Bab 10

52 2 0
                                    

BOSAN. Ya, itu yang aku rasakan. Like almost one month aku tidak terserempak dengan Afiq. Mereka sibuk dengan trial exam dan aku pun sibuk menghadapi semua exam untuk hujung tahun sebelum cuti sekolah panjang.

Aku selak lagi halaman buku yang aku ulangkaji hari itu. Kelas begitu bingit dengan kenakalan classmate lelaki ku. Mereka ni pantang jumpa dalam kelas mesti bermain. You know lah permainan lelaki ni macammana. Aku yang dari tadi cuba recap balik pun hilang fokus. Aku pandang ke arah meja Nabilah.

Dia penuh fokus baca hafalan ugama untuk esok hari. Dia kata dia susah nak hafal. Sebab tu lah dia hafal awal-awal.

Aku betul-betul bosan. Aku rehatkan mindaku. Aku pandang ke luar. Aku nampak view yang aku suka. Lenggang. Tiada seorang pun yang melintasi. I hope mataku ini boleh tembus dinding dewan sekolah di hujung sana. Sebab...aku rindu dia...betul-betul rindukan dia.

Aku selalu berharap untuk tengok dia sebelum sekolah berakhir tahun ini. Sekali pun cukuplah. Hari-hari aku berdoa...aku simpan semua harapan ku itu di dalam hatiku. Everyday...it's become big!

Tapi aku faham dia tengah hadapi trial exam untuk melayakkan dia ke form 5 tahun depan. Aku yakin dia boleh maju sebab dia salah satu pelajar terpandai. Bila ingat dia, aki rasa berkobar-kobar. Kalau dia boleh berjaya atas usahanya, aku juga mesti boleh.

"Jom temankan aku pergi toilet,"

Aku terkejut dengan sentuhan di bahuku. Aku langsung memandang Nabilah dengan wajah terpinga-pinga.

"Mesti kau mengelamun tadi. Dah, jom temankan aku buang air kecil,"

Aku belum mencerna apa-apa, Nabilah sudah tarik tanganku keluar dari kelas. Kami menuju ke tandas sekolah yang berada di tengah-tengah sekolah itu. Tandas perempuan ni berdepanan je dengan tandas lelaki. Nabilah masuk dan aku menunggunya di luar. Aku belum nak buang hajat jadi aku berdiri tunggu tepi tandas perempuan itu.

Aku mendongak ke atas memandang keindahan langit di atas sana. Aku ni suka tengok nature dan aku mengaguminya sebab aku rasa it was perfect. Aku tahu siapa penciptanya. Tapi parents aku tak percaya adanya Dia. Kami dari dulu freethinker. Tapi sekurangnya aku percaya Dia wujud dan kalau bukan Dia, kami tidak akan tercipta indah. Those beautiful view mungkin aku tidak nikmati tika itu.

Leka aku memandang atas, deria pendengaranku menangkap bunyi kasut dan suara lelaki di belakang. Aku tidak semena menoleh melihat empunya suara dan...

Aku terpegun. Sesaat. Dua saat. Tiga saat. Empat saat. Lima saat. Aku langsung tersedar keberadaannya di situ bersama rakan sekelasnya mungkin mahu ke tandas lelaki.

Aku tercegat di situ memandangnya tanpa berkelip. Tapi dia leka bercerita dengan kawannya. Mereka ke dalam tandas tapi aku masih dengar suaranya.

Lama aku tak nampak dia...sumpah aku rindu. Tapi hari ni aku rasa rinduku yang mendalam dari sehari ke sehari tu dah berkurang sikit. Lihat muka gembiranya itu aku sudah rasa rinduku terobat. Aku rasa syukur sebab dia tidak tertekan sangat.

Good luck, Afiq...

Aku terkejut bila Nabilah menepuk bahuku. Menyedarkan aku ke dunia realiti. Kami nak beredar dan kala itu Afiq keluar dari tandas lelaki. Bibirnya sentiasa tidak lekang dengan senyuman. Aku menoleh sikit memandangkan kami kian jauh membelakanginya.

Afiq...good luck and don't stress!

Aku tidak semena tersenyum. Namun senyumanku mati bila Afiq menoleh ke arahku. Seolah dia dengar aku menyebut namanya di dalam hatiku. Mataku tertancap padanya dan dia memandangku. Bila semakin jauh, figuranya kian mengecil dan dia kelihatan gembira bersama kawannya pergi menuju ke dewan sekolah semula.













NABILAH tepuk tanganku menyedarkan aku dari lamunanku yang panjang. Jasadku di situ tapi sebenarnya fikiranku melayang jauh memikirkan Afiq. Entahlah...aku nama Afiq ni sudah memenuhi di dalam otakku.

"Kau rindu dia ke?" Nabilah menebak meskipun tebakannya itu tepat.

Aku masih dengan muka kurang bersemangat. Aku tak boleh stop fikir pasal dia. Inilah tabiat yang aku tak suka dalam diri aku. Tapi aku tak boleh buang. It's really me.

"Jangan tanya kalau dah tahu," kataku dengan muka tidak bermaya.

Nabilah tayang senyumnya yang nak menyakat aku. Tahulah...aku terlebih react sebab Afiq bukannya boyfriend aku pun tapi dah rindu berat.

"Kalau kau macam ni terus, sampai bila-bila Afiq takkan tahu pasal awak. Kau tengoklah sekarang ni kau macam  terlebih angau dengan dia," ujar Nabilah siap mencuit bahuku untuk sedarkan aku.

Aku menepis lembut tangannya. Tidak selesa dia asyik cuit mana-mana tubuhku supaya aku bersemangat sikit.

"Aku ni...tak cantik...aku malu," itulah alasan yang selalu aku bagi.

Aku rasa diriku terlalu kerdil. Untuk berdamping dengan Afiq, aku rasa tidak sepadan. Dia besar, aku kecil. Dia ada segalanya, aku tak ada apa-apa. Dia rich, aku cuma biasa-biasa saja. Dia hensem, aku hodoh. Nampakkan sangat jauh peebezaan kami. Sebab tu lah aku rasa lagi suka begini...diamkan saja daripada aku menanggung rasa malu yang teramat.

"Kau ni kan...rupa tu bukan segalanya tapi hati," Nabilah bawa tangannya pada dadanya.

Aku perlahan bawa tanganku ke dada. Betul ke hati yang dipandang? Aku kurang percaya dengan kata-kata Nabilah.

"Tapikan...aku rasa banyak kali aku terserempak dengan Afiq di sekolah ni tapi...dia tak pernah nampak aku,"

Nabilah tepuk dahinya. Peninglah tu layan aku yang tidak reti bahasa ni.

"Kau dengan dia bukan kawan tapi dia tahu kau junior dia dan dia tu senior kau. Lagipun korang bukan rapat dan bukan sekelas. Bukan dia biasa pun dengan kau. Dia nampak kau dan kau nampak dia. Tapi logik ke dia tegur kau tiba-tiba tanpa angin tanpa ribut? Fikirlah logik sikit,"

Nabilah sekarang ni dah macam doktor pakar cinta aku. Dia jelaskan dan beri cadangan sedikit. Tapi aku tak terima cadangannya itu sebab aku tidak mahu tegur Afiq dulu. Mana ada perempuan dulu mengatal dengan lelaki. Nabilah ni dah ajar aku bukan-bukan pula.

"Habis tu...kau nak ke patah hati bila Afiq dah ada gf nanti? Aku tahulah...kau sebenarnya nak sangat ada dekat dengan dia tapi satu haram pun kau tak nak berusaha. Harap surat cinta kau yang lepas tu...Afiq takkan cari pemilik surat tu. Ada banyak lagi surat yang dia balas dari peminat dia. Tapi aku mohon...stop lah being like this. Wake up!" Nabilah cuba sedaya-upaya bangkitkan semangat dalam diriku.

Aku tahu Nabilah penat seharian tegur aku pasal hati dan perasaan. Bahkan rasanya hari-hari dia jadi doktor cinta tak berbayar. Tapi aku masih begini. Aku tak buat apa yang dia cadangkan tu kecuali tulis surat cinta tu saja. Apa yang Nabilah bebelkan tu ada betulnya. Tapi aku tak mampu untuk pergi jauh dengan keadaan diriku yang tak cantik ni...Malulah sebab muka tak cantik ni ada hati terhegeh-hegeh dekat senior hot macam dia.

"Aku tak suka dengan diri aku...dan aku malu dengan diri aku,"

"Kau masih boleh berubah. Cantik tu bukan maksud dari segi rupa. Your attitude can be your natural beauty juga. so...be confident bila kau nak Afiq sepenuhnya jadi milik kau,"  pujuk Nabilah dengan tangannya mengenggam tanganku di atas meja.

Aku mati kata-kata. Dengar semua bicara Nabilah seolah menyuruh aku untuk memiliki Afiq untuk aku seorang saja. Aku bukan jenis yang tamak nakkan dia seorang saja. Ramai lagi yang menyimpan perasaan yang sama sepertiku di luar sana. It's like a game of survival. Siapa cepat dia dapat. Tapi aku tak nak seperti itu. Afiq ada hak untuk memilih perempuan untuk bersamanya. Andai saat itu dia sudah memilih yang lain, aku pasrah untuk mengalah dan berundur.

Cinta tak boleh dipaksa...




....and I can't force him to not admire somebody else...




Ada apa dengan Afiq Musa?!Where stories live. Discover now