu dia tidak patut masuk campur hal mereka. "so boleh saya balik?" tanya Nawal. "oh ya, boleh kita discuss tempat lain?" kata Daiyan. Mereka meninggalkan hospital itu dan bergerak ke restoran berdekatan.
"saya tahu" kata Nawal. Mata Daiyan mula membesar. "so lelaki tu suami Haura?" tanya Nawal. "macam mana awak tahu?" tanya Daiyan. "dia tangguh wedding kitaorang, and saya nampak dia dekat Australia dengan lelaki lain." ujar Nawal. "then why awak tak putuskan tunang" tanya Daiyan. "kalau saya putus tanpa bukti ada ke orang percaya" kata Nawal. Daiyan hanya diam seketika. "Haura lagi tersakiti, dia dah kahwin and dah lahirkan anak suami dia. Tapi suami dia curang dengan tunang saya" kata Nawal. "Haura nak dedahkan hubungan diaorang dekat family dia, so awak okay ke" tanya Daiyan lembut.
Perbualan Daiyan dan Nawal berhenti di situ, Nawal beredar dari restoran itu. Daiyan memandu ke hospital semula. Keluarga Haura pulang ke rumah mereka yang berada di Jalan Tunku Abdul Rahman yang dibeli untuk Haris dan isterinya tetapi mereka memutuskan untuk tinggal di Australia.
"aku dah bagitahu dia" kata Daiyan. "tengok muka kau, dia tak setuju kan" tanya Haura. Daiyan mengangguk. "it's okay, mungkin dia sayang kat tunang dia." kata Haura. "habis kau tak sayang suami kau ke?" tanya pula Daiyan.
"leave me, if that will make your life better but remember once you hurt me your life is not perfect" -Haura Adelia
YOU ARE READING
Yang Dihargai
Short Story"she need a freedom" -Nawal Akasya Kisah Nawal dan Haura yang disatukan bersama "saya nak awak lepaskan saya, itu yang terbaik buat saya dengan Daryan " -Haura Adelia "i know i salah, i'm sorry" -Evelyn