Bab 6

43 2 0
                                    

HARI demi hari aku jalani...aku boleh menjalankan hidupku tanpa memikirkan seseorang yang aku sudah lupa 95 peratus dalam hidup aku. Aku tersenyum tanpa sedar. Betul ke apa aku cakap ni?

Aku belajar macam biasa. Aku mahu lulus dalam setiap exam meskipun aku gagal untuk dapat tempat sepuluh teratas. Aku berusaha untuk meraih kelulusan yang buat parents aku gembira. Bangga dengan aku. Nabilah banyak mengajar aku tentang subjek math dan english. Selebihnya aku belajar sendiri dan aku banyak meluangkan masaku di dalam perpustakaan.

Aku suka silence...ketenangan dan kedamaian yang aku peroleh dari perpustakaan. Aku terlalu fokus dengan study ku hingga aku langsung lupa hal sekelilingku. It's such a remedy to me.

Tapi satu hari...aku terdengar gosip dari kawanku, senior ku juga merangkap sepupu aku. Kami tak rapat tapi cukuplah sekadar kawan biasa. Aku terdengar dia sebut nama Afiq dan minatku tidak berhenti sampai di situ. Aku kembali ke rutin sebelumnya yang aku cuba luputkan. Aku pandang Afiq dari kejauhan. Melihat dirinya gembira sahaja, hati aku lega...

Ada ke patut gosip tak masuk akal tu menyebar seluruh dalam sekolah itu. Semua macam percaya Afiq tu gay!  Seingat aku gosip ni pernah diuarkan sebelum ni tapi kenapa sekarang dihebohkan lagi. What the heck..cerita dah basi.

Dalam fikiranku...risaukan Afiq. Terbeban ke dia dengan gosip murahan itu? Selerakah makan minumnya? Aku tak fokus dengan belajarku gara-gara Afiq.

Aku cuba tidak mahu memikirkannya tapi dia dah buat aku addicted dengan perasaan ini. Perasaan ingin tahu pasal life dia...yang penting semua pasal dia.

Bersiapkah aku untuk terluka lagi? Hmmmm.......

Kalau Aziemah dan Nabilah tahu aku masih memandang Afiq dari jauh, mesti mereka nak hempuk kepala aku. Dulu...bukan main menangis patah hati tidak mahu teruskan perasaan aku. Tapi sekarang...aku tak boleh nak ignore pasal Afiq. I know...I'm really stupid!

"Sayangkan...muka hensem tapi gay,"

Betul ke Afiq is gay? Pusing kepala aku.

Aku tidak peduli dengan cemuhan itu. Sebab aku yakin dengan hati aku. Afiq tidak begitu orangnya. Dia masih tahu mana buruk mana baik. Afiq takkan suka spesisnya sendiri. Lagipun dia dalam relationship dengan seseorang yang aku ingin tahu. Tapi...aku belum tahu siapa orangnya.

"Afiq is gay...?! Hmmm....mesti heartbroken pasal gf dia kut," Nabilah bersuara menyentakkan aku dari lamunanku.

Aku pura-pura tidak interested. Aku tidak mahu Nabilah tahu aku masih menjalankan rutinku meminati Afiq dalam diam. Kalau pecah, kepala akulah terima padahnya.

"Kau tau kan...Afiq tak gay. Tapi entahlah kenapalah gosip tu buat orang percaya dia gay. Memanglah dia banyak kawan lelaki tapi tu tak bermaksud dia gay. Aku tengok dia straight je. Layan perempuan pun macam biasa. Tak ada pula aku nampak dia bermesra lebih dengan lelaki. Orang yang sebar gosip ni mesti jealous dengan Afiq,"

Aku mendengar sahaja celoteh Nabilah sehinggalah Nabilah menekup mulutnya laju. Mungkin sedar bahawa aku masih dalam proses melupakan nama lelaki yang dia sebut tadi. Well...telinga aku mendengar dan aku tak dapat nak tepis. Namun aku pura-pura tidak berminat nak tahu lebih meskipun hatiku melonjak nak tahu cerita sebenar. Pasal kebenaran gosip itu...jawapannya ada pada Afiq. Hanya Afiq sahaja tahu jawapannya yang sebenar.

"Sorry...kau okey kan? Aku tak sedar tadi tersebut nama dia. Bila nampak kau aku terus teringat kau lagi dalam proses 'selimat tinggal, crush'... " sempat lagi Nabilah nak melawak.

Ada apa dengan Afiq Musa?!Where stories live. Discover now