Yang Dihargai

618 30 0
                                    

Hari bermula dengan baju pengantin yang berwarna putih dipakai dan tudung putih disarungkan di kepala. Kasut bertumit tinggi disarung ke kaki kanannya. Tangan dipegang oleh seorang wanita yang memimpinnya ke depan pintu masuk masjid. 

Seorang lelaki berpakaian baju melayu putih dan bersongkok hitam berdiri di depan pengantin wanita lalu menyuap sepotong kek di mulutnya. Haris Daniel dipanggil dan juga dikenali sebagai abang sulung kepada Haura Adelia yang akan bernikah pada hari ini. 

"jangan nak balik rumah cari abang, lepas kahwin " kata Haris. "sorry ya, pandailah my husband jaga adik kesayangan abang ni" balas Haura sombong. "congrats...ingat, jangan lupa yang awak sebagai isteri orang dah" kata Haris dengan serius. Haura mengangguk faham akan kata-kata abangnya kerana dia tahu dia akan menjadi isteri orang dan tidak boleh bermanja seperti dulu. 

Haura melangkah masuk ke masjid dengan kaki kanan lalu duduk di bahagian belakang. Tangan pengantin lelaki di salam dengan Tok kadi yang akan mengangkat nikah mereka. Pengantin lelaki menarik nafas panjang sebelum majlis dimulakan. Haura memandang pengantin lelaki itu dengan penuh harapan. 

"Zhafran bin Kamalruddin. Aku nikah kan kau dengan Haura Adelia bt Haazreen dengan mas kahwin sebanyak rm 10 000. kata Tok Kadi. Zhafran menyalam tangan Tok Kadi dan mengambil nafas sebelum menyebutnya. "aku terima nikahnya Haura Adelia bt Haazreen dengan mas kahwin sebanyak rm 10 000" balas Zhafran. 

SAH!!! jerit Tok Kadi. 

Doa dibaca setelah selesai akad nikah. Zhafran berdiri dan duduk di depan Haura dan menyarungkan cincin di jaris manis kanan Haura. Haura menyalam dan mencium tangan Zhafran. 

4 bulan setelah berkahwin

"Haura dengan Zhafran macam mana?" tanya Nayli isteri Haris Daniel. "okay je kak" balas Haura. "korang tak nak pergi honeymoon ke? dah 4 months kahwin" tanya Nayli. "Zhaf busy, haritu Haura dah bagitahu dia. Nanti dia try ambik cuti, Haura pun busy sikit" ujar Haura dengan lembut. Nayli hanya memandang Haura yang seperti ada sesuatu disembunyikan darinya. 

Sebuah kereta mini cooper memasuki sebuah rumah teres. 

Zhafran mendekati kereta itu dan membantu Haura mengangkat barang yang dibawanya dari rumah abangnya. Tanpa bersuara Zhafran terus mengangkat dan menuju ke dapur. Haura terkelu dengan perbuatan suaminya. Tetapi dia faham, mungkin suaminya terlalu penat bekerja. Haura duduk di sofa dan tertidur. Setelah berjam tertidur di sofa, dia perasan stokinnya di buka dan di atas meja terdapat bihun goreng dan air milo panas yang disediakan oleh Zhafran. 

Haura naik ke bilik setelah selesai makan malam sendirian di bawah. Dia melihat Zhafran yang tertidur di depan laptop yang terbuka. Zhafran terjaga dengan kehadiran Haura, lalu dia menutup laptopnya dan menuju ke katil. 

"saya nak tanya something boleh" Haura bersuara sebelum Zhafran melelapkan matanya. "apa dia" pendek dibalasnya. "saya tahu awak busy tapi takkan nak bercakap dengan saya pun susah?" tanya Haura. Zhafran hanya diam tanpa menjawab soalan Haura. "tak apalah saya penat, saya tidur bilik sebelah malam ni" kata Haura. 

Zhafran menyiapkan sarapan pagi, Haura turun dari bilik dan terus duduk di meja makan. "sorry" satu perkataan keluar di mulut Zhafran. "saya tak nak gaduh jadi saya rasa saya salah sebab tak layan awak" kata Zhafran. Haura masih berdiam dengan menyuap nasi goreng dimulutnya. "saya ambik cuti 2 weeks, saya nak bawak awak pergi honeymoon" ujar Zhafran. Tangan Haura berhenti daripada makan, dan mata dia memandang suaminya. "ingat nak buat surprise that's why saya diam dengan awak, tapi awak merajuk" lembut Zhafran berkata. 

Sampai di lapangan terbang antarabangsa.

"have fun ya, and take care" kata Nayli. "Hazrin busy, dia kirim salam" kata Haris. Hazrin Alif abang kedua Haura yang bekerja sebagai doktor di Perak dan masih belum berumah tangga. "dah call mama dengan papa ke?" tanya Haris. "dah, parents Zhaf pun dah" balas Haura. Puan Zurin dan Encik Haazren parents kepada Haura bekerja di London dan tinggal di situ semenjak bercinta lagi. Kini anak mereka sudah besar dan berumah tangga tetapi mereka berjauhan. 

Dalam flight, Haura menuju ke tandas. Seorang pilot keluar dari tandas itu dan bertentang mata dengan Haura. "cik buat apa dekat sini?" tanya pilot itu. "saya nak guna tandas, kenapa?" balas Haura. "cik salah kot, sini tandas staff" kata pilot itu. Haura memandang pintu tandas itu yang ditulis 'staff only'. "oh sorry, tak perasan" kata Haura dengan malu. Dia dengan segera mencari tandas penumpang. 

Yang DihargaiWhere stories live. Discover now