Yang Dihargai

351 31 3
                                    

4 Bulan setelah ketiadaan Haura.

Nawal masih tidak sedarkan diri dari koma. Puan Damya terdesak, dia mahu Nawal cepat sedar dari koma. Dia juga berasa sedih setelah ketiadaan Haura, kini anak lelakinya pula. Tetapi Puan Damya dan Nadderan tidak berputus asa, mereka sentiasa menunggu Nawal untuk sedar dari koma.

Daiyan melawat Haura bersama Daryan.

"sorry lambat Haura" kata Daiyan. "Nawal accident, koma. Kenapa kau pergi dulu" ujar Daiyan. "anak kau perempuan, aku tak tahu nak bagi nama apa. Nawal dengan kau je yang tahu kan" kata Daiyan. "tak apa, rehatlah kau dah terseksa dengan Zhafran kan" kata Daiyan. "Zhafran dah tinggalkan Malaysia, dia sakit kanser. Dia nak rawat kat luar negara" ujar Daiyan. "aku balik dulu, aku akan rindukan kau." kata Daiyan sambil mengalirkan air mata.

Syaza juga melawat Nawal dan Haura setelah mendapat tahu tentang semua perkara yang berlaku kepada mereka.

Kini, Nawal mula sedar dari koma. Dia membuka matanya buat kali pertama selepas 4 bulan koma. Nadderan menadahkan tangan menunjukkan rasa syukur. Puan Damya juga berasa lega dan syukur dengan sedarnya Nawal.

"Haura? macam mana kak?" tanya Nawal setelah membuka matanya.

Nadderan mengalirkan air mata sebelum menjawab pertanyaan Nawal. "Haura dah tak ada, Nawal. Dah 4 bulan, Haura pergi" kata Nadderan. Nawal mula mengalirkan air matanya, dia tidak dapat terima kenyataan yang Haura sudah tiada. "anak Nawal selamat, anak Nawal perempuan." kata Nadderan. "Haura nak bagi nama anak kitaorang, Dhia Umairah" ujar Nawal. Nadderan mengangguk faham.

Nawal masih tidak boleh keluar hospital kerana dia masih belum sembuh sepenuhnya. Dia mendukung anaknya yang baru lahir buat kali pertama. Dia juga memeluk Daryan dengan kuat. Puan Damya memeluk Nawal, dia sangat gembira Nawal sudah sedar.

Malam itu, semuanya berakhir. Nawal tidak bangun dari tidur buat selamanya. Dia meninggalkan keluarganya dan anak-anaknya.

Puan Damya meraung dalam tangisannya, dia pengsan setelah mendapat tahu Nawal sudah tiada. Nadderan hanya menangis dengan kuat, dia dipeluk oleh suaminya.

"mama kena kuat" kata Nadderan. "Haura dengan Nawal pergi, macam mana nak kuat" balas Puan Damya. Nadderan faham perasaan mamanya. "tapi, kita dah buat yang terbaik. Kita satukan mereka, dorang saling cintakan sesama sendiri setelah disakiti" kata Puan Zurin. "Daryan dengan Dhia kita kena fikir siapa nak jaga" kata Puan Zurin.

Setahun kemudian.....

Daryan dan Dhia dijaga oleh Nayli dan ada juga waktunya dihantar ke rumah Puan Damya. Haris dan Nayli dianugerahkan cahaya mata setelah lama menunggu. Nadderan juga ditambah seorang lagi peneman untuk Dania. Daiyan pula, bercinta dengan Hazrin dan akan bertunang tidak lama lagi. Puan Zurin dan Encik Haazren pula sudah bersara dan tinggal di Malaysia buat selamanya.

Ketiadaan Haura dan Nawal mengubah segalanya, tetapi ketiadaan mereka amatlah dirasai.

Berakhirlah kisah Haura dan Nawal yang disakiti dan mencintai sesama sendiri sehinggalah nafas terakhir mereka.

SHORT PART FOR HAURA AND NAWAL.....

"kenapa awak tak cintakan saya first tu?" tanya Nawal. "sebab, mungkin saya tak sedar lagi" balas Haura. "tengok sekarang siapa yang selalu kata 'i love you' tiap malam" usik Nawal. "ya saya mengaku, saya cintakan awak" kata Haura. "saya dengan abang Hazrin dah berbaik, tak sangka awak akan jumpa dia" ujar Haura. "baguslah, tak elok gaduh lama-lama" balas Nawal.

"apa jadi kalau awak tak kahwin dengan saya?" tanya Haura.

"tak dapatlah baby tu" kata Nawal.

"awak ingat tak first time kita jumpa?" tanya Haura.

"ingat, awak salah toilet dalam flight. HAHAHA lawak" usik Nawal.

"kan,,,malu saya time tu" balas Haura.

"saya akan rindukan awak, Nawal. Balik cepat nanti" lembut Haura.

"don't worry, saya akan balik cepat. Then peluk awak, pegang tangan awak setiap hari" balas Nawal.

Mereka berdua tersenyum dan tergelak mengingat kisah dulu.

TAMAT....

THANK YOU EVERYONE FOR BACA MY STORY, I'M SORRY IF YOU GUYS TAK SUKA ENDING DIA. BUT NAK BUAT MACAM MANA NI JE YANG I BOLEH BUAT HUHU....SOMETIMES SAD ENDING IS THE BEST EVEN THOUGH IT CAN HURT US.

NEW STORY WILL COMING SOON, SO HOPEFULLY YOU GUYS WILL LOVE MY STORY.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 25, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Yang DihargaiWhere stories live. Discover now